Tampilkan postingan dengan label viral. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label viral. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 22 April 2017

Kamu Bakal Kaget Lihat Kondisi Stadion Olimpiade Rio Saat Ini

Baru enam bulan nih Olimpiade Rio berlalu, tapi kondisi stadium lokasi pertandingan Olimpiade udah mengenaskan kayak mantan. Pas lagi dibutuhin, dirawat dan dibuat sebagus mungkin, begitu udah lewat, ya dilupain. Eh, daripada jadi baper, nih liat dulu deh gimana kondisi stadium yang dulu rame pas Olimpiade Rio kemaren.
Habis manis, sepah dibuang, kondisi stadium yang dipakai waktu Olimpiade Rio ini persis kayak pribahasanya. Dari foto yang beredar, beberapa bagian udah rusak dan dilupakan. Padahal, Olimpiade Rio baru lewat enam bulan aja, intip nih foto-fotonya.

Stadium Maracana

feedme-id-stadium-olimpiade-rio-maracana
Foto via Vanderlei Almeida/Getty Images
Stadium Maracana jadi stadium terbesar kedua di Amerika Selatan dan digunakan pas World Cup 2014 dan lokasi upacara pembukaan dan penutupan Olimpiade di tahun 2016. Rumputnya udah gak lagi hijau dan lebih mirip stadium bertanah yang ehem, sering kita lihat di pertandingan sepak bola Indonesia ya..

Kolam Renang

Foto via warpedspeed.com
Foto via warpedspeed.com
Kolam renang yang dipakai buat pertandingan renang juga udah gak berwarna biru dengan air jernih yang kamu lihat waktu Olimpiade Rio.
Hal ini gak aneh mengingat penyelenggara Olimpiade Rio masih punya hutang sebanyak £32 juta atau sekitar Rp 500 milyar. Menurut info dari Mirror.co.uk, penyelenggara Olimpiade Rio mengambil resiko korupsi dan hutang untuk mewujudkan ajang olahraga bergengsi ini. Ada 10% tempat duduk dalam stadium Maracana yang rusak dari  78 ribu kursi yang ada di dalam stadium.
Berita dari Independent.co.uk menyebutkan di tahun 2016, kriminalitas di Rio de Janeiro mencapai rekornya. Kebanyakan kriminal dalam kasus pembunuhan dan perampokan. Nyatanya, Olimpiade memang bikin suatu negara harus “mati-matian” membuat acara yang megah dan menarik. Sayang, begitu acara mewah itu selesai, banyak kerugian yang harus dihadapi.

Kamis, 23 Maret 2017

Wanita Ini Jadi Pemandu Treler, Gaji Cecah RM7,000 Sebulan

Wanita Ini Jadi Pemandu Treler, Gaji Cecah RM7,000 Sebulan

Wanita Ini Jadi Pemandu Treler, Gaji Cecah RM7,000 Sebulan - Walaupun pelbagai kisah dalam pengalaman hidupnya sebagai pemandu treler 10 tayar termasuk diganggu sekumpulan lelaki mabuk, ia tidak mematahkan semangat ibu tunggal, Rokiah Salim, 51, meneruskan kerjayanya itu, lapor Harian Metro.

“Ketika berada di selekoh di kawasan Seberang Perai, tiba-tiba ada lelaki mabuk melompat di hadapan treler. Dia bersama beberapa lagi rakannya melemparkan kata-kata kesat dan menghalang laluan saya.

“Mujur ada van kebetulan lalu di kawasan itu dan pemandu van berkenaan menghalau mereka, namun kerjaya ini amat menyeronokkan,” katanya.

Wanita Ini Jadi Pemandu Treler, Gaji Cecah RM7,000 Sebulan


Menurut Rokiah yang membahasakan dirinya sebagai Kak Lori, kerjaya sebagai pemandu treler ini adalah mudah kerana waktu kerja fleksibel serta menawarkan pendapatan lumayan.

“Pendapatan sekurang-kurangnya RM4,000, Kalau rajin boleh cecah RM6,000 hingga RM7,000. Dulu saya pernah berkerja kilang selama 18 tahun.

“Kerja dulu lebih susah kerana selalu tertekan terutama apabila majikan marah, tetapi kerja bawa treler lebih mudah dan pendapatan agak tinggi,” katanya.


“Sebenarnya tak susah pun memandu treler. Kalau boleh pandu kereta, pasti boleh pandu treler.

“Ramai graduan memilih pekerjaan sehingga menganggur, sedangkan ada banyak pekerjaan boleh dilakukan termasuk memandu treler. Cuba dulu, jangan asyik mengharap duit ibu bapa,” katanya.

Bagi beliau, kerjaya sebagai pemandu lori treler bukan hanya untuk lelaki, kata Rokiah yang juga gemarkan aktiviti lasak seperti menunggang motosikal berkuasa tinggi dan mendaki gunung

“Wanita sebenarnya lebih cermat memandu treler sama seperti bawa kereta. Dalam kelembutan wanita, pasti mereka juga boleh memandu treler.

“Cuma anak muda kita selalu dimomokkan kononnya kerjaya memandu treler bahaya. Sebenarnya tak teruk dan bahaya pun.

“Kerja saya hanya ambil kontena yang turun dari kapal di Pelabuhan Pulau Pinang dan dihantar ke depoh untuk dibaiki. Sekurang-kurangnya 150 trip (perjalanan) dalam sebulan.

“Kerja seperti ini tiada gaji asas kecuali elaun makanan, komisen dan bonus. Kalau rajin, boleh buat trip lebih untuk dapatkan pendapatan lebih.

“Jika orang kata kerja ini susah, itu semua bohong,” katanya.

Selain itu, menurut beliau, kerja sebagai pemandu treler memerlukan etika berpakaian yang baik untuk tujuan keselamatan.

