-->
Tampilkan postingan dengan label e Penyata Gaji. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label e Penyata Gaji. Tampilkan semua postingan

Jumat, 24 Maret 2017

"Saya Haramkan Diri Saya Untuk Minta Duit Daripada Mak"

"Saya Haramkan Diri Saya Untuk Minta Duit Daripada Mak"

"Saya Haramkan Diri Saya Untuk Minta Duit Daripada Mak"
"Saya Haramkan Diri Saya Untuk Minta Duit Daripada Mak" - Kisah yang dikongsikan oleh saudara Zabidi ini amat menyentuh hati kami di mana dia berkongsi walaupun dia menanggung kesukaran untuk membiayai pengajiannya di Jordan, tetapi dia mampu menanganinya berbekalkan restu ibu bapanya serta pertolongan dari Yang Maha Esa.

Sama-sama kita ambil iktibar dari perkongsian saudara Zabidi ini.

"Banyak duit zabidi belanja mak itu ini, macam orang dah bekerja." kata mak membuka bicara setelah kami selesai solat maghrib berjemaah.


"Saya Haramkan Diri Saya Untuk Minta Duit Daripada Mak"

Aku tersenyum mendengar ungkapan mak sambil memikirkan apa jawapan yang sesuai untuk aku jawab pada mak.

"Ini rezeki Allah telah peruntukkan untuk mak, sepertimana Allah beri rezeki untuk mak membesarkan kami 11 beradik dahulu." Jawabku pada mak.

"Zabidi cuma minta mak sentiasa doakan Allah permudahkan segala urusan yang dilakukan dan mak redha, itu sudah cukup." Pintaku pada mak.

Kelihatan air mata mak bertakung di matanya seakan terharu dengan ucapanku, tetapi cuba ditahan. Aku terus memeluk erat mak dan kami saling berpelukan.

Inilah satu-satunya Permata Hati yang tinggal untuk saya mencurah kasih setelah ayah tiada, saya berjanji pada diri untuk berbakti dan membahagiakan sebelum dia memejamkan mata.
--------------------------------------------------------------------
Saya masih ingat waktu saya meluahkan hasrat untuk menyambung pengajian di Jordan kepada mak. Mak terasa berat hati kerana risau memikirkan biaya pengajian saya di sana nanti. Sementara ayah pula sedang sakit ketika itu, pastinya memerlukan belanja yang banyak untuk merawat sakitnya itu.

Tapi, saya tetap bertekad untuk mencapai impian saya mendalami ilmu agama di bumi anbiya'. Saya meyakinkan mak yang saya akan berusaha sendiri untuk menampung biaya pengajian di sana.

Kata orang, yang datang belajar di sini kalau tanpa tajaan, pastinya anak orang berada yang mampu menampung kos sara hidup yang tinggi di sini.

Tapi, itu tidak mematahkan semangat saya untuk menuntut ilmu di sana. Ulama' dahulu lebih besar cabaran yang mereka hadapi.

Mungkin juga dengan sebab didikan ayah dahulu yang melatih kami adik beradik untuk berdikari bagi mendapatkan duit, menjadikan saya berani untuk mengambil cabaran ini.

Cara ayah didik kami, kalau mahukan duit belanja kerja dahulu. Diberi kami modal, hasil keuntungan itulah duit belanja untuk kami. Barulah rasa bagaimana susahnya ayah mencari duit.

Jika dihitung perbelanjaan sepanjang hampir 5 tahun saya di sini, rasanya boleh beli sebiji kereta idaman Toyota Vios model terbaru secara cash.

Jika ditanya kepada saya dari mana saya dapat duit untuk menampung perbelanjaan yang serba serbi mahal di sini. (Kalau nak tau cas GST di negara ini 16%, tukaran matawang terkini sebanyak RM6.25 untuk sedinar) Susah untuk saya jawab soalan ini. Saya cuma katakan ia dari Allah.

Tapi, bila saya jawab begitu ramai yang tak puas hati dengan jawapan yang diberikan.

