Tampilkan postingan dengan label Berita. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Berita. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 29 April 2017

Lαgi-Lαgi Gαun Syαhrini Ini Bikin Gαgαl F0kus, Nëtizen Sαyαngkαn Pαkαiαnnyα


Penampilan adalah hal yang penting bagi para selebriti.
Sebab dari penampilan inilah, karakter asli mereka bisa terlihat.
Pakaian dan aksesori, dua hal itu seakan tak pernah lepas dari sosok Syahrini.
Wanita berumur 34 tahun ini selalu identik dengan penampilannya yang ‘cetar membahana’.
Rasanya sulit menemukan kapan Syahrini berpenampilan biasa saja.
Penyanyi ini juga sering dikomentari penampilannya daripada suara khasnya yang mendesαh itu.
Seperti kali ini, saat ia sedang berada di Bali.
Dari akun Instagramnya @princessyahrini, sebuah video ia unggah dengan memakai kemeja berwarna putih.
Syahrini terlihat menyanyikan sebuah lagu dari Yuna yang berjudul Crush.
Penyanyi ini juga sering dikomentari penampilannya daripada suara khasnya yang mendesαh itu.
Seperti kali ini, saat ia sedang berada di Bali.
Dari akun Instagramnya @princessyahrini, sebuah video ia unggah dengan memakai kemeja berwarna putih.
Syahrini terlihat menyanyikan sebuah lagu dari Yuna yang berjudul Crush.
gaun-syahrini_20161018_184218
Penampilannya ini kemudian diperjelas lagi oleh akun @thereal_jenk_kelin.
Dalam akun ini, terlihat jelas bagaimana penampilan penyanyi itu dari ujung rambut sampai ujung kaki.
Sebagai aksesori, tak lupa ia memakai topi hitam dengan aksen menumpuk-numpuk.
syahrini_20161018_184835
Choker berwarna hitam juga mengalungi lehernya.
Netizen banyak yang mengomentari penampilan tante dari Raja dan Ratu ini.
Menurut mereka, penampilan Syahrini sebenarnya bisa lebih baik lagi.
gaun-syahrini_20161018_184251
Banyak juga dari netizen yang berkata bahwa penampilannya ini karena ia telah berganti stylist.
Diketahui bahwa sebelumnya Syahrini memakai jasa Caren Delano sebagai stylist pribadinya.
Kini, Syahrini diketahui memakai jasa Seus Dodo dan adiknya sendiri, Rani, sebagai penata penampilannya.

Jumat, 24 Maret 2017

SAYU !! Foto selfie terakhir bersama keluarga .. Suami Penyanyi Nora meninggal dunia (6 Gambar)

Foto selfie terakhir bersama keluarga .. Suami Penyanyi Nora meninggal dunia (6 Gambar) - PETALING JAYA : Pergi mu dihari jumaat yang mulia, arwah ke Indonesia 2 hari lalu dan banyak meluangkan masa bergambar bersama keluarga, seseolah arwah tahu diri nya akan pergi buat selamanya.

Foto selfie terakhir bersama keluarga .. Suami Penyanyi Nora meninggal dunia (6 Gambar)

Komposer Johan Nawawi yang juga suami kepada Nora Ariffin meninggal dunia selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya di sini awal pagi Jumaat.

Berita itu disahkan oleh isterinya Nora dalam satu kiriman ringkas mesej suara.

Johan, 52, dikatakan dibawa ke pusat perubatan berkenaan kerana keadaan kesihatannya kurang mengizinkan dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 pagi.




Menurut anak Allahyarham, Mohd Syakir Alif, bapanya itu meninggal dunia akibat serangan jantung.

Johan banyak mencipta lagu untuk isterinya seperti Satu, Desa Tercinta, Naluri dan Samudera.

Jenazah akan dimandikan dan dikafankan di Masjid Kampung Tunku, di sini dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam lokasi yang sama selepas solat Jumaat.

