Tampilkan postingan dengan label Semasa. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Semasa. Tampilkan semua postingan

Rabu, 22 Maret 2017

8 produk kosmetik dikesan beracun - KKM

8 produk kosmetik dikesan beracun - KKM

8 produk kosmetik dikesan beracun - KKM | PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual, merkuri, hydroquinone dan tretinoin yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik, lapor Sinar Harian Online. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lapan produk tersebut ialah Moleek Day Cream, Adel Miracle Flawless Serum, Ah Beauty Night Cream yang mengandungi merkuri, Ndz UV Whitening (hydroquinone), Snow Cream Normal, Snow Cream Sensitif, Dnars Nar Cream - Sensitif dan Ellfie Night Cream (hydroquinone dan tretinoin). 

8 produk kosmetik dikesan beracun - KKM


Berikutan pengesanan bahan beracun berjadual itu, notifikasi produk-produk kosmetik tersebut telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM. 

"Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. 

"Selain itu, ia boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit," katanya. 

Dr Noor Hisham berkata, produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan. Namun, penggunaan tanpa pengawasan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari. 

Bagi produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri, ia boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. 

Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi bahan merkuri disapu pada kulit meruap dan dihidu. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit. 

Justeru, Dr Noor Hisham menasihatkan orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik yang terlibat, menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers. 

Penjual dan pengedar produk-produk terlibat diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk-produk itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. 

"Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikut. 

Syarikat yang melakukan kesalahan itu juga boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya. 

Filem Beauty & the Beast tayang 30 Mac, tanpa potong adegan gay

Filem Beauty & the Beast tayang 30 Mac, tanpa potong adegan gay - Filem Disney, Beauty and The Beast dilaporkan akan ditayangkan tanpa sebarang potongan pada 30 Mac ini, menurut pengumuman pihak Golden Screen Cinema (GSC) melalui Facebooknya, 5 jam yang lalu. 

Filem Beauty & the Beast tayang 30 Mac, tanpa potong adegan gay

Filem Beauty & the Beast tayang 30 Mac, tanpa potong adegan gay


Lapor Free Malaysia Today, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini menegaskan, kerajaan tetap dengan pendirian tidak membenarkan penayangan filem itu jika Disney tidak dapat memenuhi permintaan Lembaga Penapisan Filem untuk memotong sebahagian kecil filem itu yang melibatkan adegan gay. 

Nur Jazlan berkata, Malaysia mempunyai undang-undang dan budaya yang perlu dihormati Disney. 


Filem adaptasi klasik Disney itu sepatutnya ditayangkan pada 16 Mac lalu, namun ditangguhkan selepas pihak berkuasa mengeluarkan adegan gay dalam filem itu. 

Disney menegaskan bahawa mereka tidak akan menayangkan versi filem yang ditapis dan merayu kepada Kementerian Dalam Negeri untuk mengkaji semula keputusan memotong adegan gay dalam filem mereka.

Menurut undang-undang di Malaysia, homoseksual adalah satu kesalahan dan individu yang melakukan jenayah liwat boleh dikenakan hukuman penjara, sebat dan denda. - The Reporter

Senin, 20 Maret 2017

5 Gambar "Dia pukui I punya kereta, I marah I langgar dia punya kereta"

"Dia pukui I punya kereta, I marah I langgar dia punya kereta"

5 Gambar "Dia pukui I punya kereta, I marah I langgar dia punya kereta"  - Gara-gara menukar lorong dari kiri ke kanan tanpa memberi 'signal', tindakan pemandu berkenaan telah mencetuskan kemarahan pemandu lain. 

Dalam kejadian jam 5.37 petang Sabtu lalu di Jalan Lencong Barat, depan Taman Dahlia, Fasa 1, See Kim Chong, yang memandu kereta Perodua Myvi mendakwa dia telah 'dibuli' oleh pemandu kereta Perodua Axia yang berang dengannya. 

