Tampilkan postingan dengan label Kisah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Kisah. Tampilkan semua postingan

Jumat, 24 Maret 2017

"Saya Haramkan Diri Saya Untuk Minta Duit Daripada Mak"

"Saya Haramkan Diri Saya Untuk Minta Duit Daripada Mak"

"Saya Haramkan Diri Saya Untuk Minta Duit Daripada Mak"
"Saya Haramkan Diri Saya Untuk Minta Duit Daripada Mak" - Kisah yang dikongsikan oleh saudara Zabidi ini amat menyentuh hati kami di mana dia berkongsi walaupun dia menanggung kesukaran untuk membiayai pengajiannya di Jordan, tetapi dia mampu menanganinya berbekalkan restu ibu bapanya serta pertolongan dari Yang Maha Esa.

Sama-sama kita ambil iktibar dari perkongsian saudara Zabidi ini.

"Banyak duit zabidi belanja mak itu ini, macam orang dah bekerja." kata mak membuka bicara setelah kami selesai solat maghrib berjemaah.


"Saya Haramkan Diri Saya Untuk Minta Duit Daripada Mak"

Aku tersenyum mendengar ungkapan mak sambil memikirkan apa jawapan yang sesuai untuk aku jawab pada mak.

"Ini rezeki Allah telah peruntukkan untuk mak, sepertimana Allah beri rezeki untuk mak membesarkan kami 11 beradik dahulu." Jawabku pada mak.

"Zabidi cuma minta mak sentiasa doakan Allah permudahkan segala urusan yang dilakukan dan mak redha, itu sudah cukup." Pintaku pada mak.

Kelihatan air mata mak bertakung di matanya seakan terharu dengan ucapanku, tetapi cuba ditahan. Aku terus memeluk erat mak dan kami saling berpelukan.

Inilah satu-satunya Permata Hati yang tinggal untuk saya mencurah kasih setelah ayah tiada, saya berjanji pada diri untuk berbakti dan membahagiakan sebelum dia memejamkan mata.
--------------------------------------------------------------------
Saya masih ingat waktu saya meluahkan hasrat untuk menyambung pengajian di Jordan kepada mak. Mak terasa berat hati kerana risau memikirkan biaya pengajian saya di sana nanti. Sementara ayah pula sedang sakit ketika itu, pastinya memerlukan belanja yang banyak untuk merawat sakitnya itu.

Tapi, saya tetap bertekad untuk mencapai impian saya mendalami ilmu agama di bumi anbiya'. Saya meyakinkan mak yang saya akan berusaha sendiri untuk menampung biaya pengajian di sana.

Kata orang, yang datang belajar di sini kalau tanpa tajaan, pastinya anak orang berada yang mampu menampung kos sara hidup yang tinggi di sini.

Tapi, itu tidak mematahkan semangat saya untuk menuntut ilmu di sana. Ulama' dahulu lebih besar cabaran yang mereka hadapi.

Mungkin juga dengan sebab didikan ayah dahulu yang melatih kami adik beradik untuk berdikari bagi mendapatkan duit, menjadikan saya berani untuk mengambil cabaran ini.

Cara ayah didik kami, kalau mahukan duit belanja kerja dahulu. Diberi kami modal, hasil keuntungan itulah duit belanja untuk kami. Barulah rasa bagaimana susahnya ayah mencari duit.

Jika dihitung perbelanjaan sepanjang hampir 5 tahun saya di sini, rasanya boleh beli sebiji kereta idaman Toyota Vios model terbaru secara cash.

Jika ditanya kepada saya dari mana saya dapat duit untuk menampung perbelanjaan yang serba serbi mahal di sini. (Kalau nak tau cas GST di negara ini 16%, tukaran matawang terkini sebanyak RM6.25 untuk sedinar) Susah untuk saya jawab soalan ini. Saya cuma katakan ia dari Allah.

Tapi, bila saya jawab begitu ramai yang tak puas hati dengan jawapan yang diberikan.

Orang lain, bila kehabisan duit tunggu hujung bulan pihak tajaan masukkan duit atau minta mak ayah masukkan duit. Tapi, saya hanya mampu berdoa dan tawakkal tunggu rezeki dari Allah.

Jangan salah sangka, bukannya saya bertawakkal tunggu rezeki datang bergolek tanpa berusaha. Maksudnya, bila saya usahakan buat bisnes dapat sambutan, cuba memohon bantuan zakat diterima. Saya usahakan juga asbab rezeki itu. Tapi, selebihnya Allah yang beri.

Ok, saya bagi contoh antara bentuk rezeki yang saya terima.