Kamis, 23 Maret 2017

Anak saya masih hidup masa di Hospital .. Pihak HTRA dakwa dia meninggal semasa ke Hospital (8 Gambar)

Anak saya masih hidup masa di Hospital .. Pihak HTRA dakwa dia meninggal semasa ke Hospital (8 Gambar) - Klang : Permergian adik Laraniya sungguh mengundang pilu keluarga nya anak yang masih hidup semasa di hantar ke Hospital temui ajal selepas 15 minit di masukkan ke wad, namun pihak terbabit dakwa anak nya telah tiada semasa perjalanan ke Hospital, ini luahan sayu ibu kanak-kanak malang ini.

Anak saya masih hidup masa di Hospital .. Pihak HTRA dakwa dia meninggal semasa ke Hospital (8 Gambar)

Saya telah menghantar anak perempuan saya yang bernama Laraniya A/P Wilbert ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dari Klinik swasta Lucky Kapar kerana sangat lemah akibat demam. 


Saya sendiri yang membawa masuk anak perempuan ke dalam bilik kecemasan (Zon Kritikal, HTRA Klang) dan saya diarahkan oleh doctor perempuan Cina berbaju hijau untuk menukar pampers anak saya. 

Saya juga nampak doctor telah memasang alat pernafasan hidung dan saya nampak perut anak saya masih ada pergerakan. 

Kemudian saya diminta oleh doctor untuk keluar dari bilik kecemasan dan menunggu di luar. Lebih kurang dalam masa (15) minit saya dipanggil oleh doctor India dan dia beritahu anak saya sudah meninggal dunia. 

Semasa dalam perjalanan, Saya sangat terkejut kerana semasa saya bawa anak ke Hospital, Anak saya masih Hidup. 






Adik perempuan saya yang bernama Krishnabanu juga telah merayu kepada doctor dan mengatakan bahawa anak saya masih hidup tetapi tidak diendahkan oleh doktor lalu masih beritahu bahawa anak saya sudah meninggal dunia sebelum sampai ke hopsital.

Saya juga ada bukti dari hari pertama anak saya ke hospital. Saya membuat laporan ini untuk tindakan selanjutnya.

Ahli Parlimen Kapar Yb Manivanan Gowin turun bersimpati dengan apa yang menimpa keluarga ini dan meminta pihak berwajib memperhalusi punca kematian adik Laraniya.

Saya Menuntut Satu Siasatan Secara Menyeluruh dan Tanpa Unsur Berat Sebelah*

Saya telah menziarahi rumah mendiang adik Laraniya sebentar tadi. Saya telah menerima persetujuan daripada ibu Laraniya untuk mengeluarkan kenyataan ini bagi pihak keluarga mendiang adik Laraniya.

Mendiang adik Laraniya telah meninggal dunia pada 20 Mac 2017 (Isnin) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Punca mendiang dibawa ke hospital adalah kerana demam. Isu yang dibangkitkan oleh keluarga adalah ketika mendiang dibawa ke hospital dan diletakkan di atas katil, mendiang masih bernyawa. 

Fakta ini bercanggah dengan keterangan yang terdapat dalam dokumen daftar kematian iaitu - di bawah tempat kematian - tertera perkataan 'di bawa mati ke HTAR.

Hasil daripada kenyataan ibu Laraniya, saya mendapati wujud elemen - elemen yang perlu diperhalusi dan disiasat secara menyeluruh. Siasatan perlu dilakukan kerana bukti - bukti menunjukkan wujud situasi yang berbeza daripada yang tertera di atas dokumen daftar kematian. 

Di samping itu, saya terkilan (sekali lagi) kerana - sebab kematian - di dalam dokumen daftar kematian mengwujudkan tanda persoalan. Walaupun post mortem telah dilakukan tetapi sebab kematian tidak dapat dipastikan. Hanya wujud perkataan 'pending laboratory investigation' dan hospital memaklumkan kepada keluarga mendiang bahawa mereka memerlukan 3 bulan untuk memaklumkan punca dan sebab kematian. Meletak perkataan – pending laboratory investigation – hanya menunjukkan sikap tidak professional dan membawa kepada kecurigaan terhadap kes ini.

