Tampilkan postingan dengan label Asal Usul Mat Dan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Asal Usul Mat Dan. Tampilkan semua postingan

Kamis, 23 Maret 2017

"Sebab ape yang?" - Mat Dan Solat Dengan Isteri Viral

"Sebab ape yang?" - Mat Dan Solat Dengan Isteri Viral - Mat Dan yang popular dengan fasih berbahasa Melayu dengan loghat Pantai Timur meski merupakan lelaki Inggeris berkulit putih tetap mencuri perhatian yang berterusan.


"Sebab ape yang?" - Mat Dan Solat Dengan Isteri Viral


Mat Dan yang baharu sahaja bernikah dengan gadis tempatan sehingga mendapat liputan luas media dan akhbar nampaknya sudah menjadi selebriti media sosial yang popular.


"Sebab ape yang?" - Mat Dan Solat Dengan Isteri Viral


Nah, lihat video pasangan suami isteri ini di tikar sejadah, sambil Mat Dan mempromosikan Telekung Siti Khadijah dengan sapaan romantis "Sebab ape yang?"

Sabtu, 18 Maret 2017

"Bagaimana dia boleh berada di situ?" - Nasib baik ada abang sado

"Bagaimana dia boleh berada di situ?" - Nasib baik ada abang sado

"Bagaimana dia boleh berada di situ?" - Nasib baik ada abang sado - "Bagaimana dia boleh berada di situ?" itu persoalan orang ramai yang hairan bagaimana kanak-kanak berusia lingkungan 4 tahun boleh berada di bumbung flat Taman Keramat, AU3, semalam. 

Dalam kejadian jam 5 petang semalam mencetuskan kebimbangan orang ramai yang melihat kanak-kanak itu berada di atas tempat yang tidak sepatutnya. 

Bimbang melihat keadaan kanak-kanak itu, Ahmad Fadhil Mohamad Nor, 26, terus memanjat bumbung itu untuk menyelamatkannya. 


"Bagaimana dia boleh berada di situ?" - Nasib baik ada abang sado


Ahmad Fadhil yang baru pulang dari gimnasium berhampiran pada awalnya hairan mengapa beberapa penduduk flat berkumpul dan menjerit meminta bantuan sebelum ternampak kanak-kanak itu berada di atas bumbung. 


Posted by Shaharun Bin Baharuddin on Friday, March 17, 2017

"Disebabkan tanggungjawablah menyebabkan saya panjat juga bumbung itu. Apa cara sekalipun, saya kena pastikan kanak-kanak itu selamat. 

"Dengan bantuan rakan, saya panjat bumbung untuk mendapatkan budak itu di tingkat tiga. Ketika saya merapati dia, saya melihat dia dalam keadaan ketakutan. Alhamdulillah usaha itu berjaya menyelamatkannya," katanya. 

"Saya tidak pasti bagaimana kanak-kanak itu boleh berada di situ. Apa pun, semoga kejadian seperti itu tidak berulang," katanya kepada Harian Metro. 

Video tindakan berani Ahmad Fadhil itu viral di media sosial dan ramai netizen yang memuji keberaniannya. - The Reporter

Jumat, 17 Maret 2017

Doa Untuk Suami Atau Anak-anak Yang Panas Baran..Mohon Sebarkan Untuk Kebaikan Bersama..

Doa Untuk Suami Atau Anak-anak Yang Panas Baran..Mohon Sebarkan Untuk Kebaikan Bersama..

Gambar Hiasan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang di rahmati Allah..

Masalah sikap panas baran atau cepat melenting suami terhadap isteri dan anak-anak memang tidak dapat dielakkan pada mana-mana rumahtangga yang aman. Sudah menjadi lumrah hidup. Bak kata perpatah melayu "Sedang lidah lagi tergigit".

Doa Untuk Suami Atau Anak-anak Yang Panas Baran..Mohon Sebarkan Untuk Kebaikan Bersama..