Orang lain, bila kehabisan duit tunggu hujung bulan pihak tajaan masukkan duit atau minta mak ayah masukkan duit. Tapi, saya hanya mampu berdoa dan tawakkal tunggu rezeki dari Allah.

Jangan salah sangka, bukannya saya bertawakkal tunggu rezeki datang bergolek tanpa berusaha. Maksudnya, bila saya usahakan buat bisnes dapat sambutan, cuba memohon bantuan zakat diterima. Saya usahakan juga asbab rezeki itu. Tapi, selebihnya Allah yang beri.

Ok, saya bagi contoh antara bentuk rezeki yang saya terima.

1. Ada satu hari selepas keluar dari masjid, saya terasa lapar dan ingin membeli makanan, tapi nngak punya uang..tiba-tiba datang seorang pakcik tua berambut putih dari belakang menegur saya dan bertanya " enta maliziy ?". "Naam" jawab saya. Lalu diberikan sejumlah wang kepada saya. "Leish ?" tanya saya kenapa. Lalu dijawab kerana dia sukakan pelajar Malaysia. (sampai sekarang pikir pakcik ni malaikat ke tiba-tiba muncul)

2. Saya memakai sebuah telefon bimbit yang dibeli dengan harga yang murah untuk berjimat, cukup hanya ada aplikasi yang membolehkan untuk berinteraksi dan berhubung. Pada satu malam di bulan ramadhan selepas solat tarawih, saya singgah di rumah kawan untuk moreh. Lalu, saya dikejutkan dengan satu kotak hadiah yang berisi telefon bimbit baru dihadiahkan oleh kawan-kawan. Sampai sekarang masih guna phone ni.

3. Baru-baru ini, semasa mendapat berita pemergian arwah ayah..dalam hati rasa sedih tak dapat balik untuk melihat wajah ayah buat kali terakhir. Kebetulan waktu tu tengah dalam program dan saya jadi pengarah, saya balik kejap buat solat ghaib dan kembali meneruskan program macam biasa. Tiba-tiba kawan saya datang bagitahu suruh siap-siap untuk balik malam tu jugak, sebab mereka dah belikan tiket untuk saya dan hantar saya sampai ke airport.

Ada lagi cerita yang tak dapat saya selitkan di sini, tunggulah nanti kalau rajin saya tulis buku. (Tak tahu bila keluar buku tu..hehe)

Hari ini, saya perhatikan anak-anak muda yang baru hendak memulakan hidup terbeban dengan berbagai bentuk hutang. Hutang belajar, kereta, kahwin.

Dalam saya masih belajar, dan tidak mempunyai pendapatan sebegini, saya telah pun melangsungkan perkahwinan semasa di tahun kedua. Dan saya juga telah pun memiliki kereta terpakai sendiri yang dibeli secara tunai. Semuanya tanpa berhutang.

Dan Alhamdulillah, saya juga telah terpilih untuk menunaikan haji tahun depan.

Antara amalan yang saya lazimi sehingga kini ialah saya akan telefon dan bertanya khabar kepada mak seminggu sekali atau dua kali. Tetapi, selepas pemergian ayah saya telefon mak hampir setiap hari supaya mak tidak terasa sunyi.

Dulu semasa mula-mula kerja, saya berikan semua gaji pertama saya dan belikan hadiah kepada mak. Selepas itu untuk bulan-bulan seterusnya, saya bahagikan duit gaji kepada 3. 

Pertama, untuk mak kedua, tabung haji ketiga, simpanan untuk belajar.

Sewaktu belajar,oleh kerana tak mampu beri duit kepada mak, saya 'haram'kan diri saya untuk minta duit daripada mak. Sudah terlalu banyak duit mak habiskan untuk membesarkan saya dahulu.

Doa dan redha mak, saya hanya bermodalkan kedua ini sahaja untuk ke mana-mana. Selagi saya berada di bumi Allah, di situ pasti ada rezeki untuk saya.