*Persoalan yang wujud ialah mengapa pihak hospital memulangkan mendiang kepada keluarga sekiranya punca kematian belum dikenal pasti? Adakah ini selaras dengan Standard Operating Procedure (SOP) yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan?*

Saya juga mendapati daripada dokumen daftar kematian bahawa sebab kematian ini ditulis oleh orang lain dan bukannya Doktor yang mengeluarkan dokumen kematian. Sepatutnya, doktor yang mengeluarkan dokumen daftar kematian juga doktor yang wajar mengesahkan kematian. Namun begitu, tulisan di dalam dokumen tersebut membuktikan bahawa seorang doktor telah menyediakan dokumen tersebut tetapi orang lain yang menulis sebab kematian. 

*Persoalan yang wujud ialah mengapa pihak hospital bersikap mempertahankan sesuatu (defensive) dan tidak mengamalkan sikap terbuka.*

Disebabkan elemen - elemen yang mencurigakan, saya menuntut:

*1. Pihak polis @ Kementerian Dalam Negeri menyiasat kes ini secara terbuka dan menyeluruh tanpa unsur berat sebelah.*

*2. Pegawai bertugas, jururawat - jururawat dan doctor – doctor yang terlibat dalam kes ini wajib digantung kerja serta - merta untuk sementara untuk memberi ruang kepada pihak polis supaya dapat menyiasat kes ini tanpa sebarang tekanan.*

*3. Kementerian Kesihatan wajib bersikap professional dengan memainkan peranan BERKECUALI - kerana Kementerian ini mempunyai kepentingan (interest) dalam kes ini. Disebabkan persoalan yang wujud menglibatkan dan berkaitan dengan kakitangan Kementerian Kesihatan maka, mereka wajib berkecuali dan membantu siasatan secara menyeluruh.*

*4. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat wajib memainkan peranan dalam kes ini. Kementerian Wanita, sebagai kementerian yang menjaga kebajikan kanak - kanak wajib menubuhkan satu jawatankuasa bersama dengan Kementerian Dalam Negeri untuk menyiasat kes ini. Kementerian Wanita wajib mengambil alih segala kerja pemantauan dan penyeliaan siasatan kes ini daripada Kementerian Kesihatan.*

Saya menyarankan agar kes ini wajib diberi keutamaan daripada semua pihak kerana kita telah kehilangan satu nyawa yang hanya berumur 5 tahun. Setiap kali kegagalan kita untuk memberi keutamaan kepada kes - kes sebegini hanya akan menyebabkan lebih ramai kanak - kanak terkorban tanpa keadilan dan kebenaran. 

Saya mengambil kesempatan ini untuk melahirkan rasa simpati dan takziah kepada keluarga mendiang terutamanya Puan Premsri Puspha Nathen (ibu mendiang) & Encik Wilbert (ayah mendiang) dan saudara mara mereka. *My deepest condolences to the family of Baby Laraniya. May Baby Laraniya rest in peace.*

Salam Reformasi.

*Yb Manivanan Gowin*
Ahli Parlimen Kapar
Ahli MPP KeADILan

Semoga ada pembelaan keatas kematian adik kecil ini dan dapat dirungkai sebab kematian nya.

Dell dell dell, aku akan rindu kau dell .. Dell maut parah di kepala dan leher kemalangan (5 Gambar)

Dell dell dell, aku akan rindu kau dell .. Dell maut parah di kepala dan leher kemalangan (5 Gambar)
Dell dell dell, aku akan rindu kau dell .. Dell maut parah di kepala dan leher kemalangan (5 Gambar)  - KUALA LUMPUR : Seorang petugas Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) di unit keselamatan, maut selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan di Jalan Cheras, di sini, awal pagi tadi.
Jurucakap Bilik Gerakan Trafik Kuala Lumpur berkata dalam kemalangan kira-kira 3 pagi itu, mangsa Siti Nordalilah Kamaruddin, 35, yang cedera parah di kepala dan leher maut di tempat kejadian.
Katanya, siasatan awal mendapati kereta Perodua Alza yang dipandu mangsa dilanggar di sisi sebelah kanan oleh sebuah kereta jenis Honda Jazz.

