Tampilkan postingan dengan label Santai. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Santai. Tampilkan semua postingan

Kamis, 23 Maret 2017

"Duit anak² tak boleh digunakan walaupun seringgit, itu hak mereka"

"Duit anak² tak boleh digunakan walaupun seringgit, itu hak mereka" - Sudahkah anda menyimpan duit untuk anak-anak anda yang masih kecil? Jika belum, segeralah buka akaun bank untuk mereka. Menyimpan memang mudah tetapi ibu bapa perlu berdisiplin dan jujur dalam soal membuat simpanan untuk anak-anak. 

Ikuti tiga tips dari Puan Hana Shahadan ini. Tidak sukar, tidak pula mudah, namun mampu diamalkan oleh semua mengikut kemampuan masing-masing. Manfaatkan perkongsian ilmu dari beliau. 


"Duit anak² tak boleh digunakan walaupun seringgit, itu hak mereka"


"Duit anak² tak boleh digunakan walaupun seringgit, itu hak mereka"


Tiga hari yang lalu, saya kira duit Fateh. Duit yang orang bagi. Contoh macam atuk dia bagi setiap kali pergi ke rumah atuk. Duit orang datang melawat Fateh, duit papa dia bagi bila balik rumah, duit kecil balance dalam poket semua masuk ke Fateh. Terus saya rasa nak kongsi tiga tips penting cara nak manage duit anak-anak seawal usia bayi lagi. 

Duit anak-anak ini, kita tak boleh gunakan. Lagilah kalau duit raya, duit itu adalah hak mereka walaupun seringgit. Hukum menggunakan duit raya anak adalah sama seperti kita menggunakan duit orang lain. Seperti konsep berhutang. Dan hutang wajib dibayar. Sekiranya dalam keadaan kita terpaksa menggunakan duit anak, pastikan kita membayar semula duit mereka dengan kadar segera. 

Yang penting, bila dapat duit anak-anak itu kita kena menyimpan. Macam mana caranya nak mengasingkan dan menyimpan itu? Mudah saja, simpanlah sikit-sikit lama-lama menjadi bukit. 

1. PASTIKAN BUKA AKAUN BANK UNTUK ANAK SEJAK DARI KECIL

Ambil berkat, saya mulakan dengan membuka akaun bank di tabung haji. Terpulanglah nak buka bank apa, tak kisah nak simpan di mana-mana bank, yang penting anak ada akaun bank. Dulu, genap 44 hari habis berpantang, saya terus buka akaun Tabung Haji untuk anak. Iyalah, nanti nak pergi haji dengan Fateh. Jadi semua duit yang Fateh dapat, saya dan masukkan dalam Tabung Haji. 

2. LETAKKAN TARGET SIMPANAN BULANAN UNTUK ANAK

Kalau macam Fateh, saya dah letak target mesti ada amaun empat angka sebulan at least untuk simpanan dia sendiri. Kiranya kalau Fateh dah 10 bulan, mesti ada lima angka ringgit dalam simpanannya. Target itu tak kisahlah nak letak berapa, ikut kemampuan masing0masing. Faham ke? Kalau nak senang, pecahkan ikut hari. Setiap hari kena simpan berapa. Tak adalah terasa beban sangat nanti. 

3. ASINGKAN SIAP-SIAP DUIT ANAK DALAM SATU BEKAS LAIN

Ini yang saya praktikkan di rumah. Macam Fateh, saya dah siapkan bekas duit. Kiranya bekas itu memang dah macam tabung cuma lebih besar dan khas untuk letak duit Fateh. Tiap kali papa dia ada duit kecil-kecil itu, semua dimasukkan dalam tabung itu. Tiap kali orang bagi duit pun diletak dalam tabung itu. Bekas ini duit anak, bekas dilarang usik tau. 

Lagi satu, kita tidak boleh menggunakan duit anak untuk membeli lampin ataupun keperluan harian anak kerana semua itu adalah dalam tanggungan kita sebagai ibu bapa. Cuma yang penting kita sebagai ibu bapa dah menjadi tanggungjawab untuk menguruskan duit anak dengan lebih baik. 

Okay semua? Silakan share untuk manfaat anak-anak. 

"Anak dah umur 4 tahun tapi masih tak kenal huruf lagi" - Ibu stress anak lambat belajar, bimbang tercicir dalam kelas

"Anak dah umur 4 tahun tapi masih tak kenal huruf lagi" - Ibu stress anak lambat belajar, bimbang tercicir dalam kelas - Seorang ibu meluahkan rasa risau terhadap anaknya yang berusia 4 tahun yang masih belum mahir mengenal huruf. Pelbagai kaedah yang digunakan untuk untuk mengajar anaknya sejak sebelum si kecil masuk dua tahun, namun hasilnya tidak begitu memberangsangkan. 

Si ibu bimbang dengan perkembangan anaknya, lalu meminta nasihat dari orang ramai bagaimana menangani masalah anaknya itu. Apa kata netizen? Rata-rata melahirkan rasa simpati terhadap si anak yang dipaksa untuk belajar sesuatu yang dia sendiri belum sedia untuk terima.


"Anak dah umur 4 tahun tapi masih tak kenal huruf lagi" - Ibu stress anak lambat belajar, bimbang tercicir dalam kelas


"Anak dah umur 4 tahun tapi masih tak kenal huruf lagi" - Ibu stress anak lambat belajar, bimbang tercicir dalam kelas


Assalamualaikum, saya nak minta pendapat ibu-ibu di sini. Saya harap ini pun kategori masalah rumahtangga. 