Tetapi sikap panas baran yang tidak terkawal itu yang amat ditakuti kerana setiap hari kita dihidangkan dengan pelbagai berita yang menyedihkan. Isteri kena pukul,ditendang dan ditampar. Ada yang sanggup tendang perut isteri yang sedang mengandung. Ada yang lebih teruk lagi sampai ada diperlakukan seperti binatang, diseterika muka dsbg.

Sebelum berkahwin memang susah nak kenal hati budinya. Tetapi selepas tiga bulan baru tahu sikit perangai buruknya. Ada yang selepas dua tahun, suami yang sebelum ini "pijak semut tak mati" tiba-tiba berubah sikap. Sikap cepat melenting dan panas baran walaupun berlaku sedikit kesalahan dari isteri itu. Bermacam-macam perkataan keluar dari mulutnya. Maki hamun yang kurang wajar diluahkan pada isteri. Ini selalu berlaku apabila si suami sudah ada " affair" dengan wanita lain.

Pada wanita yang dianiayai suami, usah gentar atau takut. Allah SWT akan makbulkan doa-doa dari orang yang dianiayai. Ini merupakan ujian Allah SWT kepada suami dan kepada isteri. Sebagai isteri senjatanya hanyalah air mata dan doa. Maka perbanyakkan doa-doa. Merintih dan mengadu kepada Allah SWT akan kegundahan hati akan ada jalan keluar yang ditunjukkan oleh Allah SWT kepada suami agar panas barannya berkurang dan menjadi penyayang.

Bagaimana hendak mengamalkan doa-doa ini kepada suami atau anak-anak yang panas baran? Seperti biasanya diamalkan selepas solat. Untuk menyuruh suami atau anak-anak membaca doa-doa ini memang mustahil.

Cara yang lebih berkesan dengan membaca pada air kosong dan dibuatkan kopi atau teh bagi suami minum. Tidak mengapa jika ahli keluarga lain yang minum bersama.

Lakukan selepas solat asar jika menggunakan air kosong kerana ketika itu suami masih belum pulang dari tempat kerja. Dimulakan dengan Istighfar-3x, Shalawat Nabi-10x. Al-Fatihah-1x. Doa 1 dan 2 (3x). Penutup Salawat Nabi-10x.

DOA YANG PERTAMA.


Maksudnya:

"Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!."(Surah Al-Anbiya: Ayat 69).

DOA YANG KEDUA.


Maksudnya:

22. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 23. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. 24. Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. (Surah Hasyur: Ayat 22,23,24)

Sekian yang saya dapat kongsikan.. semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua.. Innsya Allah.. Dipersilakan share.

Rabu, 15 Maret 2017

Doa Penyembuh Penyakit Jantung Yang Lemah Dan Masalah Penyakit Dalaman.

Doa Penyembuh Penyakit Jantung Yang Lemah Dan Masalah Penyakit Dalaman.

Doa Penyembuh Penyakit Jantung Yang Lemah Dan Masalah Penyakit Dalaman. - Surah Ad-Dhuha adalah surah yang ke 93 dalam Al-Quran terdiri dari 11 ayat. Surah ini termasuk golongan surah Makkiyah dan diturunkan sesudah surah Al-Fajr. Nama Adh Dhuhaa diambil dari kata yang terdapat pada ayat pertama, yang ertinya "waktu matahari sepenggalahan naik".

Surat Adh-Dhuhaa, menerangkan tentang bimbingan pemeliharaan Allah SWT terhadap Nabi Muhammad SAW dengan cara yang tak putus-putusnya dan mengandung pula perintah kepada Nabi supaya mensyukuri segala nikmat itu.


Doa Penyembuh Penyakit Jantung Yang Lemah Dan Masalah Penyakit Dalaman.


Penyembuh Sakit Jantung Dan Sakit Dalam Badan.

Dibaca sebagai doa penyembuh penyakit jantung yang lemah dan masalah penyakit dalam badan - dibaca 25 kali pada segelas air dan diminum oleh orang yang sakit. InsyaAllah. Lakukan selepas setiap kali solat wajib.