Dell dell dell, aku akan rindu kau dell .. Dell maut parah di kepala dan leher kemalangan (5 Gambar) 


Luahan sayu seorang sahabat arwah Dell atau Siti Nordalilah yang mengudang pilu.
Tersentak!!!
Dell dell dell, aku akan rindu kau dell. Tu wajib sbb kita kenal dr kecik. Kau baik dell, kau slalu sangka baik dgn org, kau peramah, kau mmg baik hati. Siapa nak sapa aku, panggil nama aku kuat2 bila turun kat lobi atau pagar guard bernama tu, xkan dengar lagi dah, xkan dpt lagi peluk kau dell. Aku terkejut dell dengar berita pemergian kau.
Arwah ayah kau dh lama pergi, sekarang kau pulak pergi. Gambar kita kecik2 ada lg kat rumah mama aku dell dgn arwah ayah kau.

Aku bebel ni pun kau dah takleh dengar lagi, sbb kau dah pergi buat selama2nya tp aku cuma meluah rasa dan aku sgt berharap kalau aku boleh putar balik masa, aku boleh ckp semua ni kat kau dell.
Hadiah yg kau bagi, aku akan simpan elok2, buat kenangan aku kpd kau dell.
Tenanglah dikau di sana wahai sahabat dan teman,Siti Nordalilah Kamaruddin aka Shizuka Minamoto Aku doakan agar kau dihimpunkan oleh Allah bersama2 golongan yang beriman.
Al-Fatihah - Dari sahabat mu Edlynna Hanie Hamid


"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Bernama.
Difahamkan, jenazah Siti Nordalilah akan dibawa ke rumah ibunya di AU3 Taman Keramat, di sini sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam AU4, Taman Keramat, di sini untuk dikebumikan.
Sementara itu, rakan sekerja mangsa, Suhaidan Sulaiman berkata kehilangan Siti Nordalilah amat dirasai oleh beliau dan rakan-rakannya yang lain.
Katanya, beliau telah mengenali mangsa sejak mereka sama-sama memulakan tugas di unit keselamatan Bernama kira-kira tujuh tahun lalu.
"Suami arwah yang memaklumkan kepada kami berkenaan berita sedih itu pagi tadi dan saya macam tak percaya arwah sudah tiada," katanya.
Seorang lagi rakan mangsa, Amral Ibrahim, berkata Siti Nordalilah seorang yang periang dan mudah menghulurkan pertolongan. - Bernama

Rabu, 22 Maret 2017

Nike Ardilla pergi tragis 22 tahun lalu ..namun ia masih berlegar disisi peminat nya (6 Gambar)

Nike Ardilla pergi tragis 22 tahun lalu ..namun ia masih berlegar disisi peminat nya (6 Gambar) - Ahad lalu genaplah 22 tahun pemergian Nike Ardilla. Lebih dua dekad meninggalkan kita sesuatu yang aneh kian jauh Nike Ardilla pergi, kian membuak-buak peminat fanatik beliau dan lebih menghairankan Gen Y, malah Gen Z kelak Gen A yang lahir selepas kematian Nike Ardilla pada 19 Mac 1995, turut mengagumi beliau, diva rock ballad Indonesia yang tiada tolok bandingnya.

Nike Ardilla pergi tragis 22 tahun lalu ..namun ia masih berlegar disisi peminat nya (6 Gambar)

Majoriti berasakan seolah-olah ‘mbak Nike’ mereka itu masih berlegar di sisi menghangatkan persada seni. Ini jelas sesuatu yang payah terjadi pada artis, selebriti atau tokoh kenamaan lain yang menghadap ilahi, setiap kali tiba tarikh kematian mereka, orang ramai mengingati detik itu, tetapi berbeza dengan Nike Ardilla atau nama sebenarnya Raden Rara Nike Ratnadilla ini.