Saya ada anak berusia 4 tahun. Sejak dia berusia 3 tahun (by year) saya dah masukkan dia ke pra-sekolah untuk setengah hari. Dari usia sebelum nak masuk 2 tahun, anak saya dah kenal warna dan objek. Jadi bila masuk sekolah, saya harap dia kenal huruf dan nombor pula. Tetapi bila dah habis setahun bersekolah, dia masih tak kenal huruf lagi. 

Saya ada mengajar dia di rumah juga menggunakan buku, flash cards dan puzzles. Tetapi saya rasa kurang berkesan sebab kami asyik bergaduh saja. Kalau saya mengajar, dia main-main. Kalau saya marah, dia hanya fokus sekejap saja, kemudian mula bermain lagi. Kadang-kadang hati ini tak tahan, saya jentik jugalah.

Tahun ini dia masuk pra-sekolah level 1. Setakat ini belum ada perkembangan sangat sebab setiap kali buat homework, memang menjerit-jerit saya ini bila mengajar dia. Tunjuk huruf A, tak kenal. Tetapi kenal huruf B. Bila dah ajar bentuk huruf A B C, disuruh ulang, dia lupa. Lagu ABC itu dia hafal tetapi bila tunjuk A dan tanya huruf apa selepas A, dia tak tahu. Kadang-kadang dia cakap B untuk Apple. Berasap jugalah telinga saya ini sebab benda itu dah berulangkali diajar.

Minggu lepas mereka ada peperiksaan di sekolah. Saya tengah gelisah menunggu keputusan peperiksaan dia selepas habis cuti sekolah ini. 

Ada satu hari itu sedang saya tengah membelek-belek Facebook, ada seorang kawan saya upload video anak dia sedang bermain puzzle, sebut-sebut huruf. Anak dia muda setahun dari anak saya. Kiranya umur dia 2 tahun lebih, nak masuk 3 tahun. Dia kenal huruf dan nombor. Bila saya tengok video itu, saya jadi marah pada anak dan emosi sangat-sangat sampai deactivated accound Facebook saya. 

Saya cari di mana silap saya. Adakah cara saya mengajar dia tak betul atau salah masuk sekolah ke? Saya ada perancangan nak tukarkan dia ke sekolah lain yang menggunakan cara mengajar yang lebih efektif. Tetapi saya sedang menunggu keputusan peperiksaan dia minggu depan, nak tengok macam mana. 

Saya stress sebab saya nak dia bersedia masuk sekolah rendah nanti, dah pandai membaca dan mengira. Masuk sekolah rendah, saya tak nak dia susah. 

Boleh tak ibu-ibu di sini berkongsi cara mengajar anak yang playful, tantrum dan degil? Ke saya yang bermasalah sebab anak masih kecil lagi nak stress dengan benda-benda seperti ini? Tetapi normal kan mula dari umur macam ini kita didik mereka? Tolonglah ibu-ibu yang baik hati sekali. 

Namun, bagi Liyana Raya, inilah akibatnya kalau kita berlumba-lumba nak ajar akademik pada anak sejak bayi lagi. 

"Balik-balik nak anak pandai membaca, membaca dan membaca. Sebab itu any method yang mengajar anak suruh kenal huruflah, nombor, membaca semua sejak dari baby saya tidak pernah setuju. Kasihan pada anak itu. Kalau dia boleh cakap, mesti dia cakap,

Mak, jangan paksa saya. Saya tak mahu semua ini...


"Tak payah paksa, esok dia dah ready, dia akan ready. Lebih baik bimbang tentang perkembangan anak daripada bimbang nak anak jadi pandai seperti ini. Ini kes mak-mak yang hantar anak ke tadika, mak-mak yang stress terlebih. Bila anak tak boleh belajar itu ini, semua nak salahkan cikgu. 

"Anak tak boleh belajar sebab kita banyak sangat bagi anak belajar. Sampai satu tahap, anak naik menyampah dan nak termuntah bila asyik belajar sejak dari kecil. 

"Cara dia tunjuk menyampah adalah melalui tingkahlaku. Sebab mereka tiada perkataan untuk menunjukkan betapa letihnya otak mereka diperah untuk achieve academic skills sejak kecil," katanya. - The Reporter

SAYU !! "Saya tidak sempat pun beri setitik susu saya pada Muhammad"

SAYU !! "Saya tidak sempat pun beri setitik susu saya pada Muhammad" - PERINGATAN: Kisah ini dikongsi untuk memberi peringatan kepada semua dan bukan mahu menghentam mana-mana pihak (nama hospital juga tidak akan didedahkan) agar setiap wanita bersedia dengan pelbagai kebarangkalian ketika di labour room nanti.

SAYU !! "Saya tidak sempat pun beri setitik susu saya pada Muhammad"


Ibu mana yang tidak sedih apabila anak dari kantung rahimnya disahkan meninggal dunia disebabkan kecuaian orang lain. Buat ibu-ibu yang lain, tolonglah ambil tahu apa yang ibu-ibu akan lalui semasa berada di labour room nanti. Walaupun Muhammad anak kedua saya, tetapi rasa pedih hati ini sakit sekali. Allah.