Diantara khasiat surah Ad-Dhuha adalah:-

1. Doa untuk perlindungan rumah- Dibaca 7x selepas solat subuh dan 7x selepas solat maghrib.

2. Doa murahkan rezeki - hari Jumaat, sembahyang sunat dhuha lepas itu baca surah dhuha 7x dan sambung dengan Ya- Ghani.

3. Doa untuk terang hati baca 40x sehari selama 41 hari.

Terjemahannya.

1. Demi waktu Dhuha.

2. Dan malam apabila ia sunyi-sepi.

3. (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

4. Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

5. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati).

6. Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan?

7. Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)?

8. Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan?

9. Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,

10. Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;

11. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Kafirun Yang Perlu Anda Tahu!! Mohon Sebarkan!!

Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Kafirun Yang Perlu Anda Tahu!! Mohon Sebarkan!!

Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Kafirun Yang Perlu Anda Tahu!! Mohon Sebarkan!! “Qul yaaaaa ayyuhal kaafiruun”, ayat ini merupakan salah satu potongan dari surat pendek yang sering dibaca ketika solat. Ya, surat Al-Kafirun merupakan surat ke 109 dalam Al-Qur’an yang berada dalam juz terakhir (jus Amma). Surat ini berisi kandungan tentang tidak adanya toleransi dalam Keimanan dan Ibadah.

Surah Al-Kafirun turun ketika kaum kafir laknatullah berusaha mempengaruhi Nabi Muhammad SAW. dengan menawarkan kekayaan agar beliau menjadi seorang yang paling kaya di kota Makkah, dan akan dikahwinkan dengan yang beliau kehendaki. Syaratnya Nabi Muhammad harus menyembah berhala yang menjadi Tuhan mereka dalam tempoh masa satu tahun. Jelas sekali Nabi Allah menolak usul kaum kafir untuk penyatuan ajaran agama dalam rangka mencapai kompromi.


Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Kafirun Yang Perlu Anda Tahu!! Mohon Sebarkan!!


Selain itu, surah ini juga mengajak umat berlainan agama untuk melaksanakan ajaran agama dan kepercayaan tanpa bersikap saling mengganggu. Seperti halnya dengan surah-surah lainnya, Al-Kafirun juga memiliki keutamaan dan manfaat jika diamalkan sehari-hari. Beberapa keutamaan dan manfaatnya surah ini adalah adalah sebagai berikut :

1. Surah Ajakan Toleransi Beragama

Surah ini merupakan surah yang sangat terkenal kerana kandungannya mengajarkan untuk bertoleransi antara umat beragama. Agama Islam dalam kitab suci Al—Quran di perintahkan untuk menghormati penganut agama lain. Seperti dalam potongan akhir ayat ini yang ertinya ‘Untukmu agama mu dan untuk ku agama ku’.

Namun meski menghormati, urusan keimanan dan ibadah tidak ada kata toleransi. Menurut Imam Qurthubi, sikap menghormati agama dan kepercayaan lain bukan bererti lemah atau diri menjadi patung mengiyakan kebenaran mereka, namun akan sebaliknya hal itu akan memperteguh keimanan dan membebaskan diri dari kemusyrikan dan kemunafikan sesuai dengan salah satu keutamaan surat Al-Kafirun.

2. Surah yang Sangat Ditakuti Iblis

Surah Al-Kafirun juga memiliki keutamaan lain yakni menjadi surah yang ditakuti iblis. Hal ini diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, menurutnya Tiada surah yang sangat ditakuti Iblis kecuali surah ini.: “Tidak ada dalam Al-Qur'an yang lebih menakutkan bagi Iblis daripada Qul ya ayyuhAl-Kafirun, sebab ia adalah tauhid dan pembebas dari kemusyrikan”.