Begitulah, kalau kita menjaga dan menyenangkan hati mak ayah kita, insya Allah akan dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya untuk kita dari jalan yang tak kita sangka.

Kepada yang masih punya ibu, ambil peluang untuk taat dan berbakti kepada mereka sementara mereka masih ada, kerana ia juga akan menjadi pemberat mizan kita di akhirat kelak.

Mak kita bukannya mahu duit kita sangat pun, mereka hanya mahukan belaian dan perhatian daripada kita sahaja, sepertimana mereka membelai kita sewaktu kecil dahulu.
Kalau nak katakan ini sebagai plan kewangan,
iya, inilah salah satu rahsia plan kewangan saya. Skim pelaburan dunia akhirat. Makin banyak kita memberi (terutama ibu dan keluarga) semakin banyak lagi Allah akan beri.

Prinsip kewangan saya begini :
"Gusti iku sambaten naliko sira lagi nandhang kasangsaran. Pujinen yen sira lagi nampa kanugrahaning Gusti." 

Sapa yang berjaya baca sampai habis ketik like dan komen 'Alhamdulillah' šŸ˜…

Dah jangka .. Pemandu lawan arus mengaku tak bersalah di Mahkamah sebab kematian (5 Gambar)

Dah jangka .. Pemandu lawan arus mengaku tak bersalah di Mahkamah sebab kematian (5 Gambar) - BUKIT MERTAJAM :  Seperti dijangka kan model yang yang memandu lawan arus yang menyebabkan kematian seorang lelaki pada 14 mac lalu di dakwa hari ini namun dia jugakmengaku tak bersalah.

Dah jangka .. Pemandu lawan arus mengaku tak bersalah di Mahkamah sebab kematian (5 Gambar)

Baru-baru ini dia juga didakwa memandu dalam pengaruh dadah dan mabuk dia juga mengaku tidak bersalah dan ditawar jaminan atas kesalahan tersebut.

Dah jangka .. Pemandu lawan arus mengaku tak bersalah di Mahkamah sebab kematian (5 Gambar)


Utusan online melaporkan seorang remaja perempuan yang memandu kereta secara lawan arus di lebuh raya sehingga menyebabkan kematian seorang juruteknik 14 Mac lalu mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Ng Pei Ven,19, yang menjadi tular baru-baru ini membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Jamaliah Abd. Manap selepas mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.
Dia yang juga pemegang kad orang kurang upaya (masalah pembelajaran) didakwa di bawah Seksyen 44 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Majistret Jamaliah kemudiannya menetapkan 12 Mei ini untuk sebutan semula kes dan Pei Ven diikat jamin RM7,000 dengan dua penjamin.

Pada 17 Mac lepas, Pei Ven juga mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas tuduhan memberikan diri sendiri dadah berbahaya jenis amphetamine dan didakwa mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Kamis, 23 Maret 2017

"Duit anak² tak boleh digunakan walaupun seringgit, itu hak mereka"

"Duit anak² tak boleh digunakan walaupun seringgit, itu hak mereka" - Sudahkah anda menyimpan duit untuk anak-anak anda yang masih kecil? Jika belum, segeralah buka akaun bank untuk mereka. Menyimpan memang mudah tetapi ibu bapa perlu berdisiplin dan jujur dalam soal membuat simpanan untuk anak-anak. 

Ikuti tiga tips dari Puan Hana Shahadan ini. Tidak sukar, tidak pula mudah, namun mampu diamalkan oleh semua mengikut kemampuan masing-masing. Manfaatkan perkongsian ilmu dari beliau. 


"Duit anak² tak boleh digunakan walaupun seringgit, itu hak mereka"


"Duit anak² tak boleh digunakan walaupun seringgit, itu hak mereka"


Tiga hari yang lalu, saya kira duit Fateh. Duit yang orang bagi. Contoh macam atuk dia bagi setiap kali pergi ke rumah atuk. Duit orang datang melawat Fateh, duit papa dia bagi bila balik rumah, duit kecil balance dalam poket semua masuk ke Fateh. Terus saya rasa nak kongsi tiga tips penting cara nak manage duit anak-anak seawal usia bayi lagi. 