SAYU !! "Saya tidak sempat pun beri setitik susu saya pada Muhammad"


Pada 22 Disember 2016, air ketuban saya pecah, iaitu salah satu tanda kelahiran anak saya dan saya tahu dalam masa 24 jam ini saya perlu melahirkannya. Jadi saya dan suami pun bersiap untuk pergi ke hospital. Suami saya teruja pada masa itu, dia siapkan makanan sekali agar saya cukup tenaga untuk melahirkan anak kami nanti. 

Kami pergi ke hospital dengan gembiranya, tak sabar nak bagi adik untuk Rizqi Mukhriz. Selang lima minit kemudian, episod sedih pun bermula. Allahurabbi, saya harap kisah ini tidak terjadi pada sesiapa. 

Masuk saja ke bahagian labour room, saya dimarahi doktor. 

"Kenapa awak datang hospital? Awak tak turun tanda lagi, kan?" kata doktor sambil mentertawakan saya. 

Saya beritahu doktor yang saya dah rasa ada air keluar dari kemaluan saya, tetapi sedikit dan saya dapat rasa itu air ketuban.

Ketika itu saya rasa sakit sangat, contraction menyerang setiap 20 minit. Tetapi doktor di situ tidak mengendahkan saya, malah membiarkan tanpa buat CTG, walhal lagi beberapa minit inshaAllah saya dah boleh melahirkan anak. 

Saya diminta bermalam di bilik menunggu. Bayangkan, ketika itu saya sepatutnya sudah masuk labour room tetapi saya dibiarkan di situ. Saya patuh cakap doktor juga sebab saya percaya mereka lebih arif dalam semua ini. 

Keesokan harinya, 23 Disember, sebelum Subuh saya perasan ada cecair berwarna hijau keluar dari kemaluan saya. Allah, anak saya dah membuang ke ni? Selepas saya maklumkan pada doktor, saya segera dibawa ke labour room. Kali ini sakitnya lain sekali. Saya menjerit di situ meminta doktor melakukan sesuatu sebab sakitnya lain macam. 

Saya ingatkan jururawat di situ faham dan cakap baik-baik menenangkan saya seperti jururawat yang menyambut anak pertama saya dulu. Rupa-rupanya lain. 

"Mana ada orang beranak tak sakit puan"

Ya Allah, hati saya bertambah sedih dan down ketika tiada siapa yang memahami keadaan saya pada ketika itu. 

"Hei! Kenapa biar ibu ini macam ini? Dia dah nampak pucat dah ni. Siapa yang uruskan ibu ini?!" tiba-tiba muncul Doktor Yusrina yang sangat baik, memarahi semua doktor dan jururawat di situ kerana membiarkan saya.

Doktor Yusrina memberi arahan kepada jururawat lain dan datang kepada saya, mengusap dahi dan rambut serta menenangkan saya. 

"Sabar ya puan, saya faham, puan istighfar ya. Saya ada di sebelah puan, saya datang nak tolong puan," katanya.

Dalam keadaan terlalu lemah seperti nyawa ditarik, saya pegang tudung Doktor Yusrina dan mohon dia selamatkan anak saya. Walaupun Doktor Yusrina tidak bertugas pun masa itu, tetapi dia nak sangat tolong saya. Allah, baiknya malaikat bertopeng manusia ini. Walaupun mata saya hanya mampu pejam ketika itu, tetapi saya dapat rasa doktor yang datang seperti malaikat itu datang menyelamatkan saya dan keadaan.

Ketika itu, bukaan dah 8 cm. Jururawat meminta saya teran dan ketika itulah saya rasa tiga pergerakan terakhir Muhammad dalam rahim saya. Selepas melahirkan Muhammad, dia tidak bernafas selama seminit dan doktor terus bawa pergi anak saya. 

Ketika itu, saya dalam keadaan tidak sedar. Anak telah dibawa ke NICU kerana oksigen tidak sampai ke otak dan kerap berdepan sawan. 

Selepas sedar, doktor pula mengesahkan rahim saya mengalami kerosakan 90%. Ya Allah, ujian apakah ini? Semalam, kami gembira sekali menunggu kehadiran Muhammad, tak sangka hari ini Muhammad terpaksa dimasukkan ke NICU. 

Pada 25 Disember 2016, ketika saya melawat Muhammad, saya dapat rasakan Muhammad terlalu sakit, Saya usap ubun-ubun Muhammad, berdoa dan berzikir serta berpesan kepada anak saya ini. 

"Andai anak mummy Muhammad seksa di dunia ini, pergilah sayang, Ibu redha..." 

Berulang kali juga saya memohon kepada Allah agar anak saya disembuhkan dan dipanjangkan usianya. 

Jam 9 malam, seorang jururawat memanggil saya datang ke NICU. Bertambah lemah diri saya yang sedia lemah, saya dapat merasakan sesuatu terjadi pada Muhammad. Namun saya cuba untuk kuat. 

Luluh jantung saya bila Muhammad telah kembali kepada Allah. Anak saya, jantung saya, anak yang bermain dan bersama saya sepanjang 9 bulan, kini telah pergi. Saya tenung wajah dia, cium dan bau sedalam-dalamnya bau anak saya. Saya sentuh jarinya, kucup pipinya berulang kali, saya usap ubun-ubunnya, saya dakapnya dengan erat. Allahuakbar, cukup sempurna anak saya ini. 