Imam ja'far 'alayhis salaam berkata" Bacalah surat 7x dalam 1hari untuk menjaga iman,barang siapa membiasakan membacanya pada waktu matahari terbit dan terbenam,maka ia akan dilindungi dari keraguan,kesyirikan,dan keyakinan yang buruk"

3. Pahala Membaca Surahnya Adalah Sama Dengan Seperempat Al-Qur'an

Ternyata membaca surah Al-Kafirun sama dengan membaca seperempat dari Al-Qur'an. Hal ini disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Annas “Qul Ya ayyuhAl-Kafirun senilai dengan seperempat Al-Qur'an." Hadis ini dianggap hasan oleh al-Albani dalam kitab silsilah ahadits sahihah.

Hal ini disebabkan kerana Al-Kafirun berisi keterlepasan dari syirik (tauhid atau kalimat syahadat yang pertama). kerana itu surah memiliki kandungan yang setara dengan seperempat Al-Qur'an. Syeikh al-Mubarakfuri dalam kitab Tuhfatul Ahwadzi Syarah Sunan at-Tirmidzi menyebutkan bahwa Al-Qur'an hukum-hukum yang terkait dengan dua kalimat syahadat serta penjelasan tentang kehidupan dunia dan akhirat dan Al-Kafirun memiliki kandungan itu.

Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Kafirun Yang Perlu Anda Tahu!! Mohon Sebarkan!!


Menurut Syeikh Ibn Baz membaca empat kali surah ini sama dengan mengkhatam Al-Qur’an. Namun, ini bukan bererti setelah itu tidak perlu lagi membaca Al-Qur'an. Sebab seorang muslim hendaknya membaca Al-Qur'an secara rutin setiap hari dan mengkhatamkannya dalam sebulan. Sementara hadis di atas adalah untuk memotivasi setiap muslim agar membaca surat yang memiliki fadilat besar serta memahami dan mengamalkan dalam kehidupan.

4. Membacanya Sangat Dianjurkan Dalam solat-solat Malam

Hal ini diriwayatkan oleh Al Wailli dari hadis Jabir bin Abdullah: “Seorang laki-laki berdiri lalu solat fajar dua rakaat. Ia membaca di rakaat pertama Qul ya AyyuhAl-Kafirun (katakan hai orang-orang kafir) hingga akhir surah. Lalu Nabi Saw bersabda:

“Ini adalah hamba yang beriman kepada Tuhannya. Kemudian ia membaca pada rakaat kedua Qul HuwalAhad (Katakanlah Dia adalah Allah yang maha Esa sampai akhir surat. Lalu Nabi Saw bersabda : Ini adalah hamba yang mengenal Tuhannya. Thalhah berkata : Maka aku suka membaca dua surat ini dalam dua rakaat ini ”

5. Keutamaan Bila Dibaca Menjelang Tidur Dapat Membebaskan Kemusyrikan

Hal ini diriwayatkan oleh Abu Dawud dari Farwah bin Naufal: dari ayahnya bahawa Nabi Saw bersabda: Bacalah Qul ya ayyuhAl-Kafirun kemudian tidurlah di akhirnya, sesungguhnya ayat tersebut membebaskan dari kemusyrikan”.

Bila dibaca dengan Qul huwallahu Ahad akan memperteguh keimanan dan membebaskan kemunafikan : Hal ini disampaikan oleh Al Asymu’i berkata : Dikatakan Qul ya AyyuhAl-Kafirun dan Qulhuwallahu Ahad, keduanya membebaskan dari kemunafikan. Wallahu a’lam.

SAYU !! Foto Menyayat Hati Bapa Hanya Lihat Anak-Anaknya Nikmati Makanan di Restoran Makanan Segera Dikongsi Lebih 70,000 Kali

SAYU !! Foto Menyayat Hati Bapa Hanya Lihat Anak-Anaknya Nikmati Makanan di Restoran Makanan Segera Dikongsi Lebih 70,000 Kali - Pengguna Facebook, Jhunnel Sarajan memuat naik foto berkenaan yang diambil di Jollibee ketika bapa itu sedang sabar menunggu anaknya menikmati makanan di restoran berkenaan.