“Pemandu treler perlu memakai seluar panjang dan kasut demi keselamatan. Bagaimanapun, saya memohon kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk berbaju kurung pada setiap Jumaat demi menghormati hari itu,” katanya.

Minggu, 19 Maret 2017

Bayi Berusia 3 Hari Demam Panas & Sesak Nafas Selepas Dipeluk Cium Bapa Saudara Baru Selesai Merokok

Bayi Berusia 3 Hari Demam Panas & Sesak Nafas Selepas Dipeluk Cium Bapa Saudara Baru Selesai Merokok
Baby Zara sesak nafas!

Bayi Berusia 3 Hari Demam Panas & Sesak Nafas Selepas Dipeluk Cium Bapa Saudara Baru Selesai Merokok - Ya Allah, janganlah sesiapa buat macam itu. Baby Zara lahir dengan sangat comel, sihat dan keluarga mereka sangat gembira dengan kehadiran anak ini. 

Selang tiga hari selepas kelahirannya, ada seorang saudara rapat datang melawat si ibu dan bayi. Tiada masalah nak melawat, tetapi apa yang menjadi masalahnya ialah apabila lelaki itu memeluk dan mencium baby Zara. 

"Sudahlah dia tak minta izin saya, dia dukung anak saya. Saya dapat hidup bau asap rokok di bajunya.." 

Allah, gelisah dan bertambah menggelabah Fara bila tiba-tiba perasan baby Zara demam panas, sesak nafas dan lemah. Baby Zara ditahan di wad pagi tadi. Doakan baby Zara dijauhkan dari sebarang kesakitan. 

Bakal ibu dan ayah, tolong ambil tahu 10 perkara pelik yang orang suka lakukan ketika melawat baby baru lahir. 

1. FIKIR KESELESAAN IBU

Ada sesetengah orang, bila dapat tahu saja ada saudara nak melahirkan anak, satu kapal turun ke hospital dan serbu si ibu. Sebab? Nak meraikan bayi yang baru lahir. 

Tak salah sebenarnya. Yang menjadi salah itu bila melepak lama-lama di tepi katil dengan ibu yang baru melahirkan bayinya. Punyalah ibu dia baru nak belajar menyusukan anak, nak belajar dukung bayi, dengan tak selesa sebab baru bersalin. Itu belum lagi ditambah dengan 'ahli bijak pandai' yang beri bermacam-macam idea dan cadangan. Sabaq, sabaq. 

2. CUCI TANGAN 

Ini ramai yang tak buat. Dia nampak tangan 'macam' bersih, jadi disentuhnya baby macam itu saja. Paling sedih bila ada yang bawa madu, siap suap-suapkan guna jari pada baby. Bertahnik katanya. 

Allah, banyak jenis kuman boleh dipindah masuk dalam badan baby disebabkan 'perangai' orang seperti ini. 

3. DEMAM BATUK PUN SIBUK MELAWAT BABY

Buat ibu yang nampak orang 'berpenyakit' datang nak melawat baby, cepat-cepat masuk bilik. Bagi alasan nak susukan anak. Jangan bagi orang itu datang bilik sebab nak cium sudah. Allah. 

4. MELAWAT IKUT SUKA MASA 

Ada yang melawat baby di waktu maghrib. Ada juga yang jenis tak tahu nak balik cepat dan siap melepak sampai makan malam pun di rumah itu. 

Ramai yang tak faham prinsip kasihankan orang. Sebetulnya telefon dulu tuan rumah sebelum datang melawat dan selepas melawat itu, seeloknya balik sebab ibu yang tengah berpantang ini tak boleh duduk lama-lama. Dia perlu baring untuk menyembuhkan luka bersalin. 

5. DIA RAKAM GAMBAR DEN UPLOAD PULAK!

Ini memang pantang bagi ibu yang baru melahirkan anak. Sudahlah gambar anaknya diambil sesuka hati tanpa keizinan dengan flash pula. Kemudian siap muat naik di Facebook dengan kapsyen,

"Teringinlah nak kahwin dan ada anak"

Kasihanilah ibu berpantang ini. Jangan bebankan mereka dengan perangai-perangai pelik. 

6. BERSIHKAN DIRI

Elak dekatkan diri dengan bayi sekiranya anda tidak bersih, baru pulang dari kerja, dibasahi peluh dan asap rokok. Asap rokok boleh menyebabkan bayi mudah dijangkiti penyakit berbanding orang dewasa. 

7. PERFUME 

Punyalah semangat nak jumpa baby, siapa ada yang pakai perfume satu botol. Habis wangi satu rumah.

Elakkan, ia bukan sahaja membuat orang sekeliling rasa tidak selesa, malah untuk bayi juga. Alkohol yang melekat pada baju tidak bagus untuk bayi sekiranya terkena pada kulit bayi. 

8. ORDER MAKANAN 

Jangan sesekali minta minuman, apatah lagi order makanan. Selalunya rumah orang berpantang ini sibuk dengan nak siapkan segala rawatan dan makanan untuk ibu berpantang. Jadi usah bebankan isi rumah dengan perangai anda. 

9. TENUNG IBU SEDANG MENYUSU

Haish! Ini memang pelik. Ibu nak menyusukan anak pun kena minta kebenaran. Sepatutnya orang yang melawat itu yang kena minta kebenaran untuk keluar dari bilik dan biarkan ibu menyusukan baby dia.

Ada juga pelawat yang jenis suka tenung bila ibu menyusukan anaknya. Siap tanya lagi, susu banyak ke tak?

10. PAKAR PERBIDANAN

Masa berpantang ini, macam-macam dugaanlah yang akan menyerang. Orang-orang biasa yang tak ada pengalaman bersalin pun siap nasihat macam-macam. Elakkan daripada menasihati ibu berpantang ini. Biarkan dia berehat. 

