Tampilkan postingan dengan label Tragedi Lemas Bukit Beruntung. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Tragedi Lemas Bukit Beruntung. Tampilkan semua postingan

Senin, 20 Maret 2017

SAYU !! Keluarga Tak Pernah Tahu Arwah Pemain Bola Sepak Hebat

SAYU !! Keluarga Tak Pernah Tahu Arwah Pemain Bola Sepak Hebat

SAYU !! Keluarga Tak Pernah Tahu Arwah Pemain Bola Sepak Hebat - "Kami tidak pernah tahu Aiman seorang pemain bola sepak yang penting dan hebat di sekolah" itu kata ibu Muhammad Aiman Kamarul Ariffin, 12, yang ditemukan lemas di anak Sungai Selangor di Kampung Timah, Bukit Beruntung di sini.

SAYU !! Keluarga Tak Pernah Tahu Arwah Pemain Bola Sepak Hebat

Menceritakan peribadi anaknya itu, Noraini Omar, 48 berkata Muhammad Aiman seorang yang merendah diri dan kurang bercerita tentang pencapaiannya kepada keluarga.

Katanya sejak kecil anak keempat daripada tujuh beradik itu gemar bermain bola sepak selain mempunyai hobi menunggang basikal.

SAYU !! Keluarga Tak Pernah Tahu Arwah Pemain Bola Sepak Hebat


"Dia (Aiman) memang budak yang baik, semua orang di flat kami cakap dia memang baik... dia anak yang tak pernah melawan cakap.

"Saya tidak tahu langsung dia ke sana (lokasi kejadian) bersama kawan-kawan pada hari itu," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu, di sini Ahad.

Pada sabtu, jurulatih pasukan bola sepak Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1, Wan Mohd Firdaus Wan Abdullah berkata berkata Muhammad Aiman dan rakannya Muhammad Aiman Fitri Md Asmadi, 12 yang turut lemas dalam kejadian, merupakan dua penyerang terbaik bola sepak sekolah itu.

Sementara itu, bapa Muhammad Aiman, Kamarul Ariffin Osman, 45 berkata dia bersyukur jasad anaknya ditemui selepas dua hari pencarian dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

"Syukur kepada Allah memudahkan urusan pencarian hari ini namun saya terkilan kerana tidak sempat menunaikan hasrat arwah untuk berkhatan pada cuti sekolah ini," katanya.

Mayat Muhammad Aiman ditemukan oleh orang awam pada pukul 1.15 tengah hari di tebing sungai itu kira-kira 13 kilometer dari lokasi kejadian.

Terdahulu, mayat seorang lagi mangsa iaitu Muhammad Ikhwan Mohd Ridwan, 10, ditemukan di tebing sungai kira-kira tiga kilometer dari pusat operasi mencari dan menyelamat pada 10.20 pagi.

SAYU !! Keluarga Tak Pernah Tahu Arwah Pemain Bola Sepak Hebat


Dalam kejadian kira-kira 5 petang Jumaat lepas, lapan kanak-kanak berusia antara sembilan dan 12 tahun dari kawasan perumahan berdekatan dihanyutkan air pasang besar ketika sedang menangguk ikan di sungai itu.

Seorang daripada mereka selamat manakala tujuh lagi lemas.

Selain Muhammad Aiman dan Muhammad Ikhwan, lima mangsa lain ialah pasangan adik-beradik Shahrizat Abdullah, 12 dan Shahrizwan, 10; Amirul Hakimi Khairul Amru, 9; Muhammad Iskandar Shah Abdullah, 12 dan Muhammad Aiman Fitri Md Asmadi, 12. - mStar

Sabtu, 18 Maret 2017

Tragedi Lemas Bukit Beruntung : Anak Sempat Gurau, Peluk Manja

Tragedi Lemas Bukit Beruntung : Anak Sempat Gurau, Peluk Manja

Tragedi Lemas Bukit Beruntung : Anak Sempat Gurau, Peluk Manja - "Makin kuat saya tolak pelukan mereka, makin erat mereka memeluk saya." Demikian rintihan ibu kepada dua adik-beradik yang ditemukan mati lemas di Sungai Selangor di Kampung Timah, Bukit Beruntung, menceritakan kenangan terakhirnya bersama-sama.

  tragedi lemas bukit beruntung 

 Hasina Ibrahim, 45, berkata beliau tidak menyangka gurauan manja kedua-dua anaknya Shahrizat Abdullah, 12, dan Shahrizwan Abdullah, 10, selepas bangun tidur pagi semalam menjadi gurauan terakhir buatnya.

Tragedi Lemas Bukit Beruntung : Anak Sempat Gurau, Peluk Manja

"Mereka (anak) memang sangat manja. Semalam bila bangun tidur, mereka gurau-gurau dan peluk saya.Adik baring di sebelah kiri, abang di sebelah kanan. Kedua-dua peluk saya tapi saya buat-buat tolak mereka. 

"Saya cakap tidak mahu cium sebab dua-dua belum mandi. Tapi, makin kuat saya tolak mereka, makin erat mereka peluk saya," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung di sini Sabtu. 

Hasina berkata anak kedua dan keempat daripada empat beradik itu yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 juga tidak hadir ke sekolah semalam kerana beliau tidak mengejutkan mereka. 

"Semalam (Jumaat) saya rasa berat hati sangat ingin kejutkan anak-anak ke sekolah malah bapa tiri mereka, Abdul Halim Rosli pun saya tidak kejutkan untuk pergi kerja. Tidak tahulah kenapa berat sangat rasa hati ini," katanya menurut laporan Bernama.

Tragedi Lemas Bukit Beruntung : Anak Sempat Gurau, Peluk Manja

Hasina berkata kedua-dua anaknya kemudian keluar rumah kira-kira pukul 2.30 petang untuk bermain dengan rakan-rakannya sebelum beliau dimaklumkan mengenai kejadian lemas tersebut. Katanya, kehidupan mereka sekeluarga kini tidak lagi sama selepas kehilangan dua adik-beradik tersebut namun reda dengan ujian Allah. 

"Tidak tahulah lepas ini macam mana ingin teruskan kehidupan. Memang saya agak sedih hilang dua anak sekelip mata. Semalam baru bergurau, hari ini sudah hilang di depan mata," katanya. Shahrizat dan Shahrizwan merupakan dua daripada lapan kanak-kanak yang lemas selepas menangguk ikan di Sungai Selangor di Kampung Timah semalam.  

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, lapan kanak-kanak berusia sembilan hingga 12 tahun dari kawasan perumahan berdekatan dihanyutkan air pasang besar ketika menangguk ikan di sungai itu. Tragedi Lemas Bukit Beruntung : Anak Sempat Gurau, Peluk Manja Seorang daripada mereka selamat manakala lima lagi ditemukan lemas dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi mangsa dipergiatkan. - mStar.