SAYU !! Foto Menyayat Hati Bapa Hanya Lihat Anak-Anaknya Nikmati Makanan di Restoran Makanan Segera Dikongsi Lebih 70,000 Kali

Satu foto - yang memaparkan seorang bapa duduk di atas kerusi sambil memerhati dua orang anaknya menikmati makanan di sebuah restoran makanan segera - menjadi viral sehingga dikongsi lebih 70,000 kali oleh netizen.

Difahamkan, foto itu dirakam di Filipina.

SAYU !! Foto Menyayat Hati Bapa Hanya Lihat Anak-Anaknya Nikmati Makanan di Restoran Makanan Segera Dikongsi Lebih 70,000 Kali



Jhunnel berkata dia berada di tempat kejadian ketika foto itu diambil.

"Saya tak dapat kawal emosi saya ketika melihat mereka di Jollibee. Lelaki ini tidak makan, hanya melihat anaknya makan.

Foto berkenaan viral sehingga mendapat perhatian dari pemberita tempatan.

Ketika ditemui oleh wartawan, lelaki dalam gambar tersebut, yang dikenali sebagai Ryan Arebuabo, berkata dia menjual jagung rebus di kawasan kejiranan sejak empat tahun yang lalu. Namun, dia tidak dapat bekerja berbulan-bulan lamanya kerana diserang strok.

Kini, Ryan bekerja sebagai penjual jajan di gerai kecil (yang disumbangkan oleh badan kebajikan) di sebatang jalan.

SAYU !! Foto Menyayat Hati Bapa Hanya Lihat Anak-Anaknya Nikmati Makanan di Restoran Makanan Segera Dikongsi Lebih 70,000 Kali


Difahamkan juga, Ryan adalah bapa tunggal. Pada awalnya si isterinya meninggalkannya dengan membawa kedua-dua anak, Rose Ann, 8 dan Rosa Mae, 6. Bagaimanapun, Ryan melawan balik dan berjaya mendapatkan hak jagaan untuk kedua-dua anaknya itu.

Dia juga berjaya memberikan pendidikan dan makanan secukupnya untuk anak-anaknya dengan bantuan kewangan bulanan dari kerajaan berjumlah P2,200 (~RM500) dan juga hasil jualan jajannya sekitar P150 (RM 30) sehari.

Kata Ryan, pada petang foto viral itu ditangkap, dia pergi ke Jollibee untuk meraikan anaknya, Rosa, yang akan habis sekolah tidak lama lagi.

Dia membenarkan kedua-dua anaknya memesan makanan kegemaran mereka namun tidak memesan apa-apa untuk dirinya. Cukup sekadar melihat anak-anak kesayangannya gembira menikmati makanan.

"Saya tidak makan. Saya cuma tengok mereka kenyang. Saya okay." kata Ryan.

Sumber: ABS-CBN

"Pesan Ibu Jangan Kita Adik Beradik Dipisahkan Oleh Harta Benda Dan Wang Ringgit"

"Pesan Ibu Jangan Kita Adik Beradik Dipisahkan Oleh Harta Benda Dan Wang Ringgit"

"Pesan Ibu Jangan Kita Adik Beradik Dipisahkan Oleh Harta Benda Dan Wang Ringgit" - Sejak almarhum ayah menemui Pencipta, amanah ketua keluarga digalas oleh aku. Mama yang masih sedih kehilangan suami, memberi sepenuh kepercayaan mengurus keluarga. Aku asalnya seorang yang introvet berbanding adik aku, Fadzilah yang extrovet.

Sepanjang seminggu kami berada di rumah kakak ipar Mama, aku sembunyikan luluh hati melihat pengorbanan Mama dan nasib adik-adik yang masih kecil. Setiap kali sebelum dan selepas kerja, Mama mesti berada di dapur. Adik-adik rasa tertekan dan ketakutan.


"Pesan Ibu Jangan Kita Adik Beradik Dipisahkan Oleh Harta Benda Dan Wang Ringgit"


“Bilakah masanya Mama berehat?”
“Bagaimana keadaan mereka sewaktu aku bekerja?”
“Mengapa mereka seakan sembunyikan sesuatu?”