Buat ibu yang sedang berpantang, lalui tempoh berpantang tanpa stress. Kawal emosi. Share info ini jika anda sayang dan ingin wanita-wanita lain turut berjaga-jaga.

Dapatkan info kehamilan dan kelahiran di laman Facebook 9 Bulan 10 Hari.

Perkongsian ini mendapat kebenaran dari pemilik laman 9 bulan 10 hari. Anda dilarang 'copy paste' artikel ini tanpa kebenaran penulis asalnya.

Sumber: The Reporter

Sabtu, 18 Maret 2017

BUNUH Perompak Kerana Pertahankan Diri… Zulkifli Bakal DIGANTUNG MATI? Dimana Keadilan..!

BUNUH Perompak Kerana Pertahankan Diri… Zulkifli Bakal DIGANTUNG MATI? Dimana Keadilan..! - Jika awal tahun ini kita digemparkan dengan berita tentang seorang bapa dan anak lelakinya yang bakal dijatuhkan hukuman mati kerana tanpa sengaja telah membunuh seorang perompak yang menceroboh masuk rumahnya demi untuk mempertahankan dirinya. Encik Mo Yi Hong dan anaknya We Qiang telah dituduh menyebabkan kematian seorang perompak yang telah memecah masuk ke dalam kediaman mereka di Seremban, Februari tahun lalu.

BUNUH Perompak Kerana Pertahankan Diri… Zulkifli Bakal DIGANTUNG MATI? Dimana Keadilan..!

Seterusnya, kisah seorang surirumah, Puan S. Kalaichelvi yang dijatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana membunuh orang yang cuba merogolnya.
Patutkah ayah kepada 3 anak kecil ini (anak kedua menghidap autisme) dihukum sebagai penjenayah hanya kerana mempertahankan diri dan harta?
Sebuah page untuk update isu dari masa ke semasa berkenaan perkembangan kes Encik Zulkifli dan keluarga.
Harap dapat join, like, see first, kemudian share seluasnya. Perlu penglibatan ramai orang
TERBARU, Zulkifli, 50 tahun dari kg labohan,Kerteh Terengganu, hampir 3 minggu lalu telah mempertahankan diri dan harta dari dirompak. Perompak telah mati setelah ditikam oleh Zulkifli, namun zulkifli pula ditahan bawah seksyen 304. 2 minggu Zulkifli direman kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM15 ribu. Baru beberapa hari keluar dari reman Zulkifli kemudian ditahan semula atas perintah mahkamah dengan tuduhan seksyen 302 dan 326 Kanun keseksaan.
Kes telah ditukar kepada seksyen 302, jika sabit kesalahan maka GANTUNG SAMPAI MATI. Tidak cukup dengan itu tambah lagi bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan.
Zulkifli.jpg
Kes dibicarakan semua di mahkamah yang dijadualkan bersidang pada 24 Januari depan. Sekitar 23 hari dari sekarang. Jika sebelum ini ketika direman 14 hari, keluarga tak dapat berniaga makanan malah diceroboh lagi rumah dengan beberapa kecurian dari penagih dadah yang makin bertambah di kawasan sekitar, apakan pula yang berlaku selama 26 hari sebelum perbicaraan ini?
Apa mahkamah mahu menanggung isteri dan anak-anak hero ini? Apa undang-undang mampu menyelamatkan 4 beranak ini yang pada bila-bila masa pintu nipis rumah itu ditendang dan dimasuki perompak?
Buat masa ini kami sangat terkedu dengan apa yang berlaku. Sangat sedih dan terperanjat.
Tolong Jangan Menangis Menonton Video Ini
Video ringkas ini saat Zulkifli dibawa keluar dari mahkamah sebelum dibawa ke penjara Marang.
Perbicaraan pada 24 Januari nanti berlangsung pada hari Ahad, dimana Ahad merupakan hari bekerja di Terengganu namun hari cuti buat kebanyakan negeri. Kami mengharapkan agar para pembaca sudi bersama kami menyatakan solidariti buat keluarga Zulkifli dengan hadir ke perbicaraan tersebut di Kemaman, Terengganu.
Maka mohon 3 perkara dari kalangan pembaca yang dihormati sekalian. Pertama, sebarkan seluasnya berita ini, raih simpati semua orang untuk membela nasib Zulkifli dan keluarga.
Kedua, viralkan hashtag #ZulkifliHeroRakyat disetiap laman maya terutamanya twitter. Like facebook, Selamatkan Zulkifli.
Ketiga, bersiap sedia untuk memberikan sedikit sebanyak sumbangan kepada keluarga ini bagi menampung perbelanjaan harian mereka.
SALAHKAH PERTAHANKAN DIRI DI MALAYSIA?
Di dalam kaedah hukuman jenayah Islam, pembunuh yang membunuh tanpa sengaja atau membunuh tanpa niat, apatah lagi demi untuk mempertahankan diri hanyalah dikenakan ‘diat’ yang mana diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas. Antara kesalahan yang diwajibkan hukuman diat sebagaimana yang telah disepakati oleh jumhur fuqaha ialah:
1- Membunuh dengan sengaja lalu ia dimaafkan oleh waris orang yang dibunuh
2- Membunuh tanpa sengaja, seperti membunuh perompak yang cuba membunuh kita
3- Membunuh seperti sengaja, seperti niat ingin membunuh tetapi tidak menggunakan alat yang boleh membunuh. Contohnya menggunakan telefon bimbit untuk memukul kepala si mati.
Di dalam al-Quran, Allah SWT telah mensyariatkan hukuman diat sebagaimana firmanNya:
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ أَن يَقْتُلَ مُؤْمِنًا إِلَّا خَطَأً ۚ وَمَن قَتَلَ مُؤْمِنًا خَطَأً فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةٍ وَدِيَةٌ مُّسَلَّمَةٌ إِلَىٰ أَهْلِهِ إِلَّا أَن يَصَّدَّقُوا ۚ فَإِن كَانَ مِن قَوْمٍ عَدُوٍّ لَّكُمْ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةٍ ۖ وَإِن كَانَ مِن قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُم مِّيثَاقٌ فَدِيَةٌ مُّسَلَّمَةٌ إِلَىٰ أَهْلِهِ وَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةٍ ۖ فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ تَوْبَةً مِّنَ اللَّهِ ۗ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا
Maksudnya: “Dan tidak pantas bagi seorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali kerana tersalah tidak sengaja. Dan barangsiapa membunuh seorang mukmin kerana tersalah, hendaklah ia memerdekakan seorang hamba sahaya yang beriman serta membayar diat yang diserahkan kepada keluarganya (si terbunuh), kecuali jika mereka (keluarga terbunuh) bersedekah. Jika ia (si terbunuh) dari kaum (kafir) yang ada perjanjian (damai) antara mereka dengan kamu, maka (hendaklah si pembunuh) membayar diat yang diserahkan kepada keluarganya (si terbunuh) serta memerdekakan hamba sahaya yang beriman. Barangsiapa yang tidak memperolehnya, maka hendaklah ia (si pembunuh) berpuasa dua bulan berturut-turut untuk penerimaan taubat dari pada Allah. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana…” (surah an-Nisa’: 92).
Antara maqasid syariah di dalam pensyariatan hukuman diat adalah demi untuk merealisasikan keadilan di antara sesama manusia. Islam bukanlah agama yang zalim. Islam tidak menghukum seseorang itu berdasarkan kecuaian dan juga ketidaksengajaannya, sebagaimana yang disebut di dalam satu hadith:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ إِنَّ اللهَ وَضَعَ عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأَ، وَالنِّسْيَانَ، وَمَا اسْتُكْرِهُوْا عَلَيْهِ (رَوَاهُ ابْنُ مَاجَه)
Maksudnya: Dari Ibnu Abbas RA daripada Nabi SAW bahasawanya baginda telah bersabda: “Sesungguhnya Allah telah memaafkan dari umatku kekeliruan, kealpaan dan apa-apa yang dipaksakan terhadap mereka…” (hadith riwayat Ibnu Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).