"Dia pukui I punya kereta, I marah I langgar dia punya kereta"

5 Gambar "Dia pukui I punya kereta, I marah I langgar dia punya kereta"


Video yang dimuat naik mangsa menunjukkan, dia pada awalnya berada di lorong kiri secara tiba-tiba beralih ke lorong kanan tanpa memberi lampu isyarat ke kanan. 


Posted by See Kim Chong on Saturday, March 18, 2017

Tindakan mangsa menyebabkan pemandu Axia berkenaan berang lalu membunyikan hon. Enggan beralah, mangsa juga membalas beberapa kali sebelum terus memotong masuk di depan kereta Axia tersebut. 

Mangsa juga dapat didengar mengeluarkan perkataan kesat terhadap pemandu Axia berkenaan. 

Tiga minit kemudian, lelaki berkenaan keluar dari kereta dan mengetuk pintu kereta dan mengarahkan mangsa keluar dari keretanya. Namun, mangsa enggan melayan karenah lelaki itu menyebabkan dia memarkirkan kenderaannya di hadapan kereta mangsa. 

Lelaki itu kemudian mengambil satu objek yang dipercayai payung untuk memukul kereta mangsa. Takut dengan kejadian itu, mangsa tertekan pedal minyak dan terlanggar kereta lelaki itu. 

5 Gambar "Dia pukui I punya kereta, I marah I langgar dia punya kereta"


Takut dengan kejadian itu, mangsa segera menghubungi polis untuk meminta bantuan. Dalam kenyataan awal mangsa pada pegawai polis yang menerima panggilan itu berkata, lelaki itu telah memukul keretanya dan dia yang marah dengan kejadian itu terus melanggar kereta lelaki berkenaan. 

Kereta mangsa juga mengalami kerosakan pada cermin depan, pintu depan bahagian penumpang dan cermin sisi. 





Sementara itu netizen menganggap apa yang berlaku adalah berpunca dari perangai mangsa sendiri yang tidak memberi lampu isyarat ke kanan ketika mahu memasuki lorong kanan. Bagaimanapun, tindakan pemandu Axia itu juga tidak wajar sehingga sanggup merosakkan kereta orang lain. - The Reporter

Sabtu, 18 Maret 2017

"Bagaimana dia boleh berada di situ?" - Nasib baik ada abang sado

"Bagaimana dia boleh berada di situ?" - Nasib baik ada abang sado

"Bagaimana dia boleh berada di situ?" - Nasib baik ada abang sado - "Bagaimana dia boleh berada di situ?" itu persoalan orang ramai yang hairan bagaimana kanak-kanak berusia lingkungan 4 tahun boleh berada di bumbung flat Taman Keramat, AU3, semalam. 

Dalam kejadian jam 5 petang semalam mencetuskan kebimbangan orang ramai yang melihat kanak-kanak itu berada di atas tempat yang tidak sepatutnya. 

Bimbang melihat keadaan kanak-kanak itu, Ahmad Fadhil Mohamad Nor, 26, terus memanjat bumbung itu untuk menyelamatkannya. 


"Bagaimana dia boleh berada di situ?" - Nasib baik ada abang sado


Ahmad Fadhil yang baru pulang dari gimnasium berhampiran pada awalnya hairan mengapa beberapa penduduk flat berkumpul dan menjerit meminta bantuan sebelum ternampak kanak-kanak itu berada di atas bumbung. 


Posted by Shaharun Bin Baharuddin on Friday, March 17, 2017

"Disebabkan tanggungjawablah menyebabkan saya panjat juga bumbung itu. Apa cara sekalipun, saya kena pastikan kanak-kanak itu selamat. 

"Dengan bantuan rakan, saya panjat bumbung untuk mendapatkan budak itu di tingkat tiga. Ketika saya merapati dia, saya melihat dia dalam keadaan ketakutan. Alhamdulillah usaha itu berjaya menyelamatkannya," katanya. 