1. Ada satu hari selepas keluar dari masjid, saya terasa lapar dan ingin membeli makanan, tapi nngak punya uang..tiba-tiba datang seorang pakcik tua berambut putih dari belakang menegur saya dan bertanya " enta maliziy ?". "Naam" jawab saya. Lalu diberikan sejumlah wang kepada saya. "Leish ?" tanya saya kenapa. Lalu dijawab kerana dia sukakan pelajar Malaysia. (sampai sekarang pikir pakcik ni malaikat ke tiba-tiba muncul)

2. Saya memakai sebuah telefon bimbit yang dibeli dengan harga yang murah untuk berjimat, cukup hanya ada aplikasi yang membolehkan untuk berinteraksi dan berhubung. Pada satu malam di bulan ramadhan selepas solat tarawih, saya singgah di rumah kawan untuk moreh. Lalu, saya dikejutkan dengan satu kotak hadiah yang berisi telefon bimbit baru dihadiahkan oleh kawan-kawan. Sampai sekarang masih guna phone ni.

3. Baru-baru ini, semasa mendapat berita pemergian arwah ayah..dalam hati rasa sedih tak dapat balik untuk melihat wajah ayah buat kali terakhir. Kebetulan waktu tu tengah dalam program dan saya jadi pengarah, saya balik kejap buat solat ghaib dan kembali meneruskan program macam biasa. Tiba-tiba kawan saya datang bagitahu suruh siap-siap untuk balik malam tu jugak, sebab mereka dah belikan tiket untuk saya dan hantar saya sampai ke airport.

Ada lagi cerita yang tak dapat saya selitkan di sini, tunggulah nanti kalau rajin saya tulis buku. (Tak tahu bila keluar buku tu..hehe)

Hari ini, saya perhatikan anak-anak muda yang baru hendak memulakan hidup terbeban dengan berbagai bentuk hutang. Hutang belajar, kereta, kahwin.

Dalam saya masih belajar, dan tidak mempunyai pendapatan sebegini, saya telah pun melangsungkan perkahwinan semasa di tahun kedua. Dan saya juga telah pun memiliki kereta terpakai sendiri yang dibeli secara tunai. Semuanya tanpa berhutang.

Dan Alhamdulillah, saya juga telah terpilih untuk menunaikan haji tahun depan.

Antara amalan yang saya lazimi sehingga kini ialah saya akan telefon dan bertanya khabar kepada mak seminggu sekali atau dua kali. Tetapi, selepas pemergian ayah saya telefon mak hampir setiap hari supaya mak tidak terasa sunyi.

Dulu semasa mula-mula kerja, saya berikan semua gaji pertama saya dan belikan hadiah kepada mak. Selepas itu untuk bulan-bulan seterusnya, saya bahagikan duit gaji kepada 3. 

Pertama, untuk mak kedua, tabung haji ketiga, simpanan untuk belajar.

Sewaktu belajar,oleh kerana tak mampu beri duit kepada mak, saya 'haram'kan diri saya untuk minta duit daripada mak. Sudah terlalu banyak duit mak habiskan untuk membesarkan saya dahulu.

Doa dan redha mak, saya hanya bermodalkan kedua ini sahaja untuk ke mana-mana. Selagi saya berada di bumi Allah, di situ pasti ada rezeki untuk saya.

Begitulah, kalau kita menjaga dan menyenangkan hati mak ayah kita, insya Allah akan dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya untuk kita dari jalan yang tak kita sangka.

Kepada yang masih punya ibu, ambil peluang untuk taat dan berbakti kepada mereka sementara mereka masih ada, kerana ia juga akan menjadi pemberat mizan kita di akhirat kelak.

Mak kita bukannya mahu duit kita sangat pun, mereka hanya mahukan belaian dan perhatian daripada kita sahaja, sepertimana mereka membelai kita sewaktu kecil dahulu.
Kalau nak katakan ini sebagai plan kewangan,
iya, inilah salah satu rahsia plan kewangan saya. Skim pelaburan dunia akhirat. Makin banyak kita memberi (terutama ibu dan keluarga) semakin banyak lagi Allah akan beri.

Prinsip kewangan saya begini :
"Gusti iku sambaten naliko sira lagi nandhang kasangsaran. Pujinen yen sira lagi nampa kanugrahaning Gusti." 

Sapa yang berjaya baca sampai habis ketik like dan komen 'Alhamdulillah' 😅

Kamis, 23 Maret 2017

SAYU !! "Saya tidak sempat pun beri setitik susu saya pada Muhammad"

SAYU !! "Saya tidak sempat pun beri setitik susu saya pada Muhammad" - PERINGATAN: Kisah ini dikongsi untuk memberi peringatan kepada semua dan bukan mahu menghentam mana-mana pihak (nama hospital juga tidak akan didedahkan) agar setiap wanita bersedia dengan pelbagai kebarangkalian ketika di labour room nanti.