p/s : KAMI SEMUA BERSAMA ANDA ENCIK ZUKIFLI.

Jumat, 17 Maret 2017

Saya Menyesal Kerana Tidak Bertegas Dari Dulu...Sekarang Kesan Gadget Pada Anak Saya Sangat Menakutkan,Ibu Bapa Wajib Membaca Ini... !!

Saya Menyesal Kerana Tidak Bertegas Dari Dulu...Sekarang Kesan Gadget Pada Anak Saya Sangat Menakutkan,Ibu Bapa Wajib Membaca Ini... !!

Saya Menyesal Kerana Tidak Bertegas Dari Dulu...Sekarang Kesan Gadget Pada Anak Saya Sangat Menakutkan,Ibu Bapa Wajib Membaca Ini... !! Awal perkenalan dengan alat pas Shafraan umur 10 bulan. Awalnya terbiasa melihat kakak-kakaknya main game di tab. Dari sekadar jadi penonton lama kelamaan dia jadi tertarik untuk mencuba. Seiring bertambahnya usia, gadget merupakan barangan yg tidak boleh dipisahkan dlm kesehariannya. Bermain pelbagai jenis game sampai berjam2 bahkan game bagaikan lagu lullabies buat dia.

Bagaimanapun main game dulu baru boleh tidur. Dan itu berlangsung setiap hari. Awalnya saya membiarkan. Saya memberikan. Saya memfasilitasi. Kerana bagi saya alat adalah senjata ampuh saya untuk menenangkan dia. Sewaktu dia marah dan menangis saya pasti akan memujuknya dengan bermain game. Dan memang dia akan terus tenang.

Saya Menyesal Kerana Tidak Bertegas Dari Dulu...Sekarang Kesan Gadget Pada Anak Saya Sangat Menakutkan,Ibu Bapa Wajib Membaca Ini... !!


Di umurnya yg ke 2 tahun sebenarnya saya sudah melihat tanda-tanda ke'kaku'an dari caranya berinteraksi dengan persekitaran sekitarnya. Contohnya bagaimana dia bertindakbalas kepada permainan Manual (kereta2, pesawat, dan jenis permainan lain yg dimilikinya). Pernah sekali saya mendapati dia hanya memegang kereta2nya sambil diam saja. Tidak ada gerakan seperti seorang anak laki2 yg diberi kereta mainan yg pasti sudah memainkannya sambil meniru suara kereta sebenar. Dia kebingungan fikir saya. Kerana selama ini dia hanya terbiasa menggerakkan jari2nya mengikuti aliran permainan dari dalam gadgetnya.

Keanehan lainnya dan yg paling membimbangkan ialah kekurangan kosa kata yg boleh dia ucapkan. Padahal anak2 sebaya dia seharusnya sudah boleh bercakap dgn kosa kata yg lebih variatif. Dalam hati saya sudah was-was...bimbang dengan perkembangan kanak-kanak lelaki saya. Sempat bertemu dengan doktor mengenai adakah hubungan antara alergi tinggi yg diderita Shafraan dengan keadaannya ini. Dan jawapannya adalah tidak ada. Kemungkinan besar pengaruhnya adalah kurangnya interaksi daripada ibu bapa dan ahli keluarga yg kurang berkomunikasi / merangsang Shafraan agar memperbanyak perbendaharaan katanya.

Dan hati kecil saya berbisik ... alat-lah penyebabnya. Sejak saat itu saya mula mengehadkan penggunaan alat di rumah. Seringkali saya mesti mengalah menghadapi karenah Shafraan krn saya berkeras tidak memberikan alat ke dia. Dia ngamuk, nangis, melempar semua barang ke arah saya dan siapa saja yg ada di dekatnya termasuk kakak2nya. Dia susah makan, susah tidur dan nakal. Sangat degil. Itu berlangsung kira-kira 3 hari. Dan pada akhirnya kasihan. Itulah sebab akhirnya saya memberikan lagi alat kepada dia. Dan keadaan rumah jadi tenang kembali.