"Saya tidak pasti bagaimana kanak-kanak itu boleh berada di situ. Apa pun, semoga kejadian seperti itu tidak berulang," katanya kepada Harian Metro. 

Video tindakan berani Ahmad Fadhil itu viral di media sosial dan ramai netizen yang memuji keberaniannya. - The Reporter

84% wanita Malaysia layari laman web lucah melalui telefon

84% wanita Malaysia layari laman web lucah melalui telefon - Statistik yang dikeluarkan oleh Pornhub menunjukkan, ramai wanita Malaysia melayari laman web lucah melalui telefon bimbit, berbanding lelaki, lapor Malay Mail Online. 

84% wanita Malaysia layari laman web lucah melalui telefon

Kira-kira 84% wanita Malaysia melayari laman tersebut melalui telefon bimbit berbanding hanya 66% lelaki yang berbuat demikian. 

84% wanita Malaysia layari laman web lucah melalui telefon


Bagi peratusan tertinggi, 91% wanita di Afrika Selatan, diikuti 89% Amerika Syarikat dan 86% Britain. 


Wanita Malaysia berada di tangga ketujuh selepas Pakistan 86%, India 86% dan Mexico 84%. 

Pada 7 Mac lalu, Indonesia pula berada di tangga ke-11 dengan 80%, manakala Thailand tempat ke-13, 79%. 


Data demografi tersebut dipercayai diproses Pornhub, laman web lucah terbesar di internet melalui aplikasi Google Analytics. 

Di serata dunia, 72% pengguna menggunakan telefon pintar dan tablet. Sehingga bulan lalu, hampir 80% wanita dunia mengakses bahan lucah melalui telefon berbanding hanya 69% lelaki. 

Wanita muda berusia 18-34 tahun antara yang paling ramai melayari laman web perkongsian pornografi itu. - The Reporter

"Dah sebulan, bila nak dakwa pemandu Almera rempuh 8 anak kami?" - Waris mangsa

"Dah sebulan, bila nak dakwa pemandu Almera rempuh 8 anak kami?" - Waris mangsa

"Dah sebulan, bila nak dakwa pemandu Almera rempuh 8 anak kami?" - Waris mangsa | Waris lapan remaja yang terbunuh akibat dirempuh kereta dalam kejadian 18 Februari lalu, mahu pemandu wanita itu didakwa segera, lapor Malay Mail Online. 

Halmijah Selamat, 47, berkata, sudah sebulan anaknya maut, namun sehingga kini pemandu kereta Nissan Almera itu masih belum didakwa. 

"Dah sebulan, bila nak dakwa pemandu Almera rempuh 8 anak kami?" - Waris mangsa


"Keadaan berbeza di Singapura apabila pemandu van yang merempuh dua penunggang motosikal (warganegara Malaysia) sehingga maut di lebuh raya Bukit Timah, Sabtu lalu telah didakwa di mahkamah dua hari selepas kejadian. 

"Kejadian berlaku pada hari Sabtu, hari Isnin pemandu berkenaan didakwa di mahkamah dengan dua pertuduhan kerana memandu secara terburu-buru sehingga meragut dua nyawa," katanya, lapor Kosmo!. 

Waris dua lagi mangsa, Amir Omar dan Jamilah Sulaiman pula berharap polis tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk menyelesaikan kes tersebut. 

"Kami faham kerja polis dan kami tidak mahu menganggu siasatan. Namun mereka berjanji mahu memaklumkan perkembangan terkini kes itu kepada kami sebelum ini," kata Amir, bapa kepada Mohamad Azhar, 16. 

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim pula menjelaskan bahawa pihak polis tidak boleh terburu-buru mengambil tindakan dan perlu mengumpul bukti kukuh kerana kejadian itu melibatkan lapan nyawa. 