SAYU !! "Saya tidak sempat pun beri setitik susu saya pada Muhammad"


Ibu mana yang tidak sedih apabila anak dari kantung rahimnya disahkan meninggal dunia disebabkan kecuaian orang lain. Buat ibu-ibu yang lain, tolonglah ambil tahu apa yang ibu-ibu akan lalui semasa berada di labour room nanti. Walaupun Muhammad anak kedua saya, tetapi rasa pedih hati ini sakit sekali. Allah.


SAYU !! "Saya tidak sempat pun beri setitik susu saya pada Muhammad"


Pada 22 Disember 2016, air ketuban saya pecah, iaitu salah satu tanda kelahiran anak saya dan saya tahu dalam masa 24 jam ini saya perlu melahirkannya. Jadi saya dan suami pun bersiap untuk pergi ke hospital. Suami saya teruja pada masa itu, dia siapkan makanan sekali agar saya cukup tenaga untuk melahirkan anak kami nanti. 

Kami pergi ke hospital dengan gembiranya, tak sabar nak bagi adik untuk Rizqi Mukhriz. Selang lima minit kemudian, episod sedih pun bermula. Allahurabbi, saya harap kisah ini tidak terjadi pada sesiapa. 

Masuk saja ke bahagian labour room, saya dimarahi doktor. 

"Kenapa awak datang hospital? Awak tak turun tanda lagi, kan?" kata doktor sambil mentertawakan saya. 

Saya beritahu doktor yang saya dah rasa ada air keluar dari kemaluan saya, tetapi sedikit dan saya dapat rasa itu air ketuban.

Ketika itu saya rasa sakit sangat, contraction menyerang setiap 20 minit. Tetapi doktor di situ tidak mengendahkan saya, malah membiarkan tanpa buat CTG, walhal lagi beberapa minit inshaAllah saya dah boleh melahirkan anak. 

Saya diminta bermalam di bilik menunggu. Bayangkan, ketika itu saya sepatutnya sudah masuk labour room tetapi saya dibiarkan di situ. Saya patuh cakap doktor juga sebab saya percaya mereka lebih arif dalam semua ini. 

Keesokan harinya, 23 Disember, sebelum Subuh saya perasan ada cecair berwarna hijau keluar dari kemaluan saya. Allah, anak saya dah membuang ke ni? Selepas saya maklumkan pada doktor, saya segera dibawa ke labour room. Kali ini sakitnya lain sekali. Saya menjerit di situ meminta doktor melakukan sesuatu sebab sakitnya lain macam. 

Saya ingatkan jururawat di situ faham dan cakap baik-baik menenangkan saya seperti jururawat yang menyambut anak pertama saya dulu. Rupa-rupanya lain. 

"Mana ada orang beranak tak sakit puan"

Ya Allah, hati saya bertambah sedih dan down ketika tiada siapa yang memahami keadaan saya pada ketika itu. 

"Hei! Kenapa biar ibu ini macam ini? Dia dah nampak pucat dah ni. Siapa yang uruskan ibu ini?!" tiba-tiba muncul Doktor Yusrina yang sangat baik, memarahi semua doktor dan jururawat di situ kerana membiarkan saya.

Doktor Yusrina memberi arahan kepada jururawat lain dan datang kepada saya, mengusap dahi dan rambut serta menenangkan saya. 

"Sabar ya puan, saya faham, puan istighfar ya. Saya ada di sebelah puan, saya datang nak tolong puan," katanya.

Dalam keadaan terlalu lemah seperti nyawa ditarik, saya pegang tudung Doktor Yusrina dan mohon dia selamatkan anak saya. Walaupun Doktor Yusrina tidak bertugas pun masa itu, tetapi dia nak sangat tolong saya. Allah, baiknya malaikat bertopeng manusia ini. Walaupun mata saya hanya mampu pejam ketika itu, tetapi saya dapat rasa doktor yang datang seperti malaikat itu datang menyelamatkan saya dan keadaan.

Ketika itu, bukaan dah 8 cm. Jururawat meminta saya teran dan ketika itulah saya rasa tiga pergerakan terakhir Muhammad dalam rahim saya. Selepas melahirkan Muhammad, dia tidak bernafas selama seminit dan doktor terus bawa pergi anak saya. 