Kemuncaknya sekitar 2 bulan yg lalu saya ke RS buat imunisasi si Debay Raisha kakaknya. Bertemu dengan doktor dibahagian perkembangan anak dalam komunikasi. Semua permasalahan kami rujuk termasuk bertanya tentang keadaan Shafraan. Akhirnya doktor cuba menguji motor halusnya. Dan hasilnya semua perangsang boleh Shafraan buat dan soalan dari doktor boleh dia jawab walaupun kata2nya belum terlalu jelas. Alhamdulillah bermakna Shafraan normal2 saja. Mungkin hanya masalah waktu sahaja sehingga dia boleh bercakap dgn jelas krn setahu saya anak laki2 memang agak lambat soal masalah bicara dibanding anak perempuan. Begitu fikir saya.

Tapi ternyata doktor punya diagnosis lain. Menurut doktor Shafraan sekarang dalam keadaan Speech delay atau kelewatan bicara. Tidak tanggung2 perkembangan bicara Shafraan terlambat 1 tahun dari umurnya yg sudah 3 tahun 4 bulan masa itu. Speech delay adalah istilah yg digunakan untuk menggambarkan adanya hambatan pada kemampuan bicara dan perkembangan bahasa pada anak kanak-kanak, tanpa disertai kelewatan aspek perkembangan lain. Pada umumnya mereka mempunyai perkembangan intelegensi dan sosial-emosi yang normal. Menurut kajian, problem ini terjadi atau dialami 5 hingga 10% anak-anak usia prasekolah dan lebih cenderung dialami oleh anak laki-laki dari pada perempuan.

Doktor menyarankan agar Shafraan ikut Terapi Okupasi / Sensori Integrasi untuk merangsang kemampuan bahasa dan kosa katanya. Setelah itu baru dilanjutkan ke Terapi Wicara. Ya Allah... pernyataan dari doktor itu bagaikan guntur disiang bolong. Baru saya sedar sayalah punca Shafraan jadi begini. Saya tidak mau ditugaskan dgn suara tangisan / rengekannya. Saya tidak mahu melihat rumah berantakan krn mainan beliau. Saya tidak mahu repot. Saya tidak mau capek. Saya EGOIS. Itulah kesalahan terbesar saya sebagai seorang ibu. Dan baru sekarang mata saya terbuka lebar tentang keadaan anak saya. Bagaimana boleh saya tidak peduli pada hal ini selama bertahun2? Bagaimana boleh saya mensia-siakan masa2 emas pertumbuhannya dgn sibuk dengan hal dirinya dengan alat yg jelas jelas tidak ada gunanya selain kesenangan sementara?

Menyesal..sangat menyesal..seandainya masa boleh diulang kembali pasti saya tidak akan melepaskan peluang untuk mengajar dia bercakap. Namun nasi sudah menjadi bubur Penyesalan pun tiada guna Satu yang pasti adalah bagaimana cara memperbaiki keadaan anak saya. Setelah berbincang dgn suami kami bersetuju bahawa kami tidak akan mengikut sertakan Shafraan dlm terapi itu. Kenapa? Kerana kami percaya bahawa anak kami boleh dan akan boleh bercakap seperti anak2 sebayanya. Dan kerana ini adalah sepenuhnya kesalahan kami sebagai ibu bapa khususnya saya sebagai ibunya maka kamilah yg akan bertanggung jawab sepenuhnya tanpa campur tangan oranglain.

Sejak hari itu penggunaan alat ditiadakan. Awalnya dia nangis sambil minta tab tapi dgn tegas saya kata tab rusak. Besoknya dia minta lagi. Tetap saya bilang rusak. Selama kurang lebih seminggu dia masih sering meminta.

Tapi alhamdulillah akhirnya dia mula lupa dan mula membuat aktiviti baru. Entah lari2 kecil di dlm rumah, menyusun kereta2, main kapal terbang, memanjat tempat jemuran baju saya?. Membongkar laci buku kakak2nya, ambil buku dan pensil trus mula mencorat coret. Bosan dengan buku pindahlah dia corat-coret ke dinding. Hasilnya? Rumah tidak pernah boleh rapi. Mainan berantakan. Tapi ada kemajuan pesat pada diri Shafraan. Pembendaharaan katanya sudah lebih banyak. Bahkan sekarang dia sudah boleh bicara membentuk ayat. Walaupun masih belum terlalu jelas tapi saya sudah sangat bersyukur dgn keadaannya sekarang.

Ini adalah pelajaran bagi saya sebagai orangtua. Kita sayang sama anak...ibu bapa mana yg tidak?

Tapi ibu bapa pun harus lebih cermat memilih mana yg boleh dan tidak sepatutnya diberikan kepada anak. Jangan sampai krn pola asuh kita boleh memberi kesan buruk kepada masa depan mereka. Saya tidak melarang atau menghakimi orang tua yg masih memberikan alat kepada anak2nya. Saya hanya berkongsi pengalaman sahaja. jangan sampai apa yg terjadi pada Shafraan terjadi pada anak2 lain.

SAVE OUR CHILDREN FROM GADGET. BIARKAN MEREKA MENIKMATI GOLDEN AGE MEREKA DENGAN CARA SEMULAJADI KERANA BELUM WAKTUNYA MEREKA BERSENTUHAN DENGAN CANGGIHNYA TEKNOLOGI?