Demi Allah, sekuat manapun saya, memang tidak mampu menahan sebak. Saya menangis di situ dan cium anak saya berulang kali. Saya tidak sempat pun beri setitik susu saya pada Muhammad. Kalaulah sempat, mesti Muhammad lebih sihat, kan sayang? Saya takkan lupa anak saya yang comel ini, Mummy sayang Muhammad. 


Sayu perkarangan rumah kami, lebih sayu lagi hati setiap keluarga kami. Abangnya, Rizqi seolah-olah faham apa yang terjadi membuatkan kami semua sebak. 

"Adik abang, Muhammad ini pakai kain putih ini nak pergi syurga? Alaa, macam mana abang nak bermain-main dengan adik abang ni? Tak apalah, adik pergi syurga ye..."

Berlinangan air mata kami. 

Penantian selama 9 bulan diakhiri dengan ujian ini. Selesai proses pengebumian, ramai saudara yang meminta kami mengambil tindakan terhadap pihak hospital. Walaupun ketika itu luluh hati saya kerana kehilangan anak disebabkan layanan seorang doktor dan beberapa jururawat yang ambil lewa terhadap kesakitan saya, namun saya bersyukur Allah beri fikiran yang baik untuk saya pada ketika itu. 

Saya jelaskan kepada semua yang meminta saya menuntut keadilan bahawa, doktor adalah malaikat bertopeng manusia yang datang menyelamatkan kita. Ya, walaupun ada yang tidak baik, yang sengaja berlaku 'kejam' dengan kita, namun ramai yang terlalu baik buat saya dan kita semua. Disebabkan itu, walaupun saya berasa sedih dengan kejadian ini sebab ia melibatkan anak saya sendiri, tetapi saya perlu akur mereka juga manusia sama seperti kita. Saya berdoa agar tiada lagi doktor dan jururawat seperti ini. 

Takdir dan ketentuan itu milik Allah, semua ini hak dan milikNya. Siapa kita nak terus menyalahkan orang lain? Saya redha. Kalau saya fikirkan semua ini (tindakan undang-undang), Muhammad tetap tidak akan kembali dan dia sudah pun sampai di syurga yang abadi. 

Pesan saya kepada ibu-ibu semua, tolonglah pelajari ilmu kehamilan. Kalau anda tahu itu adalah air ketuban, tahu prosedur melahirkan anak dan tahu jelaskannya, nescaya doktor akan lebih faham. 

Pesan saya buat doktor dan jururawat, tolonglah, ketika kami sakit kami tidak tahu apa yang patut kami lakukan. Kami serahkan segala-galanya kepada Allah dan rawatan kalian. Tetapi saya mohon janganlah down dan sindir kami sehingga kami rasa terlalu terabai ketika kami perlukan bantuan. Cakaplah baik-baik dengan kami. Sesungguhnya ilmu kami tidak setanding dengan kalian. Kami benar-benar menghormati ilmu dan kehebatan yang ada pada kalian. Tolonglah hormati kami juga. 

Kepada semua, biarpun adakalanya kita berdepan dengan semua ini disebabkan orang lain dan terasa sakit itu pedih sekali, tetapi janganlah lupa apa yang terjadi ini disebabkan ketentuan yang Maha Esa. Saya percaya Allah menjemput Muhammad mungkin disebabkan Allah tidak mahu Muhammad berdepan kesakitan yang lebih teruk jika dia ada bersama kami ketika ini. 

Damailah dikau di sana anak syurgaku. Mummy sayang anak mummy. Saya tak putus doa untuk Muhammad. Saya takkan putus melawat anak saya. Rindu sangat dengan bau syurga anak saya itu. Bermain-mainlah dikau di sana anakku, Muhammad. 

Luahan dari Noor Azieyani Haeruddin kepada laman 9bulan10hari. 

Perkongsian ini mendapat kebenaran dari pemilik laman 9 bulan 10 hari untuk disiarkan di The Reporter. 

Rabu, 22 Maret 2017

Ibu hamil 6 minggu keguguran selepas mimpi bersalin & susukan baby

Ibu hamil 6 minggu keguguran selepas mimpi bersalin & susukan baby - Salam. Saya baru lepas keguguran. Gambar scan yang doktor beri pada saya, seolah-olah ada imbasan jin seperti gambar yang viral ini. Tak terlintas di kepala saya untuk fikir benda-benda seperti ini sehinggalah saya terbaca artikel ini.

Ibu hamil 6 minggu keguguran selepas mimpi bersalin & susukan baby

Oleh Puan Fara Amirullah


Kandungan saya berusia 6 minggu, tetapi disahkan keguguran 9 Februari 2017. 

Seminggu sebelum saya keguguran, saya ada bermimpi yang saya bersalin dan saya susukan bayi itu. Saya tak fikirkan yang bukan-bukan tetapi ada yang beritahu, kalau mimpi menyusukan bayi, itu petanda buruk. Seminggu selepas mimpi itu, saya mengalami keguguran. 

Ibu hamil 6 minggu keguguran selepas mimpi bersalin & susukan baby

Ini pengalaman mengandung kali pertama. Saya tak tahu sangat hal-hal seperti ini. Pada mulanya saya nampak imej pada imbasan itu, saya tak ambil tahu sangat dan menyangka mungkin itu bayangan sahaja dan saya lebih risaukan baby pada masa itu.

