Tampilkan postingan dengan label Biodata Emma Maembong. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Biodata Emma Maembong. Tampilkan semua postingan

Jumat, 17 Maret 2017

Mufti: Kebodohan 'Raja Bomoh' Tiada Tebingnya..

Mufti: Kebodohan 'Raja Bomoh' Tiada Tebingnya..

Mufti: Kebodohan 'Raja Bomoh' Tiada Tebingnya.. Mufti Perlis hari ini mengkritik keras aksi terbaru 'Raja Bomoh' Ibrahim Mat Zin yang 'memagar' Malaysia daripada ancaman negara asing, khususnya Korea Utara.

Sambil menyifatkan langkah itu sebagai khurafat dan memalukan akal, Datuk Dr Asri Zainul Abidin juga menegur langkah itu “dijadikan berita rakyat”.

“Padahal perbuatannya itu merupakan kebodohan yang tiada bertebing,” katanya.

Di tengah-tengah ketegangan hubungan Malaysia-Korea Utara, Ibrahim pada Ahad lalu mengadakan upacara untuk “melindungi” Malaysia di tepi pantai.

Mufti: Kebodohan 'Raja Bomoh' Tiada Tebingnya..


Beliau dan pengikutnya kali ini menggunakan buluh kecil yang dijadikan teropong, dua biji kelapa dan lima meriam buluh untuk upacara itu.

Menulis di Facebook, Asri juga berkata Ibrahim membaca ayat dan doa dengan cara yang salah.

“Jika itulah dianggap 'raja bomoh', apakah kadar kebodohan pada bomoh yang bukan raja?” katanya.

Asri juga menegaskan Islam menentang kebodohan tanpa mengira siapa yang melakukannya, sekalipun pihak yang bergelar ustaz atau kiyai.

Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim hari ini turut dilapor menegaskan upacara pembomohan itu telah diwartakan haram bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004.

Sumber: Malaysiakini

Minggu, 12 Maret 2017

"Dosa Saya Biarlah Antara Saya Dengan Tuhan" - Emma Maembong

"Dosa Saya Biarlah Antara Saya Dengan Tuhan" - Emma Maembong

"Dosa Saya Biarlah Antara Saya Dengan Tuhan" - Emma Maembong

"Dosa Saya Biarlah Antara Saya Dengan Tuhan" - Emma Maembong | Membawa imej berhijab pasti sukar untuk mengelak daripada adegan bersentuhan. Menyedari apa yang dilakukannya bertentangan dengan penampilan, Emma Maembong bersedia menerima kritikan negatif selepas tindakannya melakukan adegan peluk dan berpegangan tangan bersama heronya, Aiman Hakim dalam filem terbaru Kimchi Untuk Awak.


"Dosa Saya Biarlah Antara Saya Dengan Tuhan" - Emma Maembong


“Saya bersedia terima nasihat atau kritikan penonton yang menganggap lakonan saya itu bertentangan dengan imej saya sebagai wanita berhijab. Saya sendiri akui ia memang salah, namun saya enggan komen tentang perkara itu kerana ia biarlah antara saya dengan tuhan sahaja”

“Penonton tidak tahu bagaimana saya cuba mengelakkan adegan-adegan seperti itu dalam setiap lakonan saya, tapi dalam keadaan tertentu saya akui gagal berbuat demikian. Saya tidak salahkan siapa-siapa dalam hal ini kerana pilihan memang ditangan saya sama ada saya mahu buat atau tidak,” katanya kepada m Star Online berhubung perkara tersebut.


"Dosa Saya Biarlah Antara Saya Dengan Tuhan" - Emma Maembong

Bagaimanapun, Emma menjelaskan bahawa beliau akan cuba untuk menjadi wanita Muslim yang lebih baik namun pilihannya untuk bertindak sedemikian dalam filem terbabit ditentukan oleh dirinya sendiri. Mungkin sebagai orang luar, kita tidak tahu situasi sebenar beliau. Semoga Emma terus bersabar dengan kritikan orang ramai. (rtky/w) - Rotikaya