Nike Ardilla pergi tragis 22 tahun lalu ..namun ia masih berlegar disisi peminat nya (6 Gambar)

Saban tahun, asal tiba 19 Mac peminat beliau dari merata pelosok Indonesia, malah Malaysia pun ada serta artis di republik itu sendiri akan berpusu-pusu menziarahi kediaman dan pusara Nike Ardilla. Jarak di antara kedua-dua lokasi itu bukanlah dekat, malah memakan masa berjam-jam perjalanan tetapi itu semua tidak dihiraukan peminat demi kasih mereka pada Nike Ardilla.



Edit ala2 vintage sebab foto ni ada tokoh wartawan tersohor yg pernah bertemu dan bekerjasama dgn Nike Ardilla semasa kedatangannya ke Kuala Lumpur iaitu Tuan @adamsalleh65. 

-

Kali pertama interview Nike Ardilla pada tahun 1991 di Federal Hotel di Bukit Bintang. Ketika itu Nike Ardilla di bawah naungan Polygram Record dan beberapa bulan sebelum Nike Ardilla meninggal, Tuan Adam berkesempatan lagi interview alm di Grand Continental Hotel, Jalan Raja Laut. Terakhir tugas bersama Nike Ardilla ketika alm di bawah naungan BMG Record yang diuruskan oleh seorang PR bernama Lisa. 
-
Terima kasih atas kesudian tuan untuk sertai kami ke ziarah mengenang 22 tahun alm Nike Ardilla di Bandung nanti. Semoga perancangan kita dipermudahkan oleh Allah swt aamiin. "Kak Nike, ingat tak posting kita sblm ni yg kak Nike pakai baju kurung tu? Hihi.. 