Ketika itu, saya dalam keadaan tidak sedar. Anak telah dibawa ke NICU kerana oksigen tidak sampai ke otak dan kerap berdepan sawan. 

Selepas sedar, doktor pula mengesahkan rahim saya mengalami kerosakan 90%. Ya Allah, ujian apakah ini? Semalam, kami gembira sekali menunggu kehadiran Muhammad, tak sangka hari ini Muhammad terpaksa dimasukkan ke NICU. 

Pada 25 Disember 2016, ketika saya melawat Muhammad, saya dapat rasakan Muhammad terlalu sakit, Saya usap ubun-ubun Muhammad, berdoa dan berzikir serta berpesan kepada anak saya ini. 

"Andai anak mummy Muhammad seksa di dunia ini, pergilah sayang, Ibu redha..." 

Berulang kali juga saya memohon kepada Allah agar anak saya disembuhkan dan dipanjangkan usianya. 

Jam 9 malam, seorang jururawat memanggil saya datang ke NICU. Bertambah lemah diri saya yang sedia lemah, saya dapat merasakan sesuatu terjadi pada Muhammad. Namun saya cuba untuk kuat. 

Luluh jantung saya bila Muhammad telah kembali kepada Allah. Anak saya, jantung saya, anak yang bermain dan bersama saya sepanjang 9 bulan, kini telah pergi. Saya tenung wajah dia, cium dan bau sedalam-dalamnya bau anak saya. Saya sentuh jarinya, kucup pipinya berulang kali, saya usap ubun-ubunnya, saya dakapnya dengan erat. Allahuakbar, cukup sempurna anak saya ini. 

Demi Allah, sekuat manapun saya, memang tidak mampu menahan sebak. Saya menangis di situ dan cium anak saya berulang kali. Saya tidak sempat pun beri setitik susu saya pada Muhammad. Kalaulah sempat, mesti Muhammad lebih sihat, kan sayang? Saya takkan lupa anak saya yang comel ini, Mummy sayang Muhammad. 


Sayu perkarangan rumah kami, lebih sayu lagi hati setiap keluarga kami. Abangnya, Rizqi seolah-olah faham apa yang terjadi membuatkan kami semua sebak. 

"Adik abang, Muhammad ini pakai kain putih ini nak pergi syurga? Alaa, macam mana abang nak bermain-main dengan adik abang ni? Tak apalah, adik pergi syurga ye..."

Berlinangan air mata kami. 

Penantian selama 9 bulan diakhiri dengan ujian ini. Selesai proses pengebumian, ramai saudara yang meminta kami mengambil tindakan terhadap pihak hospital. Walaupun ketika itu luluh hati saya kerana kehilangan anak disebabkan layanan seorang doktor dan beberapa jururawat yang ambil lewa terhadap kesakitan saya, namun saya bersyukur Allah beri fikiran yang baik untuk saya pada ketika itu. 

Saya jelaskan kepada semua yang meminta saya menuntut keadilan bahawa, doktor adalah malaikat bertopeng manusia yang datang menyelamatkan kita. Ya, walaupun ada yang tidak baik, yang sengaja berlaku 'kejam' dengan kita, namun ramai yang terlalu baik buat saya dan kita semua. Disebabkan itu, walaupun saya berasa sedih dengan kejadian ini sebab ia melibatkan anak saya sendiri, tetapi saya perlu akur mereka juga manusia sama seperti kita. Saya berdoa agar tiada lagi doktor dan jururawat seperti ini. 

Takdir dan ketentuan itu milik Allah, semua ini hak dan milikNya. Siapa kita nak terus menyalahkan orang lain? Saya redha. Kalau saya fikirkan semua ini (tindakan undang-undang), Muhammad tetap tidak akan kembali dan dia sudah pun sampai di syurga yang abadi. 

Pesan saya kepada ibu-ibu semua, tolonglah pelajari ilmu kehamilan. Kalau anda tahu itu adalah air ketuban, tahu prosedur melahirkan anak dan tahu jelaskannya, nescaya doktor akan lebih faham. 

Pesan saya buat doktor dan jururawat, tolonglah, ketika kami sakit kami tidak tahu apa yang patut kami lakukan. Kami serahkan segala-galanya kepada Allah dan rawatan kalian. Tetapi saya mohon janganlah down dan sindir kami sehingga kami rasa terlalu terabai ketika kami perlukan bantuan. Cakaplah baik-baik dengan kami. Sesungguhnya ilmu kami tidak setanding dengan kalian. Kami benar-benar menghormati ilmu dan kehebatan yang ada pada kalian. Tolonglah hormati kami juga. 