Ummu Shafraan
Manado 04 Ogos 2016

Kamis, 16 Maret 2017

Kaum Lelaki Akan Didenda RM430 Jika Didapati Membazirkan Sperma

Kaum Lelaki Akan Didenda RM430 Jika Didapati Membazirkan Sperma

Kaum Lelaki Akan Didenda RM430 Jika Didapati Membazirkan Sperma - Kenyataan ini mungkin tidak boleh diterima oleh semua orang, tetapi inilah hakikat yang harus diterima oleh mereka yang berada di sana apabila seorang ahli politik telah membentangkan usul undang-undang ini.

New York - Seorang ahli politik Texas telah mengemukakan usul untuk mengenakan denda sebanyak AS$100 (RM430) kepada lelaki-lelaki yang melakukan pembaziran dengan membuang air mani atau dipanggil juga sperma.

Kaum Lelaki Akan Didenda RM430 Jika Didapati Membazirkan Sperma


Pembentangan ini telah diusulkan oleh Ahli Parti Demokrat, Jessica Farrariaitu 'Akta Hak Yang Perlu Diketahui Lelaki, yang bertujuan untuk menjelaskan tentang perasaan wanita yang terjejas akibat penguatkuasaan undang-undang di Texas terutamanya membabitkan isu pengguguran.

Usul undang-undang berkenaan adalah melarang sama sekali golongan lelaki melakukan perbuatan onani kerana tindakan tersebut menyebabkan pembaziran air mani dan melindungi bayi yang belum dilahirkan, kata Farrar.

"Ramai yang memikirkan akta ini lucu tetapi mereka tidak memikirkan masalah yang dihadapi oleh wanita yang berada di Texas sehingga menyukarkan mereka untuk dapatkan perkhidmatan rawatan dan perubatan yang disebabkan undang-undang tertentu.

"Kaum wanita perlu menjalani berbagai jenis ujian sebelum dibenarkan menggugurkan bayi dan saya mahu golongan lelaki menjalani proses yang sama," katanya.

Texas mempunyai undang-undang yang paling ketat membabitkan pengguguran bayi disebabkan pegangan penganut Kristian yang kuat.

Walau bagaimanapun, Jessica Farrar menyedari yang usul itu tidak akan diwartakan sebagai undang-undang kerana ianya akan mendapat tentangan yang kuat di Texas. - Mstar online

Rabu, 15 Maret 2017

SAYU !! "Petanda Suami Akan Pergi Selamanya" - Luahan Isteri

SAYU !! "Petanda Suami Akan Pergi Selamanya" - Luahan Isteri | "Dia berkeras tak mahu hantar saya balik Kuala Lumpur pada Selasa depan... rupa-rupanya itu petanda suami saya terus pergi." Norasikin Abdul Halim, 26, tidak dapat menahan sebak mengimbau kisah suaminya, Mohamad Fandi Rosli, 26, yang terbunuh dalam nahas jalan raya di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, ketika ditemui wartawan Berita Harian, Nor Farhani Che Ad.

SAYU !! "Petanda Suami Akan Pergi Selamanya" - Luahan Isteri
Tinggal kenangan...Norasikin menunjukkan gambar arwah suaminya yang terakhir ketika bercuti di Langkawi

SAYU !! "Petanda Suami Akan Pergi Selamanya" - Luahan Isteri



Pasangan itu berkahwin tiga bulan lalu, namun tinggal berasingan kerana Norasikin bertugas sebagai jururawat di Hospital Selayang.

Menurut Norasikin, biasanya Mohamad Fandi akan menghantarnya pulang ke Kuala Lumpur selepas bercuti di rumah keluarga di sini.

Bagaimanapun, suaminya beriya-iya meminta Norasikan pulang sendiri ke ibu negara kali ini.

"Dia sempat belikan tiket penerbangan untuk saya pulang ke Sungai Petani pada Khamis ini tetapi minta saya menguruskan sendiri perjalanan pulang ke Kuala Lumpur pada Selasa depan.

"Asalnya saya tak rasa apa-apa yang pelik bila dia kata tak boleh hantar saya balik ke Kuala Lumpur minggu depan.

"Sekarang saya tahu kenapa," katanya ketika ditemui di rumahnya mentuanya di Kampung Seri Pinang.

Jenazah Allahyarham dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pokok Assam.

Sementara itu, bapa mangsa, Rosli Lin, 57, berkata anak sulungnya yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat di Seberang Jaya di Pulau Pinang, dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja.

"Dia habis bertugas jam 7 pagi. Sebelum kejadian, perangai dia macam biasa tapi dalam dua hari sebelum ini saya nampak dia lebih pendiam.

"Biasanya Fandi periang dan suka bercakap," katanya sambil menambah Norasikin kini berbadan dua dan di peringkat awal kehamilan.

Mohamad Fandi maut selepas kereta dinaikinya dirempuh pemandu sebuah kereta yang melawan arus dari tol Sungai Dua menghala Butterworth.

Nahas menyebabkan kenderaan dipandu Mohamad Fandi terbabas ke kiri jalan sebelum dilanggar sebuah motosikal.
Kecederaan parah yang dialaminya menyebabkan mangsa meninggal di tempat kejadian.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/260057?

SAYU !! Foto Menyayat Hati Bapa Hanya Lihat Anak-Anaknya Nikmati Makanan di Restoran Makanan Segera Dikongsi Lebih 70,000 Kali

SAYU !! Foto Menyayat Hati Bapa Hanya Lihat Anak-Anaknya Nikmati Makanan di Restoran Makanan Segera Dikongsi Lebih 70,000 Kali - Pengguna Facebook, Jhunnel Sarajan memuat naik foto berkenaan yang diambil di Jollibee ketika bapa itu sedang sabar menunggu anaknya menikmati makanan di restoran berkenaan.

SAYU !! Foto Menyayat Hati Bapa Hanya Lihat Anak-Anaknya Nikmati Makanan di Restoran Makanan Segera Dikongsi Lebih 70,000 Kali

Satu foto - yang memaparkan seorang bapa duduk di atas kerusi sambil memerhati dua orang anaknya menikmati makanan di sebuah restoran makanan segera - menjadi viral sehingga dikongsi lebih 70,000 kali oleh netizen.