Saya pada mulanya juga tak percaya benda-benda begini, tetapi makcik saya sendiri pernah terkena. Terbaca pula artikel ini, lebih menguatkan lagi perasaan saya. 

Sehingga kini saya masih mencari jalan penyelesaian. Jika ada sesiapa yang boleh membantu, bolehlah menghubungi saya. Saya memang mengharap untuk ada zuriat sendiri. 

Bukan nak percaya 100% tetapi kita ikhtiar tak benda buruk seperti ini berlaku lagi. Saya tidak mahu pisang berbuat dua kali. 

Perkongsian ini dengan keizinan Puan Fara Amirullah untuk siaran di The Reporter. 

"2-3 bulan mengandung, tiba-tiba keguguran, rupanya ada 'benda' menumpang dalam rahimnya"

"2-3 bulan mengandung, tiba-tiba keguguran, rupanya ada 'benda' menumpang dalam rahimnya"
Sama ada ia image benar atau tidak, Allahualam. Tetapi dalam Al Quran sudah dijelaskan jin, syaitan dan iblis akan terus menyesatkan anak cucu Adam. Malah di dalam rahim seorang wanita itu sendiri, jin jahat akan hadir untuk menganggu, merosak dan menjahanamkan benih-benih yang terbina. Nauzubillah.. semoga kita dijauhkan dari perkara seperti ini. - Foto Hiasan | Huffington Post

"2-3 bulan mengandung, tiba-tiba keguguran, rupanya ada 'benda' menumpang dalam rahimnya" - Ada orang kata dia mandul, rupanya tak. Ada 'benda' menumpang dalam rahimnya. Allah. 12 tahun tak dapat anak dan bila mengandung dua tiga bulan, tiba-tiba anaknya tak ada dengupan jantung, anak gugur. 

Surah Az-Zukhruf Ayat 62
وَلَا يَصُدَّنَّكُمُ الشَّيْطَانُ ۖ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

Ramai yang ingat syaitan dan seangkatan dengannya ini hanya standby semasa bayi dilahirkan (Ummu Sibyan). Tidak. Sebenarnya masa niat kita nak bertunang, bernikah mengelakkan maksiat itu, dia dah mula usha kita dan pasangan. Kot-kot dapat sesatkan kita (kepala dongga punya syaitan!). 

Hakikatnya, itu permainannya! Kita perlu alert cara nak 'pukau' syaitan dan sekutunya agar tidak menganggu kita dan keturunan kita lagi. 

Dalam Al Quran pun sudah dijelaskan bahawa syaitan itu akan terus menyesatkan kita, manusia. Apatah lagi bagi yang dia rasakan akan sentiasa berbuat baik. 

Dalam soal ini, meneruskan zuriat adalah sesuatu yang tidak disukai iblis, syaitan dan jin-jin jahat. Lebih-lebih lagi bila pasangan suami isteri ini sudah pasang niat nak melahirkan khalifah Allah yang boleh menyebarkan ajaran Islam. 

Suami perlu keluarkan benih (spermatozoa) yang cukup dan segar untuk disenyawakan dan isteri perlu ada keseimbangan hormon, aliran telur yang bagus, tiub fallopio yang smooth. Itu yang ilmu perubatan jelaskan. 

Dalam ilmu Islam pula, wujud halangan-halangan untuk hamil disebabkan oleh gangguan jin dan ia dirawat menggunakan ayat-ayat Al Quran, doa-doa dan zikir. 

Cuba check, adakah anda mempunyai tanda-tanda gangguan seperti di bawah?
  • Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar yang mungkin berlarutan sehingga tengah malam
  • Kusut fikiran
  • Sakit di bahagian tulang-tulang belakang
  • Mengigau ketika tidur
  • Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan

Kemandulan pada kaum wanita ini terjadi apabila:
  • Jin itu tinggal dalam rahim dan merosakkan benih sehingga menyebabkan benih-benih itu rosak dan tidak subur
  • Benih dibiarkan subur dan sempurna tetapi diganggu selepas beberapa bulan hamil menyebabkan turun darah, lalu keguguran.

Sebab itu, sebelum, selepas dan semasa hamil setiap pasangan perlu ada ilmu kehamilan dan kelahiran. Miliki buku 9 bulan 10 hari jika anda ingin anak dan keluarga anak dijauhi dari jin, syaitan dan sekutunya. Ada surah dan doa amalan yang ibu hamil perlu baca. Juga ada tips perkara yang pasangan suami isteri perlu elak dan amalkan di dalam buku A-Z ilmu kehamilan dan kelahiran ini. 

Dalam hadis Safiyah binti Huyay, Rasulullah bersabda: Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui pembuluh darah - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Ini kaedah untuk merawat masalah kemandulan akibat gangguan jin:
  • Bacakan doa-doa menghindar syaitan temrasuk doa menghindar sihir. Doa-doa ini juga boleh dirakam dan diperdengarkan kepada pesakit selama tiga kali setiap hari.
  • Ia hendaklah membaca surah as-Saffat pada waktu subuh ataupun diperdengarkan kepadanya. 
  • Membaca surah al-Ma'arij ketika hendak tidur ataupun diperdengarkan kepadanya.
  • BAcakan surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah al-Baqarah, surah Ali-Imran dan surah al-Mu'awwizat sebanyak tujuh kali, pada minyak zaitun kemudian disapukan pada dada, dahi dan tulang belikat sebelum tidur.
  • Bacakan ayat-ayat yang sama pada satu sudu madu asli dan kurma untuk dimakan setiap hari sebelum sarapan.