Bayangkan dari Jakarta ke kediamaan di Muzium Nike Ardilla di Jalan Aria Utama, Komp Aria Graha Soekarno Hatta di Bandung mengambil masa dua hingga tiga jam (bergantung kesesakan lalu lintas) dan dari Bandung ke pusara Nike Ardilla di Jl Imbanegara, Desa Cidudu di Ciamis, Jawa Barat, mengambil masa tiga hingga empat jam perjalanan.
Jika nasib tidak baik dari Bandung ke pusara Nike Ardilla mengambil masa lebih lima jam dan inilah yang penulis hadapi Ahad lalu, sebaik selesai tahlil, ziarah dan suai mesra memperingati 22 tahun pemergian Nike Ardilla, kami bertolak dari sana jam 6 petang dan tiba di hotel di Bandung hampir jam 2 pagi. Ratusan peminat menaiki bas dari Jakarta kembali ke kota tiba keesokan paginya bererti lebih 17 jam perjalanan semuanya gara-gara ‘macet’ dek banjir. ‘Kematu punkuq’ tidak dipedulikan kerana bagi mereka semuanya demi Nike Ardilla.
Penghormatan diberi peminat Indonesia terhadap penghibur pujaan mereka fenomena luar biasa. Tidak berlaku lagi di kalangan artis sudah 22 tahun pergi, pusaranya masih diziarahi. Penulis sempat berborak dengan beberapa peminat Nike Ardilla, ada yang datang dari Kalimantan, Aceh dan merata ceruk nun jauh di pedalaman Indonesia bahkan ramai juga yang sanggup bermalam di dalam bas sebaik tiba di Bandung, sebelum berangkat ke Ciamis keesokannya. Bersesak tidur di pekarangan Muzium Nike Ardilla pun ada tetapi semuanya tidak menjadi hal.
Nama Nike Ardilla itu ternyata mengikat mereka dalam silaturahim murni bak keluarga besar. Malah Fan Page diwujudkan untuk Nike Ardilla pula bukan saja di Indonesia, di Malaysia pun ada. Melihat ketulusan peminat Nike Ardilla itu, terkesan penulis bagaimana tanggal 22 Februari lalu genaplah 25 tahun pemergian penghibur terkenal kita, Sudirman Haji Arshad.
Populariti Sudirman selepas menjuarai Penghibur No 1 Asia di Royal Albert Hall London pada 19 Mac 1989 tidak kurang hebatnya, tetapi malangnya 22 Februari lalu, Sudirman sepi daripada publisiti. Alangkah baik sekiranya ada persatuan artis kita tampil menganjurkan tahlil atau ziarah ke pusara beliau di Temerloh bagi mengenang 25 tahun kematian Sudirman.
Jauh berbeza dengan Nike Ardilla, usahkan peminat, rakan artis seperti Inka Christie, madame Rockers serta Charliy Setia Band sanggup ke Bandung dan menghiburkan peminat Nike Ardilla secara percuma.
Ramai di kalangan mereka berkongsi emosi di media sosial, sebagaimana komposer Melly Goeslow menilai sahabat baiknya itu mempunyai budi pekerti tinggi dengan mencatatkan, “Kamu (Nike Ardilla) tidak pernah merasa besar, tidak pernah merasa tinggi. Rendah hatimu membuatmu sampai kapanpun (bila-bila) tak pernah kehilangan cinta kasih dari semua yang mengenalmu secara langsung maupun tak langsung. Memang kamu terlalu baik untuk hidup di dunia yang keras ini. Saya rasa Allah mengambilnya untuk ditempatkan di tempat yang sesuai dengan kebaikan hatinya. “22nd passed away, you always in my heart.’ Kelak kita ketemu lagi ya, bicara sepanjang malam lagi seperti dulu.”
Di sisi lain, penulis kagum dengan usaha dua ‘tulang belakang’ Nike Ardilla Fan Club Malaysia-NAFC (nikeardilla_malaysiaofficial) iaitu guru sekolah, Nor Fadhilah Ramli dan suri rumah, Jannah Marlina Abdullah sanggup meninggalkan keluarga bagi menghadiri majlis bersejarah Nike Ardilla itu. Mereka dibantu teman di Bandung iaitu Adi Farman dan Charlie.
Penulis terjebak sama secara kebetulan ternampak gambar Nike Ardilla berbaju kurung di Instagram, seterusnya membuat ‘status’ baju kurung sutera Korea dipakai Nike Ardilla itu milik ibu penulis, seniwati Raja Hamidah Raja Saat pada November 1994.
Bertali arus mereka menghubungi penulis mengajak ke Bandung bersama. Kekangan waktu sukar memenuhi permintaan NAFC selain memikirkan kos tetapi sebagai orang surat khabar, malu besar penulis sekiranya bersikap ‘tahi hidung masin’ sedangkan guru sekolah dan suri rumah itu serta ratusan peminat bukan wartawan pun sanggup labur wang sendiri demi Nike Ardilla.
Peluang menghadiri tahlil Nike Ardilla itu memberi kesempatan penulis bersua kembali ibu Nining Ningsihrat. Jarak masa terlalu jauh menyukarkan ibu Nike Ardilla itu mengingatkan kembali detik pertama kali penulis menemurah Nike Ardilla di Hotel Federal pada 1991 dan kali terakhir di Holiday Inn City Centre pada November 1994 iaitu empat bulan sebelum kematian beliau.
Sebagai cenderahati penulis hadiahkan dua keping gambar peribadi dan agak menyentuh emosi sebaik menatap gambar kami berdua itu, ibu Nike Ardilla merenung lama gambar puteri tunggal kesayanganya itu. Renungannya itu jelas menggambarkan betapa meruntunnya kalbu seorang ibu pada anaknya yang sudah tiada, namun namanya tetap bersinar sampai bila-bila.
Penulis Pengarang
Tuan Adam Salleh 

Foto ibu tunggal jelita suri hati Hafiz Hamidun .. selamat bertunang hari ini (8 Gambar)

Foto ibu tunggal jelita suri hati Hafiz Hamidun .. selamat bertunang hari ini (8 Gambar)

Foto ibu tunggal jelita suri hati Hafiz Hamidun .. selamat bertunang hari ini (8 Gambar) - Hari ini merupakan detik dan saat bahagia buat Hafiz Hamidun dan bakal suri hati hidup nya Joy Revfa atau Siti Arifah Amin yang mana Majlis pertunangan pasangan ini akan berlangsug hari ini.