"Kami tidak boleh terburu-buru kerana kes ini besar, melibatkan lapan nyawa dan kita mahu memastikan semuanya berjalan lancar,"  katanya. - The Reporter

Jumat, 17 Maret 2017

"2 perempuan Melayu bertudung curi telefon kami" - Mangsa

"2 perempuan Melayu bertudung curi telefon kami" - Mangsa

"2 perempuan Melayu bertudung curi telefon kami" - Mangsa - Telefon bimbit seorang wanita dicuri dua wanita tempatan ketika berada dalam kedai pakaian sebuah pusat beli-belah.

Dalam kejadian jam 5.55 petang, 15 Mac 2017, di Sunway Pyramid, Elaine Lai, berada dalam premis berkenaan untuk mencuba beberapa pakaian, sementara dua lagi rakan perempuannya menunggu di luar. 

"Saya letak telefon bimbit di dalam beg. Tak sampai lima minit kemudian, saya cuba mengambil telefon bimbit saya semula dan mendapati ia tiada dalam beg dan telah dicuri. 

"2 perempuan Melayu bertudung curi telefon kami" - Mangsa


"Kejadian yang sama turut berlaku pada seorang wanita dan kami terus memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati telefon bimbit kami dicuri dua perempuan Melayu bertudung," katanya. 

Berdasarkan video CCTV, dua suspek berkenaan berpura-pura menjadi pelanggan premis itu sebelum menghampiri dan menyeluk tangan dalam beg mangsa, sementara seorang lagi rakannya berpura-pura menarik perhatian juruwang di kaunter bagi melindungi perbuatan rakannya itu.

Posting Facebook Elaine Lai yang telah dikongsi sebanyak 6,422 penggunanya mengecam dua wanita berkenaan yang jelas sekali memalukan bangsa Melayu dan agama Islam. 

Justeru, Elaine menasihatkan orang ramai agar berhati-hati. 


Posted by Elaine Lai on Wednesday, March 15, 2017

Posted by Elaine Lai on Wednesday, March 15, 2017

Kes seumpama ini telah banyak berlaku di pusat beli-belah terkemuka. Orang ramai diingatkan agar sentiasa menutup beg tangan atau beg sandang dengan rapi dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling bagi mengelakkan kehilangan barang berharga. - The Reporter

Mufti: Kebodohan 'Raja Bomoh' Tiada Tebingnya..

Mufti: Kebodohan 'Raja Bomoh' Tiada Tebingnya..

Mufti: Kebodohan 'Raja Bomoh' Tiada Tebingnya.. Mufti Perlis hari ini mengkritik keras aksi terbaru 'Raja Bomoh' Ibrahim Mat Zin yang 'memagar' Malaysia daripada ancaman negara asing, khususnya Korea Utara.

Sambil menyifatkan langkah itu sebagai khurafat dan memalukan akal, Datuk Dr Asri Zainul Abidin juga menegur langkah itu “dijadikan berita rakyat”.

“Padahal perbuatannya itu merupakan kebodohan yang tiada bertebing,” katanya.

Di tengah-tengah ketegangan hubungan Malaysia-Korea Utara, Ibrahim pada Ahad lalu mengadakan upacara untuk “melindungi” Malaysia di tepi pantai.

Mufti: Kebodohan 'Raja Bomoh' Tiada Tebingnya..


Beliau dan pengikutnya kali ini menggunakan buluh kecil yang dijadikan teropong, dua biji kelapa dan lima meriam buluh untuk upacara itu.

Menulis di Facebook, Asri juga berkata Ibrahim membaca ayat dan doa dengan cara yang salah.

“Jika itulah dianggap 'raja bomoh', apakah kadar kebodohan pada bomoh yang bukan raja?” katanya.

Asri juga menegaskan Islam menentang kebodohan tanpa mengira siapa yang melakukannya, sekalipun pihak yang bergelar ustaz atau kiyai.

Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim hari ini turut dilapor menegaskan upacara pembomohan itu telah diwartakan haram bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004.

Sumber: Malaysiakini

Kamis, 16 Maret 2017

'Anak saya masih trauma' - Lelaki tidak dikenali cuba umpan budak sekolah dengan gula²

Gambar dari Google Street
BANGI, SELANGOR - "Anak saya masih trauma," demikian kata Faraliza Khalid yang mendakwa anaknya hampir diculik seorang lelaki. 

Dalam kejadian jam 6.30 petang semalam di Jalan 6/6 Putra Tropika, berhampiran Sekolah Rendah Bandar Seri Putra, anaknya, Feiyaz, pulang dari sekolah ternampak sebuah kereta Proton berwarna hitam yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu berkulit gelap menawarkan gula-gula kepadanya. 

"Tetapi Feiyaz geleng kepala. Orang itu terus keluarkan pisau lipat dan buka lipatan pisau sambil senyum pada Feiyaz menyebabkan anak saya itu lari sekuat hati.

"Jam 6.45 petang, dia sampai ke rumah pengasuh sambil menangis-nangis menceritakan kejadian itu. Sekarang dia trauma, sudahlah nak dia ada exam," katanya. 

Faraliza juga memaklumkan kejadian itu kepada pengerusi taman perumahan dan dia dinasihatkan untuk membuat laporan polis. 

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di pintu masuk taman yang mempunyai pengawal keselamatan itu, sebuah kereta hitam keluar masuk di kawasan perumahan itu sekitar jam 5-7 petang. Menurut saksi, kereta hitam itu mundar-mandir di kawasan itu dalam tempoh tersebut 

"Laporan polis telah dibuat. Polis bagi nombor telefon untuk call saja jika ada kes mencurigakan. Polis terus menghubungi polis peronda untuk periksa rakaman CCTV untuk siasatan. 

"Moralnya, jenayah semakin menjadi-jadi, semua orang gila dan kes culik budak macam dah datang balik musim. Macam buah durian pula. 

"Hati bagai nak runtuh tadi bila dengar anak ceritakan semula kejadian itu. Selalu dengar dan tengok di TV saja, hari ini berlaku pada anak sendiri," katanya.


Bimbang dengan kejadian yang tidak diingini berlaku, Faraliza tidak lagi membenarkan anaknya pulang berjalan kaki. Sebaliknya menggunakan khidmat van sekolah.  - The Reporter

"Ada perbezaan antara bunuh dengan pemanduan menyebabkan kematian" - Kata Peguam

"Ada perbezaan antara bunuh dengan pemanduan menyebabkan kematian" - Kata Peguam | Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Nik Ros Azhan Hamid semalam menjelaskan bahawa, pemandu remaja berusia 19 tahun yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki, tidak dapat didakwa atas tuduhan membunuh. 

"Ada perbezaan antara bunuh dengan pemanduan menyebabkan kematian" - Kata Peguam

Jelas Nik Ros lagi, dakwaan itu tidak dapat dilakukan kerana tindakan remaja itu tidak berniat untuk membunuh. 

"Ada perbezaan antara bunuh dengan pemanduan menyebabkan kematian" - Kata Peguam


Ekoran kenyataan itu, netizen yang kurang arif mengenai sistem perundangan di negara ini mula mempertikaikan dan memperlekehkan Polis Diraja Malaysia secara terbuka di media sosial. 

Peguam, Nor Zabetha, berkata, terdapat perbezaan antara bunuh di bawah Kanun Keseksaan dengan pemanduan yang menyebabkan kematian.

"Sekiranya seseorang membunuh secara sengaja, dia akan disabitkan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan tetapi bagi kes kemalangan tertuduh akan disabitkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987. 

"Bagi kes ini lebih sesuai di bawah Seksyen 41 menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu dan dibaca bersama dengan Seksyen 44 memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol. 