Pilihan.

Tawaran menjaga Mama dan adik-adik ditolak cara baik. Melihat tempoh seminggu bagaimana layanan Mama dan adik-adik, mengukuhkan keputusan. Keluarga sebelah ayah tidak puas hati. Mujurlah abang sulong Mama, menghormati keputusan kami.

Selang 90 hari, Allah telah mengambil Fadzilah dari kami selama-lamanya. Yang memilukan, dia pergi di hadapan mata adik bongsu yang berusia 10 tahun. Kisahnya turut tersiar di surat khabar. Terperanjat dengan khabar duka, membaca fakta berita yang disiarkan bertambah luka.

Imbasan Tragedi.

Fadzilah berhasrat untuk menghabiskan cuti ke Terengganu. Pulang bercuti, dia bakal memulakan tugas di cawangan baru kerana tawaran naik pangkat. Dia pesan kepada aku agar rahsiakan daripada adik-adik lain. Aku setuju. Spontan aku katakan, tangguhkan percutian. Hasilnya, dia keberatan.

Fadzilah meyakinkan aku bahawa dia tidak pergi sendirian. Beberapa buah kereta akan konvoi bersama. Sampai masa, bayang mereka pun tiada. Agaknya, apa Mama dan aku rasa?

Sejujurnya, aku berat hati melepaskannya bercuti. Lalu, aku pujuk untuk kali kedua. Sayangnya, masih tidak berganjak. Lantas, aku cadangkan adik bongsu lelaki menemaninya. Mama mengiringi Fadzilah ke kereta.

Aku masih tidak serik lalu cuba menghalangnya kali ketiga. Dia nekad mahu bercuti juga. Waktu bersalam hati aku berikrar, “Jika lepas ini ada apa-apa yang berlaku, aku tidak mahu campur tangan.”

15 Jun 2001.

Jumaat adalah hari yang barakah. Aku tidak bekerja. Kebetulan mengulangkaji untuk peperiksaan Semester ke-3. Mama sedang membakar ikan untuk hidangan tengahari.

Telefon berdering. Aku yang sambut. Dihujung talian, suaranya agak tegas. Bersungguh-sungguh mahu bercakap dengan Mama. Aku akur.

"Pesan Ibu Jangan Kita Adik Beradik Dipisahkan Oleh Harta Benda Dan Wang Ringgit"


Apakah yang terjadi?

Tiba-tiba Mama meraung dan menangis seolah bayi kecil. Aku cuba bertahan dan mengambil semula gagang telefon untuk mendengar sendiri. Jelas dan lancar. Aku beranikan diri bertanya Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu untuk bercakap dengan adik bongsu. Sempat aku titipkan, “Bila saudara-mara tanya apa-apa soalan, diamkan diri sahaja. Jaga solat fardu, ya.”

Mendengar perkhabaran itu, tangisan Mama tidak terkawal. Aku perlu bertahan demi menghadapi ujian hebat ini. Adik-beradik Mama serta saudara-mara memenuhi ruang rumah setelah dimaklumkan. Mereka rancak membincangkan bagaimana mahu membawa jenazah Fadzilah pulang.

Mama tidak mampu membuat keputusan. Aku yang terpaksa beri cadangan bagi pihak Mama. Semahu-mahunya Mama merayu untuk pergi menuntut jenazah di Hospital Hulu Terengganu. “Boleh Mama, tapi janji dengan kami, kawal perasaan.”

Malam itu, Mama ditemani abang-abangnya, ayah Fatin dan kakak iparnya. Mereka menaiki sebuah kereta. Aku dan saudara-mara berkumpul di rumah kakak ipar Mama. Ya, rumah yang sama sewaktu pengurusan jenazah ayah.

Keesokan harinya, jenazah Fadzilah tiba. Pagi Sabtu itu sekali lagi menyaksikan ahli keluarga aku diuji kematian orang tersayang. Adik bongsu diserbu. Ibarat wira sukan yang mahu diwawancara bagi mendengar cerita sebenar. Syukur, dia ingat pesan aku.