Semoga majlis pertunangan Hafiz Hamidun dan Joy Revfa Sofia bertempat di The Venue, Shah Alam berjalan lancar.
Foto ibu tunggal jelita suri hati Hafiz Hamidun .. selamat bertunang hari ini (8 Gambar)





Disini kami serta kan foto-foto jelita ibu tunggal ini dan anak lelaki nya yang comel, sungguh bertuah Hafiz, dah lah bakal isteri nya ini comel malah kaya raya kerana mempunyai perniagaan sendiri.

Pasangan itu berkenalan sejak dua bulan lalu sebelum mengambil keputusan untuk bertunang dan berkahwin pada 1 Mei 2017.

Tahniah diucapkan buat Hafiz Hamidun dan Joy Revfa. Semoga semua urusan dipermudahkan. foto pertunang menyusul.

Rehat dengan tenang sayang .. Mualaf sempat hantar foto terakhir buat isteri sebelum maut kemalangan (6 Gambar)

Rehat dengan tenang sayang .. Mualaf sempat hantar foto terakhir buat isteri sebelum maut kemalangan (6 Gambar)

Rehat dengan tenang sayang .. Mualaf sempat hantar foto terakhir buat isteri sebelum maut kemalangan (6 Gambar) - KUALA LIPIS : Seorang wanita tidak menyangka sepeninggalan suami nya ke kenduri kahwin bersama rakan nya adalah perjalanan terakhirnya,arwah maut bersama seorang anak rakan nya yang berusia 1 bulan apabila kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah nya di Puchong.

Paling mengundang pilu apabila arwah suami nya yang juga seorang mualaf sempat menghantar gambar kepada diri nya, itu merupakan foto terakhir dari arwah suami nya kepada diri nya sebelum maut kemalangan.

Sinar Harian melaporkan dua individu termasuk seorang bayi maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta Toyota Vios di Kilometer 7 Jalan Lipis-Merapoh berhampiran Tempoyang di sini, semalam.

Rehat dengan tenang sayang .. Mualaf sempat hantar foto terakhir buat isteri sebelum maut kemalangan (6 Gambar)


Ketua Polis Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Syafiq Khor Abdullah, 45 yang merupakan seorang mualaf dan seorang bayi lelaki, Muhammad Nur Rayyan Sulaimi Abdullah yang berusia sebulan.

Menurutnya, kejadian kira-kira jam 4.20 pagi itu dipercayai berlaku apabila kereta dipandu bapa Muhammad Nur Rayyan Sulaimi, Suhaimi Mohamed, 40 bersama ibu, Nor Faizula Md Yusoff, 26, serta Muhammad Syafiq Khor yang merupakan rakan Suhaimi dalam perjalanan dari Merapoh menghala ke Lipis.



“Keluarga terbabit dikatakan baru selesai menghadiri kenduri kahwin di Kota Bharu, Kelantan dan dalam perjalanan pulang ke Puchong, Selangor.

“Sampai di tempat kejadian kereta dipandu Suhaimi terbabas dan berpusing sebelum memasuki laluan bertentangan.

“Dalam masa sama datang sebuah kereta dipandu Jesse Thoo Joon Ming, 41, dari arah Lipis ke Merapoh mengelak ke kiri jalan tetapi berlanggar dengan kereta dipandu Suhaimi,” katanya.

Azry berkata, akibat perlanggaran itu Muhammad Syafiq Khor yang duduk di bahagian kiri penumpang belakang maut akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Muhammad Nur Rayyan Sulaimi yang duduk di pangkuan Nor Faizula di bahagian penumpang hadapan kereta pula terlepas dari pegangan ibunya dan tercampak keluar dari kenderaan.

Beliau berkata, bayi tersebut mengalami kecederaan parah di kepala dan badan telah dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Lipis.

“Jesse dan Nor Faizula yang cedera menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis, manakala Suhaimi tidak cedera,” katanya.

Kedua-dua mayat mangsa dibawa ke rumah mayat Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan di Puchong, Selangor.

Semoga Puan Yanti tabah kehilangan suami tercinta, semoga rohnya tenang disana bersama insan-insan yang diredhai yang maha esa. Al fatihah