"Tetapi untuk mendakwa dia dengan kesalahan membunuh memang tidak tepat dan tidak memenuhi elemen kesalahan bunuh di bawah Kanun Keseksaan Jenayah.

"Saya faham, kadang-kadang netizen tak faham undang-undang. Kalau tak menepati elemen dan didakwa di mahkamah, tertuduh akhirnya akan dibebaskan tanpa sebarang hukuman." jelasnya. 

Justeru, netizen dinasihatkan bersabar dan tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan polis. Sebaiknya, beri ruang dan kepercayaan kepada polis untuk menyiasat kes ini. - The Reporter

Artikel berkaitan: 

Kanak-kanak 2 tahun maut didera & diserang secara seksual

Kanak-kanak 2 tahun maut didera & diserang secara seksual

Kanak-kanak 2 tahun maut didera & diserang secara seksual - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia dipercayai telah didera dan diserang secara seksual, kurang dari empat jam selepas dihantar ke rumah pengasuhnya di Seksyen 51A, Selasa lalu, lapor The Sun Daily. 

Kanak-kanak 2 tahun maut didera & diserang secara seksual


Polis berkata, doktor di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menemui kesan koyakan di bahagian kemaluan dan lebam di seluruh badan mangsa dipercayai dihentak dengan objek keras.

yang dikenali sebagai Rania Ixuna. 

Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan polis telah menahan empat suspek iaitu ibu mangsa, teman lelakinya, pengasuh dan juga suaminya yang masing-masing berusia lingkungan 20'an, pada petang Selasa. 

Difahamkan, ibu mangsa yang bekerja sebagai juruwang telah menghantar Rania ke rumah pengasuh di flat Impian Baiduri pada jam 1 petang dalam keadaan yang sihat. Namun beberapa jam kemudian, pengasuh telah menghubungi si ibu yang memaklumkan anaknya tidak sihat, lemah dan muntah-muntah. 

Si ibu yang datang pada jam 4 petang untuk mengambil anaknya mendapati si kecil itu tidak sedarkan diri dan terus dibawa ke bahagian kecemasan PPUM. Doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia jam 5.40 petang. 

Mohd Zani berkata, bedah siasat awal menunjukkan Rania mengalami kecederaan di bahagian perut, selain terdapat kecederaan di bahagian kemaluannya. 

Siasatan juga mendapati wanita itu telah menghantar anaknya ke rumah pengasuh berkenaan sejak beberapa bulan yang lalu.

Menurut ibu saudara mangsa, Nazira, 30, kali terakhir dia bertemu dengan mangsa bulan lalu.

"Semalam apabila berjumpa dengan adik ipar di hospital, dia ada beritahu ada terlihat kesan lebam pada badan Rania hujung minggu lalu, tetapi tidak mengesyaki apa-apa.

"Dia kata mungkin disebabkan Rania terjatuh ketika bermain kerana dia sangat aktif," katanya. 

Dengan penahanan empat suspek terbabit, polis yakin dapat menyelesaikan kes itu tidak lama lagi. 

Hari ini, polis forensik pergi ke rumah mangsa sekali lagi untuk mencari lebih banyak petunjuk untuk merungkai kes pembunuhan itu. - The Reporter

Tak boleh dakwa atas tuduhan membunuh kerana remaja itu tidak berniat membunuh

Tak boleh dakwa atas tuduhan membunuh kerana remaja itu tidak berniat membunuh - Pemandu remaja berusia 19 tahun yang memandu melawan arus sehingga melanggar beberapa kenderaan lain dan menyebabkan seorang lelaki maut mengakui dia berbuat demikian kerana terbayangkan sebuah lori, lapor Free Malaysia Today.