Bergilir-gilir ahli keluarga Mama yang terapat, cuba tenangkan Mama. Aku membantu urusan jenazah hingga selesai. Sepanjang tempoh tersebut, aku bertahan. Kering air mata. Cuba kawal diri biarpun pemergian ayah tercinta masih terasa.

Keadaan sama berulang sewaktu pemergian ayah. Tempoh seminggu bagaimana keadaan Mama dan perubahan adik-adik buat aku bertambah bimbang. Sayu melihat sendiri ketabahan Mama yang telah kematian suami tercinta dan anak kedua kesayangannya. Aku hampir silap membuat percaturan. Syukurlah, Allah tempat aku bergantung harapan.

Malam tahlil terakhir, aku beranikan diri berbincang tentang hala tuju keluarga aku. Kami enggan menjadi beban mana-mana pihak lalu memutuskan untuk hidup berdikari. Persetujuan kami tidak disenangi kakak ipar Mama dan suaminya.

Demi kebaikan keluarga, kami nekad setelah aku meyakinkan kedua-dua belah pihak. Semua tuntutan dilakukan bersama Mama. Kami dibantu oleh kakak ipar Mama dan suaminya. Aku mulai faham erti mendahulukan keperluan orang lain daripada diri sendiri, pentingnya kasih sayang dan berkorban menjaga Mama serta membesarkan adik-adik.

Restu Mama.

Mulai detik itu, aku kerap menghubungi Mama tercinta. Kami menjadi rapat. Sebelum ini, ayah menjadi tempat aku berkongsi suka duka tanpa selindung. Manakala Fadzilah rapat dengan Mama pula. Aku mulai berubah dari introvert menjadi extrovet. Aku timba ilmu baharu tentang tuntutan, selok-belok jual beli kereta dan bagaimana mengurus keluarga di usia awal 20-an.

Tanpa rasa bersalah, segelintir anak buah dan ahli keluarga minta wang dengan Mama. Aku fikir, “Bukankah Mama dan adik-adik sepatutnya dibantu?” Tidak cukup memeras Mama, adik-adik aku dicucuknya untuk tinggal dan bersekolah di rumah wakaf. Aku cuba rasional biarpun Mama terganggu. Aku pujuk Mama dan adik-adik. Syukurlah, kami muafakat.

Sejak itu, kami banyak bincang bersama. Apapun keputusan, Mama serahkan di tangan aku. Mama sendiri yang mahu adik-adik rujuk dengan aku dalam semua urusan. Barangkali, Mama trauma dengan apa yang menimpa Fadzilah. “Entahlah, Mama pun tidak tahu. Cuba tanya Along.” Skrip Mama yang masih segar di ingatan.

Didikan Agama.

Pelan awal aku ialah pastikan adik-adik ada pegangan agama. Maka, tiga dari lima orang adik aku menyertai Kem Jati Diri anjuran syarikat aku bekerja. Adik lelaki aku dilantik menjadi Penghulu. Syahdu. Apa tidaknya?

Kem yang adik-adik aku sertai, ada slot bersama Ustaz Bahasa Arab aku. Bermula detik itu, mereka komited menyambung pengajian. Mana yang kurang, digilap hingga masing-masing mendapat pendidikan terbaik. Syukur, adik-adik pernah tersenarai Anugerah Pengarah dan Dekan termasuklah dinobatkan sebagai fasilitator terbaik.

La hawla wala quwata illa billah. Aku pernah berjanji dengan Mama. Jika ada di kalangan adik-adik yang lebih hebat pendidikannya dari aku, akulah orang pertama yang menyokong dan mendoakan. Asalkan adik-adik aku menjadi manusiawi dunia akhirat.

Cuma, “Jangan kita dipisahkan oleh harta-benda, pangkat, wang ringgit, kerjaya atau keluarga bila sudah ada haluan sendiri.”