Kepada semua, biarpun adakalanya kita berdepan dengan semua ini disebabkan orang lain dan terasa sakit itu pedih sekali, tetapi janganlah lupa apa yang terjadi ini disebabkan ketentuan yang Maha Esa. Saya percaya Allah menjemput Muhammad mungkin disebabkan Allah tidak mahu Muhammad berdepan kesakitan yang lebih teruk jika dia ada bersama kami ketika ini. 

Damailah dikau di sana anak syurgaku. Mummy sayang anak mummy. Saya tak putus doa untuk Muhammad. Saya takkan putus melawat anak saya. Rindu sangat dengan bau syurga anak saya itu. Bermain-mainlah dikau di sana anakku, Muhammad. 

Luahan dari Noor Azieyani Haeruddin kepada laman 9bulan10hari. 

Perkongsian ini mendapat kebenaran dari pemilik laman 9 bulan 10 hari untuk disiarkan di The Reporter. 

Jumat, 17 Maret 2017

Selama 2 jam 30 minit, wanita itu bantu si ibu jaga anak kembarnya tanpa merungut

Selama 2 jam 30 minit, wanita itu bantu si ibu jaga anak kembarnya tanpa merungut - Jarang sekali orang lain akan menghulurkan bantuan pada si ibu apabila anak-anak kecilnya meragam atau si ibu tak menang tangan untuk menguruskan mereka. Sebaliknya, hanya pandangan sinis dan tanggapan negatif yang dilemparkan. 

Namun apa yang berlaku pada 26 Februari lalu, penumpang sebuah penerbangan, MacKenzie Murphy, menyaksikan sesuatu yang jarang dilakukan oleh kita hari ini. 

Perjalanan MacKenzie untuk pergi ke destinasinya sepatutnya tidak menghadapi sebarang masalah. Disebabkan masalah yang tidak diingini berlaku, MacKenzie dan para penumpang yang lain terkandas selama 2 jam 30 minit di di lapangan terbang tersebut. 

Dalam kesempatan itu, MacKenzie sempat menyaksikan perkara yang dia sendiri jarang melihatnya.  

Selama 2 jam 30 minit, wanita itu bantu si ibu jaga anak kembarnya tanpa merungut


Perjalanan semalam sepatutnya mudah tetapi bertukar menjadi hari yang amat panjang. Saya ingin kongsikan pengalaman saya ini kerana ia membuktikan bahawa masih ada orang yang baik di dunia ini.

Selama 2 jam 30 minit, wanita itu bantu si ibu jaga anak kembarnya tanpa merungut


Semalam, wanita dalam gambar ini bersama dua anak kembarnya menaiki flight yang sama dengan saya. Umur anak kembarnya mungkin 6 bulan, saya tak berapa pasti. 

Ia penerbangan yang penuh dengan penumpang pada hari itu. Para penumpang mula menyimpan bagasi mereka di ruang penyimpanan atas dan bawah tempat duduk. Salah seorang pramugari mengambil car seat anak wanita berkenaan, bermakna dia perlu mengendong kedua-dua anak kembarnya itu memandangkan mereka masih belum mampu untuk duduk sendiri. 

Apabila dia baru saja melabuhkan dirinya di kerusi, salah seorang pramugari datang memaklumkan bahawa dia tidak boleh mengendong kedua-dua bayinya ketika penerbangan atau dia terpaksa meninggalkan pesawat ini. 

Seorang wanita yang duduk di depan saya lantas tampil menawarkan diri dan meminta kebenaran dari si ibu untuk menjaga salah seorang anak kembarnya sepanjang penerbangan itu. 

Untuk pengetahuan semua, penerbangan itu sepatutnya mengambil masa 45 minit sahaja. Tetapi kami terkandas di lapangan terbang itu selama 2 jam 30 minit! 

Wanita yang menawarkan diri untuk mengendong anak kembar tadi, langsung tidak merungut. Malah memberi bayi itu makan dan membuatkan si kecil itu sendawa. 

Apabila anak perempuannya sendiri mula menangis, dengan tenang dia pergi menjelaskan kepada anaknya,

"Adalah tanggungjawab kita untuk membantu orang lain. Si ibu ini bersendirian menguruskan anak kembarnya tanpa bantuan sesiapa. Dia benar-benar memerlukan seorang lagi ibu untuk membantunya," katanya. 

Wanita itu kemudian memegangnya, menyanyikan lagu sehingga bayi yang dikendongnya itu tertidurlena tanpa sebarang masalah mahupun menangis sepanjang penerbangan kami. 

Moral dari kisah ini ialah, jika anda melihat orang lain memerlukan bantuan, lakukanlah sesuatu dan bantulah mereka.