Duit anak-anak ini, kita tak boleh gunakan. Lagilah kalau duit raya, duit itu adalah hak mereka walaupun seringgit. Hukum menggunakan duit raya anak adalah sama seperti kita menggunakan duit orang lain. Seperti konsep berhutang. Dan hutang wajib dibayar. Sekiranya dalam keadaan kita terpaksa menggunakan duit anak, pastikan kita membayar semula duit mereka dengan kadar segera. 

Yang penting, bila dapat duit anak-anak itu kita kena menyimpan. Macam mana caranya nak mengasingkan dan menyimpan itu? Mudah saja, simpanlah sikit-sikit lama-lama menjadi bukit. 

1. PASTIKAN BUKA AKAUN BANK UNTUK ANAK SEJAK DARI KECIL

Ambil berkat, saya mulakan dengan membuka akaun bank di tabung haji. Terpulanglah nak buka bank apa, tak kisah nak simpan di mana-mana bank, yang penting anak ada akaun bank. Dulu, genap 44 hari habis berpantang, saya terus buka akaun Tabung Haji untuk anak. Iyalah, nanti nak pergi haji dengan Fateh. Jadi semua duit yang Fateh dapat, saya dan masukkan dalam Tabung Haji. 

2. LETAKKAN TARGET SIMPANAN BULANAN UNTUK ANAK

Kalau macam Fateh, saya dah letak target mesti ada amaun empat angka sebulan at least untuk simpanan dia sendiri. Kiranya kalau Fateh dah 10 bulan, mesti ada lima angka ringgit dalam simpanannya. Target itu tak kisahlah nak letak berapa, ikut kemampuan masing0masing. Faham ke? Kalau nak senang, pecahkan ikut hari. Setiap hari kena simpan berapa. Tak adalah terasa beban sangat nanti. 

3. ASINGKAN SIAP-SIAP DUIT ANAK DALAM SATU BEKAS LAIN

Ini yang saya praktikkan di rumah. Macam Fateh, saya dah siapkan bekas duit. Kiranya bekas itu memang dah macam tabung cuma lebih besar dan khas untuk letak duit Fateh. Tiap kali papa dia ada duit kecil-kecil itu, semua dimasukkan dalam tabung itu. Tiap kali orang bagi duit pun diletak dalam tabung itu. Bekas ini duit anak, bekas dilarang usik tau. 

Lagi satu, kita tidak boleh menggunakan duit anak untuk membeli lampin ataupun keperluan harian anak kerana semua itu adalah dalam tanggungan kita sebagai ibu bapa. Cuma yang penting kita sebagai ibu bapa dah menjadi tanggungjawab untuk menguruskan duit anak dengan lebih baik. 

Okay semua? Silakan share untuk manfaat anak-anak. 

Dell dell dell, aku akan rindu kau dell .. Dell maut parah di kepala dan leher kemalangan (5 Gambar)

Dell dell dell, aku akan rindu kau dell .. Dell maut parah di kepala dan leher kemalangan (5 Gambar)
Dell dell dell, aku akan rindu kau dell .. Dell maut parah di kepala dan leher kemalangan (5 Gambar)  - KUALA LUMPUR : Seorang petugas Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) di unit keselamatan, maut selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan di Jalan Cheras, di sini, awal pagi tadi.
Jurucakap Bilik Gerakan Trafik Kuala Lumpur berkata dalam kemalangan kira-kira 3 pagi itu, mangsa Siti Nordalilah Kamaruddin, 35, yang cedera parah di kepala dan leher maut di tempat kejadian.
Katanya, siasatan awal mendapati kereta Perodua Alza yang dipandu mangsa dilanggar di sisi sebelah kanan oleh sebuah kereta jenis Honda Jazz.