Difahamkan, foto itu dirakam di Filipina.

SAYU !! Foto Menyayat Hati Bapa Hanya Lihat Anak-Anaknya Nikmati Makanan di Restoran Makanan Segera Dikongsi Lebih 70,000 Kali



Jhunnel berkata dia berada di tempat kejadian ketika foto itu diambil.

"Saya tak dapat kawal emosi saya ketika melihat mereka di Jollibee. Lelaki ini tidak makan, hanya melihat anaknya makan.

Foto berkenaan viral sehingga mendapat perhatian dari pemberita tempatan.

Ketika ditemui oleh wartawan, lelaki dalam gambar tersebut, yang dikenali sebagai Ryan Arebuabo, berkata dia menjual jagung rebus di kawasan kejiranan sejak empat tahun yang lalu. Namun, dia tidak dapat bekerja berbulan-bulan lamanya kerana diserang strok.

Kini, Ryan bekerja sebagai penjual jajan di gerai kecil (yang disumbangkan oleh badan kebajikan) di sebatang jalan.

SAYU !! Foto Menyayat Hati Bapa Hanya Lihat Anak-Anaknya Nikmati Makanan di Restoran Makanan Segera Dikongsi Lebih 70,000 Kali


Difahamkan juga, Ryan adalah bapa tunggal. Pada awalnya si isterinya meninggalkannya dengan membawa kedua-dua anak, Rose Ann, 8 dan Rosa Mae, 6. Bagaimanapun, Ryan melawan balik dan berjaya mendapatkan hak jagaan untuk kedua-dua anaknya itu.

Dia juga berjaya memberikan pendidikan dan makanan secukupnya untuk anak-anaknya dengan bantuan kewangan bulanan dari kerajaan berjumlah P2,200 (~RM500) dan juga hasil jualan jajannya sekitar P150 (RM 30) sehari.

Kata Ryan, pada petang foto viral itu ditangkap, dia pergi ke Jollibee untuk meraikan anaknya, Rosa, yang akan habis sekolah tidak lama lagi.

Dia membenarkan kedua-dua anaknya memesan makanan kegemaran mereka namun tidak memesan apa-apa untuk dirinya. Cukup sekadar melihat anak-anak kesayangannya gembira menikmati makanan.

"Saya tidak makan. Saya cuma tengok mereka kenyang. Saya okay." kata Ryan.

Sumber: ABS-CBN

"Pesan Ibu Jangan Kita Adik Beradik Dipisahkan Oleh Harta Benda Dan Wang Ringgit"

"Pesan Ibu Jangan Kita Adik Beradik Dipisahkan Oleh Harta Benda Dan Wang Ringgit"

"Pesan Ibu Jangan Kita Adik Beradik Dipisahkan Oleh Harta Benda Dan Wang Ringgit" - Sejak almarhum ayah menemui Pencipta, amanah ketua keluarga digalas oleh aku. Mama yang masih sedih kehilangan suami, memberi sepenuh kepercayaan mengurus keluarga. Aku asalnya seorang yang introvet berbanding adik aku, Fadzilah yang extrovet.

Sepanjang seminggu kami berada di rumah kakak ipar Mama, aku sembunyikan luluh hati melihat pengorbanan Mama dan nasib adik-adik yang masih kecil. Setiap kali sebelum dan selepas kerja, Mama mesti berada di dapur. Adik-adik rasa tertekan dan ketakutan.


"Pesan Ibu Jangan Kita Adik Beradik Dipisahkan Oleh Harta Benda Dan Wang Ringgit"


“Bilakah masanya Mama berehat?”
“Bagaimana keadaan mereka sewaktu aku bekerja?”
“Mengapa mereka seakan sembunyikan sesuatu?”

Pilihan.

Tawaran menjaga Mama dan adik-adik ditolak cara baik. Melihat tempoh seminggu bagaimana layanan Mama dan adik-adik, mengukuhkan keputusan. Keluarga sebelah ayah tidak puas hati. Mujurlah abang sulong Mama, menghormati keputusan kami.

Selang 90 hari, Allah telah mengambil Fadzilah dari kami selama-lamanya. Yang memilukan, dia pergi di hadapan mata adik bongsu yang berusia 10 tahun. Kisahnya turut tersiar di surat khabar. Terperanjat dengan khabar duka, membaca fakta berita yang disiarkan bertambah luka.

Imbasan Tragedi.

Fadzilah berhasrat untuk menghabiskan cuti ke Terengganu. Pulang bercuti, dia bakal memulakan tugas di cawangan baru kerana tawaran naik pangkat. Dia pesan kepada aku agar rahsiakan daripada adik-adik lain. Aku setuju. Spontan aku katakan, tangguhkan percutian. Hasilnya, dia keberatan.

Fadzilah meyakinkan aku bahawa dia tidak pergi sendirian. Beberapa buah kereta akan konvoi bersama. Sampai masa, bayang mereka pun tiada. Agaknya, apa Mama dan aku rasa?

Sejujurnya, aku berat hati melepaskannya bercuti. Lalu, aku pujuk untuk kali kedua. Sayangnya, masih tidak berganjak. Lantas, aku cadangkan adik bongsu lelaki menemaninya. Mama mengiringi Fadzilah ke kereta.

Aku masih tidak serik lalu cuba menghalangnya kali ketiga. Dia nekad mahu bercuti juga. Waktu bersalam hati aku berikrar, “Jika lepas ini ada apa-apa yang berlaku, aku tidak mahu campur tangan.”

15 Jun 2001.

Jumaat adalah hari yang barakah. Aku tidak bekerja. Kebetulan mengulangkaji untuk peperiksaan Semester ke-3. Mama sedang membakar ikan untuk hidangan tengahari.