Tak boleh dakwa atas tuduhan membunuh kerana remaja itu tidak berniat membunuh

Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Nik Ros Azhan Hamid berkata, remaja yang memandu kereta Proton Gen-2 itu membuat pusingan U di jalan sama sebelum memandu laju melawan arah trafik sejauh lima kilometer, kemudian merempuh sebuah kereta Perodua Kelisa menyebabkan pemandunya, Mohamad Fandi Rosli, 26, maut di tempat kejadian. 

Difahamkan, remaja terbabit dalam perjalanan pulang dari sebuah kelab di Bukit Mertajam menuju ke rumahnya di Butterworth. Namun terlepas jalan ke Permatang Pauh dan terus menuju ke Plaza Tol Sungai Dua. 

"Di situ dia melihat seakan-akan sebuah lori di tengah jalan dan dengan pantas membuat pusingan U ke lorong paling kanan, meletakkan kereta itu di arah berlawanan di lorong paling kanan. 

"Ketika membuat pusingan secara tiba-tiba itu, dia menggeser tiga buah kenderaan lain sebelum memandu secara melawan arus sejauh lima kilometer, merempuh sebuah Perodua Kelisa dan lima lagi kenderaan lain. 

"Pemeriksaan kamera lebuh raya mendapati, tiada lori di tengah jalan seperti yang didakwanya," kata Nik Ros. 

Kejadian itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menggesa agar remaja terbabit didakwa atas tuduhan membunuh. Bagaimanapun, dakwaan itu tidak boleh dilakukan kerana tindakan remaja itu tidak berniat membunuh. 

"Seksyen 44 Akta Jabatan Pengangkutan Jalan membawa hukuman 4-10 tahun, manakala bagi kesalahan membunuh tanpa sengaja di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan, ia hanya membawa hukuman maksima 2 tahun," katanya. 

Nik Ros turut mengesahkan bahawa remaja terbabit dalam keadaan khayal kerana pengambilan dadah, tetapi polis masih menguji sampel darah untuk kandungan alkohol. 

"Remaja itu akan disiasat di bawah Seksyen 15 Akta Dadah Merbahaya 1952 kerana salah guna dadah," katanya. - The Reporter

Anak menangis-nangis, ternampak 2 buaian itu dihayun 'sesuatu'

Anak menangis-nangis, ternampak 2 buaian itu dihayun 'sesuatu'

Anak menangis-nangis, ternampak 2 buaian itu dihayun 'sesuatu' - Viral di media sosial rakaman video yang mendakwa dua buaian berayun sendiri, mencetuskan persoalan netizen, apakah ada 'sesuatu' yang sedang bermain buaian di taman permainan itu. 

Dalam kejadian yang berlaku di Taman Anggerik, Batu 28, Keningau itu, sumber mengatakan anak rakannya menangis-nangis apabila dibawa ke taman permainan itu. 

Anak menangis-nangis, ternampak 2 buaian itu dihayun 'sesuatu'


"Kawan saya bawa anak dia pergi ke playground di Taman Anggerik itu. Tetapi anak dia menangis-nangis. Dia pun pelik, terus dia bawa anaknya pulang semula ke kereta. 

"Dalam perjalanan pulang ke kereta, bila dia tengok taman permainan itu, dia ternampak buaian itu 'berguyang' (bergoyang) sendiri. 

"Cepat-cepat dia rakam dengan telefon bimbit dan saksikanlah sendiri," kata sumber. 

Pada awalnya ada segelintir netizen menganggap buaian itu bergerak sendiri kerana ditiup angin. Tambahan pula keadaan cuaca pada ketika itu mendung. 

Bagaimanapun, ramai yang mempersoalkan mengapa hanya dua buaian itu sahaja yang berayun sendiri, manakala empat lagi buaian di kiri kanannya langsung tidak terusik. Selain itu, momentum hayunan buaian tersebut tetap sama dan kelajuannya tidak berkurangan.