Pastikan amalan ini dilakukan tiga bulan selain beriman kepada Allah. 

"Dan kami turunkan daripada Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi mereka yang beriman" (Isra': 82)

Menurut Asy-Syeikh Abdul Aziz Makmum Isa (1991-55) ada dua punca utama terjadinya masalah ini:
  1. Akibat sihir
  2. Kecenderungan jin ketika memandang perempuan yang berkenaan.

Jin-jin ini suka mendatangi perempuan yang suka bersolek berlebih-lebihan, yang tidak menjaga sembahyangnya, tidak membaca Al Quran tetapi gemar mendengar nyanyian ataupun muzik keterlaluan, suka membuka aurat, juga gemar duduk bersolek di hadapan cermin. 

Jin-jin tertarik dengan wanita yang masuk dalam bilik air lalu menyanyi dan mandi dalam keadaan telanjang. Padahal bilik air adalah di antara tempat kegemaran jin-jin, jantan dan betina menyebabkan salah satu daripada makhluk-makhluk ini tadi tertarik pada jasadnya lalu ia meresap dalam tubuh dan menganggunya. 

Jadi, pastikan selepas ini bukan sahaja kita sopan bila keluar dari rumah, masa dalam rumah pun kena jaga. 

Conclusionnya:
  • Dengarkan ayat Al Quran secara terus terutamanya surah al-Baqarah, yasin, as-Saffat, ar-Rahman, ad-Dukkhan dan surah Al-Jin tidak kurang daripada enam jam setiap hari.
  • Jaga solat pada waktunya dan sentiasa berzikir.
  • Baca surah Yasin ketika berada di tempat pembaringan dan tidur mengiring sebelah kanan dalam keadaan berselimut, baca doa tidur dan mengucap.

Pada dasarnya jin-jin ini tidak boleh menganggu fizikal kita, jadi dia akan sibuk menganggu roh kita. Sebab itu kadang-kadang masa tidur kita mimpi pelik-pelik dan menakutkan. Itu kerja dialah!

Hadis daripada Jabir r.a menceritakan tentang seorang Badui telah datang menemui Nabi lalu berkata: 

Ya Rasulullah, aku bermimpi, kepalaku seolah-olah dipukul bergulung-gulung, kesan pukulan itu sungguh menyakitkan sekali. 

Rasulullah berkata kepada Badui tadi: Jangan kau ceritakan kepada orang lain tentang permainan syaitan terhadapmu ketika tidur.

Dear mommies, walaupun benda-benda ini menakutkan kita, ingat, kalau kita buat baik-baik, fikir baik-baik, Allah akan mudahkan. 

Untuk lebih banyak info-info tentang kehamilan, sila layari laman Facebook 9bulan10hari atau dapatkan buku 9bulan10hari yang mengandungi banyak ilmu kehamilan dan kelahiran. 

Berminat dengan buku ini? Anda boleh dapatkan di sini: http://shop.avana.asia/10421/checkout?product=31223 atau hubungi 9bulan10hari di aplikasi WhatsApp, 018-400-7008. 








Perkongsian ini mendapat kebenaran dari pemilik laman 9 bulan 10 hari untuk disiarkan di The Reporter. Anda dilarang 'copy paste' artikel ini tanpa kebenaran penulis asalnya. 

"Kau berbanggalah dengan motor BMW kau tu sampai kiamat"

"Kau berbanggalah dengan motor BMW kau tu sampai kiamat" - Selain untuk kegunaan berulang alik ke tempat kerja, apa tujuan membeli motor jenama mahal ini? Kerana minat? Kerana mahu join kelab motor lelaki suci? Kerana sudah berkemampuan? Kerana duit kau, suka hati kaulah nak beli apa?

Terpulanglah apa pun niat anda, tetapi jangan sesekali pernah memandang hina motosikal jenama lain. Seperti yang ditegur oleh rider wanita ini yang telah menjelajah dunia dengan motosikal Yamaha FZ150, nyata sangat terkilan dengan sikap sesetengah individu yang mengamalkan kasta dalam kehidupan akibat taksub dengan motor.

"Kau berbanggalah dengan motor BMW kau tu sampai kiamat"


Apa yang korang rasa kalau dapat mesej macam ini? Bangga? Teruja? Happy? Aku dapat few messages yang seperti ini datangnya dari mereka yang sememangnya rakan Facebook aku. Tetapi selama ini mereka tidak pernah komen, like my post dan tak pernah ucap sepatah congrats pun even on my GDR success. 

Nak kata tak aktif di Facebook, selalu saja aku nampak diorang komen di Facebook kroni-kronik diorang. Tiba-tiba bila aku beli motor sama jenama dengan mereka, bertubi-tubi likes. Siap hantar mesej lagi ajak TTS la, ajak ride sekali la. Nak tahu apa aku rasa? 

"Hi sis, congrats on your new bike and welcome to BMW family," 

Thank you

"Macam ni la best. Ini baru namanya motor"

What?? So motor-motor lain yang bukan jenama BMW itu bukan motor la? Motor FZ150 yang aku bawa pusing dunia itu apa? Pleaselah, ini satu penghinaan okey. Nama je kau bawa motor barat tetapi mentaliti kau sangat kampunglah bro. 

