Tampilkan postingan dengan label Aduan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Aduan. Tampilkan semua postingan

Selasa, 21 Maret 2017

Bakal pengantin baru nak berijabkabul, tiba² duit dah dirembat 'Bridal Bunian'

Bakal pengantin baru nak berijabkabul, tiba² duit dah dirembat 'Bridal Bunian' - Aduan dari laman Taiping Zone mengenai penipuan yang dilakukan oleh pihak bridal yang tidak bertanggungjawab. Semoga menjadi peringatan dan pengajaran kepada semua agar berhati-hati memilih perkhidmatan bridal di luar sana. 

Bakal pengantin baru nak berijabkabul, tiba² duit dah dirembat 'Bridal Bunian'

Tersalah pilih, poket koyak atau busana tak dapat. Betul pilih, poket pun rabak juga dibuatnya. Oleh itu, bersederhanalah kita dan utamakan yang wajib mengikut kemampuan diri. 

Bakal pengantin baru nak berijabkabul, tiba² duit dah dirembat 'Bridal Bunian'


Haaa! Pagi tadi aku buat entry habaq kat orang Taiping ni kaki menipu ada juga yang meloncat bagai. Aku pun irang Taiping juga. Tetapi malulah kalau dah tiap-tiap tahun ada saja kes-kes penipuan yang besar-besar. Dari kes tangan palsu penipu, peniaga kereta sewa penipu dan segala macam bapak penipu ada dalam Taiping rupanya. 

Kebelakangan ini pun, kes-kes pelik terpampang di dada akhbar la ni yang semua datang dari Bandar Taiping. Terkini, kes bridal pengantin pula. 

Bila dah bayar deposit, tup-tup mereka terus menghilangkan diri. Call handphone, tak jawab. Alamat rumah yang diberikan pula palsu. Butik pun dah tutup. Hareyy! Naya oi bakal-bakal pengantin baru saja nak berijabkabul tiba-tiba duit yang dikumpul bersama bakal suami/isteri dah kena rembat!

Ingat mereka senang ke cari duit macam kutip daun kering di tepi jalan? Sudahlah nak kahwin pada zaman ini mahal nak mampos kosnya. Kena pula tipu begini. Jem la depa lagu ni!

Bakal pengantin baru nak berijabkabul, tiba² duit dah dirembat 'Bridal Bunian'



La ni aku mohon hangpa semua rakyat-rakyat Taiping Zone viralkan! Share selagi boleh, biar viral satu Malaysia. 

Kalau boleh jejak minah penipu ini lagi bagus. Dapat saja, korang ikatlah kaki dan tangannya serta lempar di balai polis berdekatan. Kalau nak berasa puas hati sikit, lempang berjemaah sekali tang muka baru lempaq di balai. 

Laporan polis telah dibuat dan salinan laporan berada dalam simpanan pihak Taiping Zone. 


Jaga hang! Sat nak kasi viral sungguh-sungguh. Bagi hang tak boleh duduk diam sat. Cari perempuan ini sampai dapat, nanti bimbang pula kalau bakal pengantin yang lain terkena dan menjadi mangsanya. 

Senin, 20 Maret 2017

SAYU !! "Di mana Arianna Sofea? Sudah 5 tahun terpisah dari bapanya & kami sekeluarga"

SAYU !! "Di mana Arianna Sofea? Sudah 5 tahun terpisah dari bapanya & kami sekeluarga"

SAYU !! "Di mana Arianna Sofea? Sudah 5 tahun terpisah dari bapanya & kami sekeluarga" - Sudah lima tahun kanak-kanak perempuan ini dipisahkan dari bapanya selepas ibu bapanya bercerai. Anak kecil yang bernama Arianna Sofea, berusia 8 tahun, sebelum ini rapat dijaga oleh bapa, datuk dan neneknya. Manakala si ibu menyambung pengajian di luar negara. 

Namun ketika Sofea menginjak ke usia tiga tahun, ibu bapanya membawa haluan masing-masing dan hak penjagaan diserahkan kepada si bapa.

SAYU !! "Di mana Arianna Sofea? Sudah 5 tahun terpisah dari bapanya & kami sekeluarga"


Pada awalnya, semua dalam keadaan yang baik. Tetapi keadaan mula berubah bilamana Sofea dibawa pergi ke luar negara dan tidak balik ke pangkuan bapanya lagi. 

Last pic dgn tokba n tokjah sebelum fly ke Adelaide. Masa ni kat airport. Mama dia ambik terus bawak lari masuk cepat2, takut sofea menangis tak mau ikut.

Video call bersama Sofea selepas baru tiba di Adelaide, South Australia

Gambar terakhir Sofea yang dihantar pada 2013
Lima tahun, bapanya langsung tidak mengetahui di mana anaknya berada. Pernah cuba menghubungi bekas isterinya untuk bercakap dengan si kecil itu namun dihalang. 

Allahu, kasihan si bapa yang terlalu merindui anaknya itu. 








Jika ada yang mengenali wanita berkenaan, sila hubungi Asykyn Ab Rahim di Facebook. 

Semoga ibu Sofea terbuka hati untuk membenarkan anak perempuan berhubung dengan bapa kandungnya. Janganlah diputuskan hubungan seorang anak dengan bapanya walaupun sudah tidak sefahaman. - The Reporter

Sabtu, 18 Maret 2017

Singgah makan RnR Pagoh, balik kereta tengok barang dah hilang

Singgah makan RnR Pagoh, balik kereta tengok barang dah hilang

Singgah makan RnR Pagoh, balik kereta tengok barang dah hilang


Hati-hati ketika berhenti di RNR

Tujuan saya adalah untuk memberi peringatan kepada pengguna lebuhraya yang berhenti rehat di mana-mana hentian Rehat dan Rawat (RnR) terutamanya di waktu malam. 

Kejadian berlaku di RNR Pagoh arah selatan ketika saya dan rakan berhenti untuk berehat dan makan di medan selera kira-kira jam 4 pagi. Kami dalam perjalanan pulang ke kampung di Johor. 

Kereta saya telah dipecahkan dan dua beg berisi pakaian, barang-barang peribadi, telefon bimbit, wang tunai dan lain-lain hilang. 

Suspek licik kerana kawasan parking adalah terang dan berdekatan dengan medan selera serta kereta lain juga ada di kiri dan kanan. Suspek mungkin sudah lama memerhati sebelum berani mengambil tindakan. 


Pihak polis sedang menyiasat kes ini kerana banyak laporan yang sama diterima dan turut melibatkan kenderaan lori. Selain itu, pemilik kenderaan yang sedang tidur nyenyak di dalam kereta juga pernah menjadi sasaran apabila barang hilang tanpa disedari. 

Harap orang ramai lebih berhati-hati dan semoga kejadian ini tidak berulang lagi. Saya serahkan kepada pihak polis untuk membanteras kes ini agar kawasan awam akan menjadi lebih selamat. 

Saya dan rakan redha dengan apa yang berlaku dan berharap ada hikmah yang baik disebaliknya. InshaAllah. Amin.