Dell dell dell, aku akan rindu kau dell .. Dell maut parah di kepala dan leher kemalangan (5 Gambar) 


Luahan sayu seorang sahabat arwah Dell atau Siti Nordalilah yang mengudang pilu.
Tersentak!!!
Dell dell dell, aku akan rindu kau dell. Tu wajib sbb kita kenal dr kecik. Kau baik dell, kau slalu sangka baik dgn org, kau peramah, kau mmg baik hati. Siapa nak sapa aku, panggil nama aku kuat2 bila turun kat lobi atau pagar guard bernama tu, xkan dengar lagi dah, xkan dpt lagi peluk kau dell. Aku terkejut dell dengar berita pemergian kau.
Arwah ayah kau dh lama pergi, sekarang kau pulak pergi. Gambar kita kecik2 ada lg kat rumah mama aku dell dgn arwah ayah kau.

Aku bebel ni pun kau dah takleh dengar lagi, sbb kau dah pergi buat selama2nya tp aku cuma meluah rasa dan aku sgt berharap kalau aku boleh putar balik masa, aku boleh ckp semua ni kat kau dell.
Hadiah yg kau bagi, aku akan simpan elok2, buat kenangan aku kpd kau dell.
Tenanglah dikau di sana wahai sahabat dan teman,Siti Nordalilah Kamaruddin aka Shizuka Minamoto Aku doakan agar kau dihimpunkan oleh Allah bersama2 golongan yang beriman.
Al-Fatihah - Dari sahabat mu Edlynna Hanie Hamid


"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Bernama.
Difahamkan, jenazah Siti Nordalilah akan dibawa ke rumah ibunya di AU3 Taman Keramat, di sini sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam AU4, Taman Keramat, di sini untuk dikebumikan.
Sementara itu, rakan sekerja mangsa, Suhaidan Sulaiman berkata kehilangan Siti Nordalilah amat dirasai oleh beliau dan rakan-rakannya yang lain.
Katanya, beliau telah mengenali mangsa sejak mereka sama-sama memulakan tugas di unit keselamatan Bernama kira-kira tujuh tahun lalu.
"Suami arwah yang memaklumkan kepada kami berkenaan berita sedih itu pagi tadi dan saya macam tak percaya arwah sudah tiada," katanya.
Seorang lagi rakan mangsa, Amral Ibrahim, berkata Siti Nordalilah seorang yang periang dan mudah menghulurkan pertolongan. - Bernama
Semakan e Penyata Gaji Mac 2017 : 23-3-2017 Khamis

Semakan e Penyata Gaji Mac 2017 : 23-3-2017 Khamis

Semakan Online Gaji Bulan Mac 2017 bagi Pejawat Awam / Kakitangan Awam (Kerajaan) – Tarikh Pembayaran : 23-3-2017 (Khamis) - Berikut adalah Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji bulanan tahun 2017 untuk Penjawat Awam atau Kakitangan Awam seluruh negeri Di Malaysia

Semakan Online Gaji Mac 2017 : 23-3-2017 Khamis

Semakan e Penyata Gaji Mac 2017 : 23-3-2017 Khamis

Tarikh Gaji 2017  Hari      Catatan
 19 JanuariKhamis (Tahun Baru Cina 28, 29 Januari)
 23 FebruariKhamis 
 23 MacKhamis 
 25 AprilSelasa 
 25 MeiKhamis 
 15 JunKhamis (Hari Raya Aidilfitri 25, 26 Julai)
 25 JulaiSelasa 
 24 OgosKhamis 
 25 SeptemberIsnin 
 11 OktoberRabu (Hari Deepavali 28 Oktober)
 23 NovemberKhamis 
 21 DisemberKhamis (Hari Krismas 25 Disember)

Nota:
  • Gaji kakitangan sektor awam dibayar sebulan sekali
  • Lampiran jadual pembayaran diatas merangkumi satu tarikh ga.ji untuk semua negeri
  • Tarikh pembayaran gaji masih tertakluk kepada pindaan semasa oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM)
  • Sebarang perubahan akan dikemaskini dengan kadar segera

Sila Klik :

SIDIK

PEMBACA SIDIK

adnow