"So, bila kita boleh TTS bersama-sama? Would like to introduce you to other beemer owners. When we meet we can plan a ride together. You are one of us now." 

Ohh. Sekarang aku dah memiliki motor sejenama dengan kau, jadi kau terima aku dalam kumpulan korang lah? Baru kau sudi nak berkawan dengan aku? Baru kau sudi nak minum teh dengan aku? Kalau tak, kau jeling tepi mata saja? Begitu? 

Kenapa kau tak nak tanya aku sudi ke nak berkawan dengan orang yang mengamalkan kasta dalam kehidupan macam kau dan kroni-kroni kau? Kau tak tanya pun kan, sebab kau ingat aku hajab sangat to be in your clan. 

Excuse me, minta maaf banyak-banyak. Kalau macam inilah sikap kau, go to hell. Tak hingin aku nak berkawan dengan orang yang ada kasta-kasta ini. Kau berbanggalah dengan motor BMW kau itu sampai kiamat. 

No offence to other proud BMW owners. Aku tahu bukan semua yang berperangai seperti ini. Kalau korang tanya aku, jujurnya aku tak bangga pun  aku beli GS ini. For god's sake, its only a purcahase. Nothing to be proud of. Its not an achievement. Its only a purchase that anyone who can afford, can buy it. 

Whats the big deal? Only if I have achievement with it, then I'll be proud. Kalau takat beli kemudian bawa pergi TTS nak tunjuk pada orang kononnya aku hebat sebab memiliki BMW, well itu korang, not me. 

Aku beli simply because I want to enrich my experience by experimenting riding different bikes. Nak juga tahu betul ke senang ride jauh naik small bike ini. Siapa-siapa pun boleh buat dan betul ke azab sungguh ride jauh naik big bike?

As far as I know, I am still the same Anita whom you knew way back when I'm nobody. Only those who have problems @ create problems with me will say otherwise. I don't practise kasta in my life and I can't tolerate those who do. Adios. Thanks for reading till the end. 

Semoga teguran dari Puan Anita Yusof ini memberi pengajaran kepada semua. Ingat, itu semua harta dunia yang tidak perlu ditunjuk-tunjuk dan dibanggakan secara melampau-lampau. Bersederhanalah dalam apa jua yang kita lakukan. - The Reporter

Selasa, 21 Maret 2017

"Hanya 20% otak anak saya masih berfungsi dengan baik, 80% lagi rosak akibat Shaken Baby Syndrome"

"Hanya 20% otak anak saya masih berfungsi dengan baik, 80% lagi rosak akibat Shaken Baby Syndrome"
  • Bayi berusia 3 bulan 2 minggu dikejarkan ke hospital kerana muntah teruk di taska
  • Darwisy juga diserang sawan teruk, nafas laju dan badan tersentak-sentak
  • Bawa ke hospital, doktor sahkan masalah anak berpunca dari Shaken Baby Syndrome (Sindrom Goncang Bayi) dan hasil imbasan CT adalah Acute & Chornic Subdural Hematoma.
  • 20% bahagian otak mangsa masih berfungsi dengan baik, 80% bakinya sudah rosak
  • "Saya terkedu di saat ini, saya menangis air mata jatuh mencurah-curah..."

"Hanya 20% otak anak saya masih berfungsi dengan baik, 80% lagi rosak akibat Shaken Baby Syndrome"


Darwisy dan Cerebral Palsy (CP)
Acute & Chronic Subdural Hemotoma
Shaken Baby Syndrome

Berikutan bulan Mac adalah bulan kesedaran untuk CP dan membuatkan saya mahu berkongsi sedikit ilmu tentang CP (mengikut kefahaman saya) dan juga kisah Darwisy, si pejuang kecil CP saya. 


"Hanya 20% otak anak saya masih berfungsi dengan baik, 80% lagi rosak akibat Shaken Baby Syndrome"


Ramai yang bertanya dan berminat mahu tahu bagaimana Darwisy boleh disahkan CP? Saya ingin berkongsi cerita dan kisah serta pengalaman Darwisy bersama saya dan suami mungkin sebagai pengajaran ataupun panduan kepada rakan-rakan semua. 

Darwisy dilahirkan secara normal, Alhamdulillah tanpa sebarang masalah. Tetapi apabila usianya genap 3 bulan 2 minggu, dia dikejarkan ke hospital sebaik saja saya yang sedang bekerja di Perbadanan Nasional Berhad (PUNB) menerima panggilan dari taksa yang menyatakan Darwisy muntah teruk. 

Saya terus bergegas ke taska dan mendapati Darwisy diserang sawan yang sangat teruk, nafas sangat laju, badan tersentak-sentak dengan mata putih sahaja yang kelihatan. Saya dapat rasakan keadaan Darwisy amat kritikal dalam dakapan saya pada ketika itu. 

Saya terkilan, apa yang pihak taska buat semasa saya dalam perjalanan ke taska yang memakan masa sejam untuk sampai. Kenapa tiada apa-apa tindakan dalam keadaan seperti itu? Allahuakbar. 

Saya seperti orang gila tak tentu arah walau seolah sedang bertenang tetapi dalam hati, Allah sahaja yang tahu. 