Telefon berdering. Aku yang sambut. Dihujung talian, suaranya agak tegas. Bersungguh-sungguh mahu bercakap dengan Mama. Aku akur.

"Pesan Ibu Jangan Kita Adik Beradik Dipisahkan Oleh Harta Benda Dan Wang Ringgit"


Apakah yang terjadi?

Tiba-tiba Mama meraung dan menangis seolah bayi kecil. Aku cuba bertahan dan mengambil semula gagang telefon untuk mendengar sendiri. Jelas dan lancar. Aku beranikan diri bertanya Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu untuk bercakap dengan adik bongsu. Sempat aku titipkan, “Bila saudara-mara tanya apa-apa soalan, diamkan diri sahaja. Jaga solat fardu, ya.”

Mendengar perkhabaran itu, tangisan Mama tidak terkawal. Aku perlu bertahan demi menghadapi ujian hebat ini. Adik-beradik Mama serta saudara-mara memenuhi ruang rumah setelah dimaklumkan. Mereka rancak membincangkan bagaimana mahu membawa jenazah Fadzilah pulang.

Mama tidak mampu membuat keputusan. Aku yang terpaksa beri cadangan bagi pihak Mama. Semahu-mahunya Mama merayu untuk pergi menuntut jenazah di Hospital Hulu Terengganu. “Boleh Mama, tapi janji dengan kami, kawal perasaan.”

Malam itu, Mama ditemani abang-abangnya, ayah Fatin dan kakak iparnya. Mereka menaiki sebuah kereta. Aku dan saudara-mara berkumpul di rumah kakak ipar Mama. Ya, rumah yang sama sewaktu pengurusan jenazah ayah.

Keesokan harinya, jenazah Fadzilah tiba. Pagi Sabtu itu sekali lagi menyaksikan ahli keluarga aku diuji kematian orang tersayang. Adik bongsu diserbu. Ibarat wira sukan yang mahu diwawancara bagi mendengar cerita sebenar. Syukur, dia ingat pesan aku.

Bergilir-gilir ahli keluarga Mama yang terapat, cuba tenangkan Mama. Aku membantu urusan jenazah hingga selesai. Sepanjang tempoh tersebut, aku bertahan. Kering air mata. Cuba kawal diri biarpun pemergian ayah tercinta masih terasa.

Keadaan sama berulang sewaktu pemergian ayah. Tempoh seminggu bagaimana keadaan Mama dan perubahan adik-adik buat aku bertambah bimbang. Sayu melihat sendiri ketabahan Mama yang telah kematian suami tercinta dan anak kedua kesayangannya. Aku hampir silap membuat percaturan. Syukurlah, Allah tempat aku bergantung harapan.

Malam tahlil terakhir, aku beranikan diri berbincang tentang hala tuju keluarga aku. Kami enggan menjadi beban mana-mana pihak lalu memutuskan untuk hidup berdikari. Persetujuan kami tidak disenangi kakak ipar Mama dan suaminya.

Demi kebaikan keluarga, kami nekad setelah aku meyakinkan kedua-dua belah pihak. Semua tuntutan dilakukan bersama Mama. Kami dibantu oleh kakak ipar Mama dan suaminya. Aku mulai faham erti mendahulukan keperluan orang lain daripada diri sendiri, pentingnya kasih sayang dan berkorban menjaga Mama serta membesarkan adik-adik.

Restu Mama.

Mulai detik itu, aku kerap menghubungi Mama tercinta. Kami menjadi rapat. Sebelum ini, ayah menjadi tempat aku berkongsi suka duka tanpa selindung. Manakala Fadzilah rapat dengan Mama pula. Aku mulai berubah dari introvert menjadi extrovet. Aku timba ilmu baharu tentang tuntutan, selok-belok jual beli kereta dan bagaimana mengurus keluarga di usia awal 20-an.

Tanpa rasa bersalah, segelintir anak buah dan ahli keluarga minta wang dengan Mama. Aku fikir, “Bukankah Mama dan adik-adik sepatutnya dibantu?” Tidak cukup memeras Mama, adik-adik aku dicucuknya untuk tinggal dan bersekolah di rumah wakaf. Aku cuba rasional biarpun Mama terganggu. Aku pujuk Mama dan adik-adik. Syukurlah, kami muafakat.

Sejak itu, kami banyak bincang bersama. Apapun keputusan, Mama serahkan di tangan aku. Mama sendiri yang mahu adik-adik rujuk dengan aku dalam semua urusan. Barangkali, Mama trauma dengan apa yang menimpa Fadzilah. “Entahlah, Mama pun tidak tahu. Cuba tanya Along.” Skrip Mama yang masih segar di ingatan.

Didikan Agama.

Pelan awal aku ialah pastikan adik-adik ada pegangan agama. Maka, tiga dari lima orang adik aku menyertai Kem Jati Diri anjuran syarikat aku bekerja. Adik lelaki aku dilantik menjadi Penghulu. Syahdu. Apa tidaknya?

Kem yang adik-adik aku sertai, ada slot bersama Ustaz Bahasa Arab aku. Bermula detik itu, mereka komited menyambung pengajian. Mana yang kurang, digilap hingga masing-masing mendapat pendidikan terbaik. Syukur, adik-adik pernah tersenarai Anugerah Pengarah dan Dekan termasuklah dinobatkan sebagai fasilitator terbaik.

La hawla wala quwata illa billah. Aku pernah berjanji dengan Mama. Jika ada di kalangan adik-adik yang lebih hebat pendidikannya dari aku, akulah orang pertama yang menyokong dan mendoakan. Asalkan adik-adik aku menjadi manusiawi dunia akhirat.

Cuma, “Jangan kita dipisahkan oleh harta-benda, pangkat, wang ringgit, kerjaya atau keluarga bila sudah ada haluan sendiri.”