Posted by Nurul Ashiekin on Tuesday, March 14, 2017

Video tersebut telah ditonton 601,000 kali oleh pengguna Facebook. - The Reporter

Senin, 13 Maret 2017

"Tolonglah bagi keutamaan kepada golongan yang lebih memerlukan bila menggunakan lif"

"Tolonglah bagi keutamaan kepada golongan yang lebih memerlukan bila menggunakan lif" - 'Tolonglah beri keutamaan pada orang yang lebih memerlukan," demikian tulis seorang pengguna Facebook semalam yang menyeru orang ramai memberi keutamaan kepada empat golongan yang lebih berhak menggunakan perkhidmatan lif.

"Tolonglah bagi keutamaan kepada golongan yang lebih memerlukan bila menggunakan lif"
Gambar kiri, peringatan etika penggunaan lif dari IOI City Mall kepada kakitangan dan pekerja penyewa premisnya. Gambar kanan, gambar hiasan sahaja | Google Images
Sarah Belle, memuat naik gambar papan tanda di IOI City Mall yang menyeru agak kakitangan dan pekerja penyewa di pusat beli-belah itu mematuhi etika penggunaan lif. 

"Tolonglah bagi keutamaan kepada golongan yang lebih memerlukan bila menggunakan lif"


"Rasa-rasanya kenapa IOI Mall letak signage ini di lif? Saja nak mencantikkan dinding ke? Ada ke mereka tulis 'Pertandingan siapa cepat masuk lif dulu, dia menang'?. 

"Let me tell you this. In my concious mind I think it says give priority to adult with kids, pregnant ladies, OKU and the elderly. So if you are the fit ones, elok sempurna kaki, yang ada boyfriend di sebelah tolong pimpin tangan itu, tolong beli keutamaan dekat orang yang lelbih memerlukan. 

"Unless lif itu kosong, you may use it as much as you like. Yang orang-orang lebih perlu ini pula nak bagi laluan pada kau. Eh tolong pupus please!" tulisnya jam 10.34 malam Sabtu. 

Disebabkan kurangnya kesedaran sivik segelintir masyarakat kita, menyebabkan ibu bapa tiada pilihan dan terpaksa membawa anak (dukung/stroller) menggunakan eskalator ke tingkat destinasi. 

Dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah baru-baru ini, seorang wanita cedera di bahagian belakang betisnya yang ditusuk besi eskalator. Siasatan awal pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan mendakwa, terdapat penyalahgunaan lif antara faktor kejadian menimpa wanita berkenaan. 


"Tolonglah bagi keutamaan kepada golongan yang lebih memerlukan bila menggunakan lif"


Dalam kenyataan pusat beli-belah itu menyatakan, ada segelintir pengunjungnya tidak mematuhi etika penggunaan eskalator seperti bersandar di tepi eskalator, tidak berdiri di dalam garisan kuning, ibu bapa bawa stroller bayi menggunakan eskalator. 

BUKAN TAK PERNAH TEGUR TETAPI...

Sesetengah netizen, khususnya golongan ibu bapa pernah menegur agar pengunjung yang bukan dalam empat kategori diutamakan itu memberi ruang kepada mereka, tetapi respon yang diberikan agak mengecewakan. 

"Saya pernah tegur dan beritahu di luar lif ada signage utamakan empat golongan tersebut. Namun, bila ditegur, tiada seorang pun yang melangkah keluar, malah masih berebut dan buat tak tahu dengan teguran saya. 

"Akhirnya saya terpaksa mengalah dan menunggu giliran yang seterusnya yang juga sama, lif dipenuhi dengan mereka-mereka yang tidak sepatutnya menggunakan lif ketika waktu kemuncak," kata Ernest Chua. 

Justeru, sampai bila masyarakat kita terus merampas hak empat golongan ini? Dan bila ibu bapa tiada pilihan terpaksa membawa stroller menggunakan eskalator pula dikecam, sedangkan pernahkah terfikir mengapa mereka menggunakan eskalator disebabkan wujudnya golongan yang suka mengenepikan hak-hak orang lain? - The Reporter