Pergi ke hospital swasta berdekatan kawasan rumah tetapi mereka pindahkan ke Hospital Ampang kerana di sana ada pakar. Bila di sana, keadaan Darwaisy stabil dan nafasnya okay tetapi masih dengan bantuan oksigen. Lega hati dan tak terfikir apa-apa yang bakal saya tempuhi sebenarnya selepas ini. Saya fikirkan semuanya baik-baik sahaja. 

Saya menunggu dan menunggu keputusan doktor. Doktor kelihatan seperti kelam kabut. Saya terfikir apa sebenarnya yang berlaku? Air mata yang tadi jatuh mencurah-curah sudah tenang. Doktor minta kebenaran untuk buat imbasan CT. Saya semakin pelik. 

Akhirnya doktor memberitahu keputusan hasil dari imbasan CT. Kes Darwisy berpunca dari Shaken Baby Syndrome (Sindrom Goncang Bayi) dan hasil imbasan adalah Acute & Chornic Subdural Hematoma. Acute dan Chronic ada dua di situ bermaksud, Acute penderahan yang berlaku 72 jam trauma sebelum kejadian dan chronic pula 21 hari atau tiga minggu dan lebih trauma sebelum kejadian. Pendarahan di otaknya berlaku di ruang paling atas otak manusia (mengikut kefahaman saya). 

Saya terkedu di saat ini, saya menangis air mata jatuh mencurah-curah. Apa 21 hari ke 3 minggu atau lebih lagi sebelum ini pendarahan sudah berlaku bermaksud sejak saya habis berpantang dan terus dihantar ke taska, kan? Kenapa saya langsung tak perasan? Adakah pihak taska ada buat tak baik pada Darwisy? Adakah saya penyebab dia jadi begini sebab saya menggunakan buaian dan agak laju saya membuainya? 

Saya tidak tahu, saya buntu dan kes ini terus pihak doktor buat laporan polis sebab ada unsur penderaan. 

Dan langkah yang terbaik untuk kes Darwisy adalah dengan pembedahan memandangkan selama tiga hari di NICU Hospital Ampang, Darwisy diserang sawan dua kali. Darwisy dipindahkan ke Institut Pediatrik HKL dan dibedah di kepalanya.

Masuk bilik bedah menemaninya sekejap, kaki lutut saya menggeletar. Adakah ini keputusan yang terbaik bila saya dan suami tahu apa risiko-risikonya? 

Saya tak tahu dan apa yang saya tahu, saya serahkan kepada Allah. Bagaimana pembedahan dilakukan, saya tak nak tahu juga cuma yang saya tahu sebaik sahaja Darwisy keluar dari bilik bedah, sudah ada tiub di kiri dan kanan kepalanya dengan beg darah. Kelihatan darah masih keluar menggalir melalui tiub itu. 

Allah, sebak hati menangis. Sejujurnya saya tak kuat ketika ini.

"Mama, awak kena kuat. Awak kena makan dan tidur cukup barulah awak sihat cukup tenaga dan kuat baru Darwisy akan kuat. Jangan menangis di depannya bila melawat dia," kata-kata doktor yang menjadi pegangan saya pada ketika itu. 

"Kalaulah sakit ini boleh dipindahkan kepada mama, mama akan ambil sayangku, tapi apakan daya," bisik hati kecil saya. 

Teruskan kuat ye sayang Darwisy...

Selepas itu doktor memaklumkan Alhamdulillah pembedahan berjaya tetapi otak yang masih berfungsi dengan baik hanya 20% dan 80% lagi sudah rosak. 

Allah, 80% yang rosak? 

Doktor dengan telus dan sejujur-jujurnya memberi penerangan agar kami jelas dan memahami keadaan sebenar. Doktor menyatakan Darwisy akan terlantar seumur hidup dan tidak akan mampu berbuat apa-apa walaupun bercakap ke, pergi sekolah ke, mudah kata cacat kekal menyeluruh.

Tetapi dia masih kecil, saraf otaknya akan berkembangan dengan perlahan-lahan dengan syarat perlu banyak rangsangan. P

Perasaan saya sedih dan menangis semahu-mahunya. Tetapi saya sudah berazam dari sini dan tahu Darwisy boleh dan kuat. 

Darwisy dikategorikan Buta (di mata terdapat juga pendarahan) dan Global Development Delay (GDD) pada awalnya. Selepas itu ciri-ciri spastik mula kelihatan dan dikategorikan sebagai Quadrepligia CP dan seterusnya Dystonia CP. 


Shaken Baby Syndrome disebabkan berlaku gegaran yang kuat seperti bayi dilambung, terjatuh, terhantuk, digegar terlalu kuat sehingga berlaku pendarahan dalam otak bayi. 


Hati-hati ya kawan-kawan dalam kita menjaga anak kita. Banyakkan membaca sebagai langkah keselamatan. 

Rakan-rakan semua, kes ini berlaku 5 tahun lalu, Februari 2012. Saya berkongsi sempena bulan kesedaran Cerebral Palsy (CP) dan juga kesedaran pada semua tentang Shaken Baby Syndrome. 


Darwisy kini berusia 5 tahun 4 bulan. Alhamdulillah dia sudah mampu berjalan walapun perlu sedikit lagi latihan. Bercakap masih sepatah-sepatah dan ada yang pelat dan juga berjuang supaya boleh bersekolah. Doakan Darwisy saya agar dia kuat dan urusannya dipermudahkan Allah.